Wednesday, March 2, 2011

Jenis Tak Reti Bersyukur!


Pengumuman peruntukan sebanyak RM6.4 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan sekolah di seluruh negara oleh TPM semalam seharusnya disambut dengan penuh rasa syukur oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya kalangan pendidik sendiri.

Hal ini menunjukkan betapa kerajaan sangat komited untuk membangunkan pendidikan di negara ini dan pada masa yang sama, meningkatkan keselesaan dalam kalangan guru semasa menjalankan tugas masing-masing.

Walaupun perincian lanjut belum dinyatakan lagi, namun peruntukan tersebut pastinya disalurkan untuk projek-projek menaiktaraf pelbagai kemudahan sedia ada di samping menambahkan bilangan kelas di sesetengah sekolah yang ketika ini boleh dianggap mendesak ataupun kritikal.

Tetapi seperti biasa, pasti ada suara-suara sumbang daripada pihak pembangkang yang melihat usaha murni tersebut sebagai gula-gula politik daripada kerajaan BN kepada rakyat. Bagi mereka, apa sahaja pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan pusat walaupun atas nama tanggungjawab terhadap rakyat, ia pastinya bermotifkan politik.

Bagi saya, memang pun ia bermotifkan politik kerana hanya BN sahaja yang mampu menunaikan segala permintaan rakyat di negara ini. Kerajaan harus melakukan sedemikian sebagai bukti bahawa pemerintahan BN sentiasa menjaga kebajikan rakyat di Malaysia, dan rakyat harus membalasnya dengan terus memberikan kepercayaan kepada BN dalam setiap pilihan raya yang diadakan.

Sejak 50 tahun negara merdeka, apa yang rakyat negara ini belum kecapi hasil pemerintahan BN? Pelbagai bentuk kesenangan dan nikmat sudah Allah kurniakan asbab daripada usaha gigih kerajaan yang memerintah negara ini merubah nasib dan masa depan rakyatnya. Tidakkah ini tuntutan utama dalam Islam?

Penyakit utama puak-puak pembangkang ini hanyalah hasad dengki yang tak kesudahan dan sikap perasan diri yang melampau kononnya merekalah terbaik walaupun belum teruji dengan sepenuhnya. Lima buah negeri yang tumbang dan jatuh ke tangan mereka bukanlah asbab mereka kuat dan diterima rakyat, tetapi adalah bukti yang telah ditentukan oleh Allah SWT supaya rakyat dapat menilai segala cakap-cakap mereka selama ini.

Allah bagi negeri-negeri tersebut supaya rakyat celik dan lihat sejauh mana janji mereka mampu ditunaikan, dan hari ini, sudah jelas nyata, banyak yang mereka gagal tunaikan. Malah, kezaliman yang dilaung-laungkan selama ini terhadap BN, berbalik terus kepada diri mereka. Di Pulau Pinang, apa yang mereka tidak buat untuk halau rakyat marhein daripada mencari rezeki melalui perniagaan?

Rakyat Malaysia seharusnya buka mata dan nilaikanlah seikhlas hati. Siapakah sebenarnya yang berpolitik keterlaluan hingga mengabaikan kebajikan rakyat?

2 comments:

Anonymous said...

http://anwaribrahimblog.com/2011/03/07/usah-dilayan-kerenah-penguasa-angkuhpakatan-rakyat-terus-mara-dengan-agenda-perubahan/

Anonymous said...

demo tu budak higusan yg x tau apa-apa bekenaan politik lebih baik dok diam diam takut apa yg d perkatakan tu x betul n makan tuan balik- kita kena ingat, dok d dunia ddatangkan oleh allah untuk d uji bukan suka suka - kita sedang d uji
kalau nak cakap mesti ada ilmu iman taqwa, baru cantik dan berhati hati n tak la gha, tak membebel x tentu pasal n bercakap ikut hati n x ikut ilmu iman n taqwa tadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...