Tuesday, March 26, 2013

BAGAIMAKAH HUKUM KAFIR BOLEH BERBALIK KEPADA ORANG YANG MENGHUKUM?

Beberapa dalil yang pernah digunakan secara konsisten oleh PAS sebelum ini untuk mengkafirkan UMNO adalah seperti berikut:

1. Surah An-Nisa', ayat 144

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil oranh Kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah (menyeksa) kamu?"

2. Surah al-Maidah, ayat 44.

"Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir."

3. Surah at-Taubah, ayat 29.

"Peranginlah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman pada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya."

Ini dulu. Ini waktu PAS belum tidur sekatil mimpi sebantal dengan kawan-kawannya dalam Pakatan Rakyat.

Jom kita cek apa pula kata Hadi Awang menjelang PRU 11 yang diucapkannya di hadapan petugas-petugas PAS pada Januari 2003 sempena Amanat Perdana Pemangku Presiden.

"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan  dan seperti yang diamanlkan kini. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada."

Nah!! Mana macai-macai ni?

2 comments:

Anonymous said...

tak kira parti apapun.....islam kita kena dulukan...pasal bangsa tak perlu rasis....ikut islam sepenuhnya, jangan sekerat2

Anonymous said...

tak kira parti apapun.....islam kita kena dulukan...pasal bangsa tak perlu rasis....ikut islam sepenuhnya, jangan sekerat2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...