Wednesday, September 29, 2010

UMNO Mesti Lawan di Galas!!

UMNO mempunyai pilihan yang lebih baik untuk membuktikan ia parti yang ikhlas membantu orang Melayu khususnya di kawasan luar bandar berbanding menerima cadangan daripada Mursyidul Am PAS supaya tidak bertanding di Galas kelak.

Kalau pun UMNO menerima cadangan tersebut dan memberikan kemenangan percuma kepada PAS, tidak mungkin PAS dan PR akan menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh UMNO dan BN, lebih-lebih lagi dalam keadaan geopolitik kita sekarang dan ia pula terbit dari mulut Nik Aziz sendiri.

Banyak risiko yang terpaksa diambil oleh UMNO semata-mata untuk menyahut pelawaan tersebut. UMNO perlu menjelaskan kepada rakan-rakan parti komponennya akan niat PAS yang kononnya demi perpaduan Melayu. Hal ini tentu saja bukan tugas yang mudah apatah lagi jika ia dilakukan demi perpaduan orang Melayu!

Sebaliknya, jalan paling baik ialah UMNO meletakkan calonnya di sana, dan berjuang habis-habisan. Ini penting kerana UMNO perlu mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada parti ini, dan juga sebagai platform membina kembali struktur sokongan sebelum menghadapi PRU-13. UMNO perlu yakinkan orang Melayu bahawa inilah parti terbaik untuk orang Melayu dan Islam di negara ini, bukannya PAS atau PKR yang semakin banyak melacurkan agama dan bangsa sendiri.

Saya percaya, banyak keuntungan yang mampu dipungut oleh UMNO dan ia bakal menyeluruh dalam segenap aspek, bukan semata-mata tentang kerusi Galas sahaja. Seluruh negara akan menyaksikan kemampuan UMNO. Ketika keyakinan rakyat kembali kuat kepada kerajaan DS Najib, inilah masanya UMNO mengaut segala untung tersebut dan bukannya terus terpedaya dengan mainan musuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...