Thursday, November 7, 2013

Sejauh Mana Kita Pertahankan Allah?

Terus-terang, isu kalimah Allah yang diheret ke kancah politik di negara ini sebenarnya amat merimaskan.  Tak cukup lagikah pelbagai isu lain dipolitikkan hingga kalimah Allah juga mahu diperdebatkan secara terbuka dengan gaya politik?

Sedar atau tidak, isu ini diputarkan supaya kita lemah. Orang Nasrani sama sekali tidak akan duduk diam selagi kita tidak masuk ke dalam perangkap mereka. Mereka mahu kita lemah selemah-lemahnya. Mereka mahu kita hancur. Mereka mahu kita lenyap, akidah dan agama kita musnah supaya akhirnya mereka mampu mengambil alih kedudukan kita di sini. Tidak nampakkah kita akan hal ini?

Siapakah yang mula-mula mencetuskan isu ini? Adakah orang Islam dengan sendirinya menawarkan kalimah Allah kepada orang Kristian supaya digantikan dengan perkataan Tuhan dalam Bible versi Bahasa Melayu? Jika benar langkah membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah akan mengajak orang Kristian mendekati Islam (baca: Islam sebagai jalan hidup yang diredhai oleh Allah SWT), kenapa para ilmuan, ulamak dan cendekiawan Islam kita terdahulu tidak melakukannya lebih awal? Tidak cukup bijakkah mereka berbanding para ahli politik berketayap pada hari ini?

Anehnya, kita hari ini seolah-olah redha diperangkap oleh Nasrani di Malaysia. Kenapa kita tidak pernah bertanya, kenapa baru sekarang mereka membuat tuntutan ini?


Jika mereka masih membangkitkan perkara ini, mari kita cabar mereka supaya gunakan kalimah Allah ini dalam konteks yang sebenar. Bukan setakat guna kalimah Allah, tapi beriman kepada “Laa ilaha ilAllah.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...