Followers

Monday, May 2, 2011

Pesta Rakit 1Malaysia Parlimen Larut Meriah, Tahniah Kepada Sekretariat Pemuda Larut!

Ketenangan suasana kampung di Sungai Bayor, sebuah pekan kecil dalam Daerah Selama, Perak berubah wajah apabila dipenuhi deretan kenderaan luar dan penduduk sekitar yang mahu menyaksikan kemeriahan Pesta Rakit 1Malaysia yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Larut pada hari Sabtu, 30hb April lepas.

Acara julung kali ini ternyata membawa satu kelainan yang besar dan berjaya menarik perhatian banyak pihak terutamanya penduduk Selama. Jika selama ini Pemuda Larut lebih banyak menganjurkan aktiviti kesukanan di padang, kali ini mereka mengajak orang ramai berkumpul di tebing-tebing sungai semata-mata untuk melihat para peserta berakit di sepanjang Sungai Selama bermula dari Kampung Sungai Siputeh dan tamat di Kampung Sungai Bayor iaitu melibatkan laluan lebih 30 kilometer.


Sebahagian daripada para peserta yang mewakili lebih 100 buah rakit yang dilepaskan secara berkumpulan memulakan perlumbaan mereka.

Orang ramai memenuhi gigi air bagi menyaksikan acara perlepasan di Kampung Sungai Siputeh, Selama, Perak.

Perlumbaan sengit ini turut melibatkan pasukan daripada Bomba & Penyelamat, Polis dan para belia kampung.

Sokongan padu!

Secara keseluruhannya, program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Larut YB Dato' Hamzah Zainuddin ini dilihat amat berjaya membawa satu kelainan yang ditunggu-tunggu selama ini oleh orang anak-anak muda di sini. Tahniah diucapkan buat Team Pemuda UMNO Larut. Semoga acara sebegini terus diadakan pada masa hadapan dan dijadikan program tahunan di tempat kita. Anda terbaik!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...