Thursday, September 22, 2011

PAS Takut ALLAH atau TUN M?

Juak-juak PAS, berhentilah daripada menyalahkan UMNO atas kegagalan melaksanakan hukum Hudud. Walaupun ada yang cuba bermain bahasa dengan mengatakan mereka memperjuangkan hukum, bukan isu, namun ia seolah-olah dijadikan modal untuk meraih keuntungan politik atas simpati orang Islam.

Di luar sana, ramai orang Islam yang mahukan agama dan mahu melihat syariat Islam ditegakkan. Kerana itulah ramai yang menyokong PAS. Tetapi hingga kini, PAS terus bermain dengan isu ini dengan tak henti-henti menyalahkan UMNO khususnya Tun M yang kononnya menentang hukum tersebut.

Menentang ertinya menolak. Menolak hukum al-Quran bukan perkara ringan, malah boleh terkeluar akidah. Adakah Tun M dan Pak Lah sudah terkeluar akidah kerana kononnya menentang usaha PAS tersebut?

Ditakdirkan Allah, mereka menguasai beberapa buah negeri pada PRU 12 lalu. Tetapi Hudud seolah-olah jatuh ke anak tangga paling bawah. Di depan orang Islam, mereka kata UMNO yang tentang. Maka makin bencilah orang-orang yang tidak tahu kepada UMNO. Sedangkan, UMNO juga Islam dan tak pernah saya dengar atau lihat apa-apa kenyataan rasmi yang mengatakan UMNO menolak Hudud.

Sekarang, PAS perlu buktikan kesungguhan mereka. Pedulikan orang Islam dan bukan Islam yang tidak faham. Pedulikan keadaan yang kononnya tidak kondusif. Pedulikan pandangan peguam-peguam sivil yang tidak bersetuju. Sebaliknya, patuh pada perintah Allah kerana bukankah selama ini PAS mendabik dada mereka pejuang Islam sebenar?

Kalau Allah dah suruh, buat sahaja. Orang Islam pasti sokong. Di Acheh, ia boleh dilaksanakan dengan baik. Kenapa di Kelantan dan Kedah tak boleh? Kenapa Selangor tak boleh? Kenapa Pulau Pinang tak boleh? Apa sebenarnya yang ditakutkan, Allah atau Tun M?

2 comments:

jejakazman said...

maaf cakaplahh yeeee.....pas takut undi.....itu jee...

Anonymous said...

Tun M tak bagi sebab Hudud PAS kata org perempuan yang kena rogol kena kemuka 4 saksi, kalau tak akan didakwa zina. Kalau dia termengandung kena juga 4 saksi, kalau tak dia dituduh berzina. Seronokla perogol dan penzina lelaki.. sure terlepas punya. Apa taknya, bukti video tak boleh pakai.. hanya besi tak ada mata dan telinga. DNA pulak tak ada sebut dalam Quran. Kepada puak-puak PAS, mikrofon yang digunakan dalam ceramah hangpa pun tak pernah Nabi pakai. Kereta, kapalterbang. keretapi, h/p, labtop, ipad pun tak ada tersebut dalam Quran. Kalau macam tu yang mana tak pernah disebut dlam Quran.. hangpa jangan pakai.. amacam adaberani?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...