Sunday, September 6, 2009

SALAM NUZUL QURAN



“...Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (Surah An-Nisa:87)

Salam Nuzul Al-Quran. Ketika saya menulis artikel pendek ini, hati dan fikiran saya terasa sayu sekali.

Susah payah Baginda Junjungan Besar mengutip ayat demi ayat, juzuk demi juzuk sebelum disebar-luaskan ke seluruh alam, ayat-ayat suci yang merupakan bayangan kepada Kalam Allah (kata-kata Allah s.w.t) semakin hari semakin disisihkan daripada kehidupan kita sehari-hari.

Sama ada perkara ini hendak diterima atau tidak, namun inilah hakikatnya. Baik orang biasa hinggalah ke peringkat tertinggi kepimpinan orang Islam sendiri, keyakinan dan keteguhan pegangan terhadap isi kandungan Al-Quran seolahnya sudah mula mereput melonglai.

Saya tidak berhak untuk berbicara tentang situasi ini, bahkan saya langsung tidak layak kalau hendak menegur siapa-siapa kerana kelemahan diri sentiasa saya sedar. Jari yang ditunding selalu lupa betapa yang menunding itulah yang lebih hina.

Semoga kita semua diberikan seutuh kekuatan untuk terus mempertahankan kesucian Al-Quran hingga ke hujung nyawa. Kita mesti pertahankan keagungan dan kemuliaan ayat-ayat Allah s.w.t daripada terus meniti di bibir-bibir musuh-Nya yang cuma mahu mengambil kesempatan atas kelalaian umat Islam baik di negara kita mahupun di seluruh dunia.

p/s : Ada baiknya untuk seketika kita berhenti sekejap daripada sibuk mencari salah orang lain dan kembali kepada sumber kebenaran yang hakiki iaitu Al-Quran. Di sini sahaja letaknya segala yang benar.

7 comments:

IMANSHAH said...

Salam..tadi baru je saya tanya 2 pelajar saya apa maksud Nuzul Quran..jawabnya : yang pertama cakap hari cuti.Yang kedua cakap pasal katam quran sebab tadarus

Tu nilai anak2 kita sekarang

rizuan mh said...

salam

saya setuju dgn cikgu iman.memang soalan ckgu tu sangat tepat dan sesuai..tp bg saya, soalan tu kalau ditanya kat pelajar2 u pun rasanya jwpn yg sama gak kita dpt.

lagi, bg saya, nuzul quran, israk mikraj dan sebagainye lagi tu lebey sesuai kalau xde cuti..lebey baik kalau pelajar2 dpt dtg ke sekolah mcm biase..sekurang2nye dpt elakkan diorang dr buat aktiviti2 yg x berpekdah mase hari mulia camtu.

pihak sekolah pun bley buat program penghayatan khas ntk pelajar2..saya dah tgk betapa ruginye di hari2 mulia cmni org Islam cume lepak2 kosong..keluar berjalan2 etc..ade yg lg x best keluar dating, mcm2...rugi je..

hope hal ni difikirkan bersama dan ade satu tindakan segera diambil..ameen

Cheguman said...

Salam ziarah Rizuan. Blog yg menarik dan bermanafaat.

Blog pelajar USM yg pertama saya jumpa. Teruskan.

rizuan mh said...

salam Demang Lebar Daun,

semoga berada di bawah kesejahteraan selalu.

terima kasih atas zaiarah yg dilakukan. insya-Allah saya akan istiamah dengan perjuangan ini.segala tunjuk ajar sangat diperlukan kerana saya org baru lagi di sini.

Anonymous said...

perjuangan ko hanya nak menentang anwar ibrahim je ke? apa la reason ko buat mcm tu? ko nk bela melayu?

TBO said...
This comment has been removed by the author.
TBO said...

salam

tuan punya blog, tolong lerr buang logo USM tu, tuan hanya student kat USM bukan Pentadbir USM yang boleh pakai logo tu untuk blog tuan.

yang ni komen tuan kat blog kami:

hmm...tah pape la pas ni..isu cmni pun nk dibangkitkan.baru sikit usaha yg dilakukan tp bagai nak rak dihebohkan..ikhlas la sikit..jgn berselindung belakang politik...wartawan lain dah puas interview kartika ni tak bising pun.tp bloggers yg kais pagi mkn pg kais ptg mkn ni, dpt je buat keje camtu, dah rasa cukup bsr..dah rasa boleh nyumbang sesuatu..beretika la sikit.
-----------------------------------
ha ha macam bebudak le komen kamu rizuan, betul lah wartawan tu dah banyak NTBU tapi apa yang disiarkan adalah mengikut agenda bossnya.

link untuk bacaan saudara
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/09/siri-2-kartika-dewi-itu-aku-bila-tuhan.html

minta maaf tuan punya blog kami bukan jenis bloggers upahan macam BPN.InsyaAllah kami bukan jenis kais pagi makan pagi, insyaAllah tergolong dalam golongan kais pagi makan seminggu he he.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...