Friday, July 9, 2010

Takziah.

Puan Latifah bt Ahmad (Allahyarhamah)

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Puan Latifah bt Ahmad, Pengetua SMK Sungai Bayor, Selama, Perak yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada petang tadi (Khamis, 8hb Julai 2010) setelah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Pondok Tanjung, Perak.

Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taiping selepas selesai menjalankan tugas harian di sekolah apabila salah satu daripada tayar kereta yang dipandunya pancit sehingga menyebabkan beliau gagal mengawalnya lalu terbabas.

Butiran lanjut mengenai kejadian masih belum saya peroleh walaupun berita mengenainya sudah tersebar luas di laman sembang maya terutamanya Facebook. Rata-rata warga sekolah dan penduduk setempat masih terkejut kerana arwah baru sahaja ditukarkan ke SMK Sungai Bayor dan merupakan pengetua wanita pertama yang mengepalai sekolah yang terdiri daripada pelajar Melayu 100% itu.

Saya secara peribadi tidak begitu mengenali arwah berbanding suaminya yang juga merupakan bekas pengetua di sekolah yang sama ketika saya masih belajar di tingkatan empat hingga tingkatan lima sedikit masa dahulu. Walau bagaimanapun, arwah cukup disegani kerana kredibiliti beliau dalam pentadbiran dan pelbagai lagi gagasan baru yang sempat dibawanya selama berada di Sebayu.

Jazakallahu khairan kathiraa..hanya itu yang mampu kami ucapkan buat arwah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatehah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...