Tuesday, August 10, 2010

Siapa Musuh Singapura? Siapa Pula Musuh Malaysia?

INI MERUPAKAN SISTEM MERIAM SELF PROPELLED "PRIMUS" BUATAN SINGAPURA - Dipetik daripada laporan Shah Paskal, Perarakan Hari Kemerdekaan Singapura.


Terkedu seketika bila membaca update terkini blog Shah Paskal. Liputannya kali ini berkaitan sambutan kemerdekaan negara jiran kita, Singapura daripada Malaysia. Saya tidak berhajat memperkatakan tentang kehebatan pendedahan yang dibuat oleh Shah Paskal itu. Dunia sendiri sudah tahu dan ia bukan lagi rahsia.

Jiran kita yang satu ini bukan sembarangan jiran. Kecil saja negaranya. Tetapi ia mempunyai kekuatan persenjataan dan militari yang sangat maju, sofistikated dan melangkaui kemampuan mana-mana negara lain di rantau ini terutamanya Malaysia.

Singapura jelas sekali terlalu obses dengan upaya pertahanannya. Ia mungkin beralasan bahawa tahap kesiap-siagaan sebegitu rupa penting demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negaranya. Persenjataan yang canggih dengan nilai trillionan dolar dianggap berbaloi dengan aset-aset yang dimilikinya ketika ini sesuai dengan status negara maju di Asia. Semua itu mesti dilindungi.

Namun soalnya, dilindungi dari siapa? Apa ancaman yang begitu menggerunkan mereka sehingga berbelanja besar menyediakan armada perang secanggih itu? Kita ketepikan soal kemampuan ekonomi kerana memang ia sebuah negara yang kaya-raya. Tetapi hati kecil saya sangat meragui kesungguhan persiapan Singapura itu walaupuan Shah Paskal sejak awal-awal lagi menyatakan ia adalah bagi melawan kemampuan armada perang Malaysia.

Memang benar, Singapura terlalu prejudis dengan negara kita. Tetapi tentu ada sebab lain yang mendorong negara sekecil itu bersungguh-sungguh mendapatkan segala jenis senjata terkini yang sebahagian besarnya datang dari Amerika Syarikat.

Saya tertarik dengan point ke-4 Shah Paskal yang menyatakan terdapat 3 titik persamaan antara Singapura dan Israel dalam hal ketenteraan iaitu National Service, kekuatan udara dan kekuatan armor. Berdasarkan pendedahan-pendedahan terkini, sememangnya persamaan-persamaan yang dinyatakan itu benar-benar wujud. Lihatlah persiapan armor Singapura seperti yang dipaparkan oleh Shah Paskal di blognya. Tiada yang terkemudian. Malaysia? Enjin jet pun hilang..

Jika Singapura benar-benar menggeruni Malaysia, saya rasa, tentu ada sebab yang lebih penting berbanding keupayaan militari negara kita ini. Singapura sendiri maklum, bahkan Amerika Syarikat juga sedia tahu akan keupayaan tentera kita ketika ini. Walaupun pihak kerajaan telah menambahbaik keupayaan armor dan kekuatan udara kita dengan pembelian aset-aset terkini seperti jet pejuang halimunan Friget Meko 100 dari Jerman di samping kekuatan maritim dengan dua buah kapal selam dari Perancis, namun pada realitinya, ia tidak mampu pun menjentik Singapura, apatah lagi menggertak mereka.

Sebaliknya saya percaya, ia ada hubung kait yang cukup kuat antara cita-cita terpendam bangsa Yahudi yang gagal sewaktu misi missionari mereka lama dahulu. Barangkali kita terlupa betapa Yahudi pernah bercita-cita untuk menakluk Nusantara secara kekal tetapi gagal kerana Kesultanan Melayu yang ada ketika itu berjaya menggerakkan rakyat masing-masing untuk bangkit menentang kuasa penjajah.

Namun misi mereka sebenarnya belum gagal, sebaliknya cuma tergendala. Proksi penjajah di Nusantara masih utuh bahkan semakin gagah iaitu Singapura. Mereka percaya rantau ini adalah tempat atau lokasi kebangkitan Messiah yang ditunggu-tunggu selama ini untuk menjayakan cita-cita agung bangsa Yahudi.

Jika kita telitikan senario yang wujud, secara relatif, terdapat banyak tanda yang semakin jelas ketika ini seperti gugahan terhadap institusi kesultanan, tuntutan demokrasi beracuankan barat yang sejati, konsep ketuanan rakyat dan sebagainya. Semua ini adalah ideologi Illuminati yang sedang dipraktikkan terhadap dunia Islam khususnya di Nusantara, terutamanya di Malaysia.

Kehancuran institusi kesultanan di Indonesia dan beberapa lagi kerajaan Melayu silam adalah simbolik kejayaan awal misi tersebut di Nusantara yang digerakkan salah satunya atas dasar gospel iaitu menyebarkan ajaran Triniti mereka di sini. Kita juga dapat melihat dengan jelas bagaimana tradisi ilmu dan warisan kebudayaan orang Melayu telah dihapuskan dengan begitu dahsyat hanya semata-mata untuk menutup abiliti armada silam menentang soldadu Barat.

Natijahnya bangsa Melayu tinggal kekal di sini dengan satu persepsi yang telah ditanam oleh penjajah sejak sekian lama untuk terus memperakui kekuasaan Barat. Anak-anak Melayu tidak sedikit yang dihantar ke Barat menuntut ilmu di sana dan pulang dengan ideologi moden yang bersifat terbuka. Ini juga sebenarnya sebahagian daripada strategi Illuminati untuk menguasai dunia Islam kerana ajaran mereka disebarkan utamanya melalui institusi-institusi pemikiran terkemuka di Barat dan pada masa yang sama mereka membuka pintu kepada pelajar-pelajar dari Timur yang kelak akan pulang menjadi tokoh di tempat sendiri.

Dalam hal ini, saya melihat Singapura adalah hasil terbaik perancangan Barat untuk terus menguasai Nusantara, rantau yang sebenarnya cukup benilai tinggi dari segi sejarah mahupun kebudayaannya. Singapura akan terus dibantu dari masa ke masa khususnya dalam bidang ketentaraan. Ini penting kerana dengan keupayaan yang sebesar itu, Amerika dan Israel sudah pun mencapai beberapa kejayaan awal.

Pertama, armada Singapura adalah armada Amerika dan Israel sekali gus. Pada bila-bila masa ia boleh dikerahkan untuk membuat serangan awal ataupun melancarkan konfrantasi secara fizikal. Tanpa perlu membuka sebarang pangkalan tentera, Amerika dan Israel sebenarnya sudah pun mempersiapkan armada perang mereka di rantau ini.

Kedua, Singapura adalah simbol kepanikan Nusantara. Semboyan perang seandainya dibunyikan oleh Singapura, ia akan menggentarkan seluruh Nusantara. Rakyat Malaysia dan Indonesia yang terdiri majoritinya orang Islam sudah tentu akan berasa cemas dan panik sekali gus membuka peluang propaganda kepada Amerika dan Israel. Dalam strategi Illuminati, idea mencetuskan kepanikan ini adalah strategi yang cukup ampuh kerana ia akan membekas sebagai persepsi bahawa tidak ada gunanya orang Islam menentang Israel.

Ketiga, industri persenjataan akan berkembang pesat. Dunia umumnya menerima pakai piagam yang telah ditetapkan oleh PBB dalam urusan pembinaan senjata dan kelengkapan ketenteraan yang mana ia akan dikawal oleh hanya negara-negara tertentu sahaja seperti Amerika, Russia, Jerman, Perancis, Korea, China dan sebagainya lagi.

Adalah jelas, apa yang berlaku di peringkat global hari ini termasuk penyebaran wabak dan sebagainya lagi adalah permainan pihak-pihak tertentu yang sedang mengaut keuntungan. Strategi pengawalan pengeluaran senjata sebegini pula hanya akan mewujudkan dasar monopoli di mana negara-negara yang inginkan senjata terpaksa membuat tempahan dengan kos yang cukup tinggi kepada pengeluar. Mereka inilah sebenarnya yang mencetuskan konflik-konflik yang berlaku di seluruh dunia hari ini.

Dalam hal ini, dengan mengambil contoh negara kita sendiri, tanpa banyak pilihan kita terpaksa berurusan dengan pihak-pihak pengeluar senjata supaya tidak ketinggalan atau dipandang lemah. Harga yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapat Friget Meko 100 misalnya kerana kita tidak mempunyai kepakaran atau lesen untuk mengeluarkannya sendiri.

Kesimpulannya, pada pandangan saya, Singapura hanyalah boneka yang sedang berseronok dengan keupayaan militari mereka. Memang mereka mempunyai kekuatan tersebut. Musuh mereka juga sememangnya adalah kita kerana kita adalah Islam. Tetapi kita mesti ingat, musuh kita bukanlah Singapura sebaliknya Amerika dan Israel yang selama ini mendokong Freemanson dan Illuminati. Inilah musuh kita yang jelas nyata.

Ayuh semua kita pertahankan hak-hak Kesultanan kerana Sultan-sultan dan Raja-rajalah yang menjadi halangan kepada matlamat mereka menguasai dunia. Maharaja di China sudah lama lenyap. Maharaja di Jepun juga sudah tinggal sekadar sejarah hidup yang ditonton sebagai artifak. Khalifah Islamiyah juga sudah rebah menyembah bumi Andalus dan Instanbul. Bhumiphol di Thailand juga semakin digasak oleh rakyatnya sendiri yang sudah tertipu dengan permainan demokrasi barat. Yang tinggal kekal ketika ini cuma Sultan-sultan dan Raja-raja kita di Malaysia. Mereka adalah silsilah Muhammad SAW yang mesti kita pertahankan.

8 comments:

Megat Alam Gempita said...

Melayu UMNO vs Melayu PAS/PKR = Harbi DAP n Harbi PAP Singapura menang

Melayu Malaysia vs Melayu Indonesia = Harbi DAP, Harbi PAP, Harbi Indonesia menang

Melayu Malaysia vs Melayu Brunei = Harbi DAP n Harbi PAP menang

Melayu Malaysia vs Melayu Pattani = Harbi DAP, Harbi PAP n Harbi Siam menang

Melayu Malaysia vs Melayu Moro = Harbi DAP, Harbi PAP n Harbi Pino menang

Anonymous said...

kalau kita tanya orang2 alim yang kearah tarekat mereka mengatakan yahudi amat takut dengan negara disebelah timur (sabda Nabi). kerana umat islam akan dijadualkan bangkit di asia tenggara (malaysia, indonesia, brunei). macamana lemahnya org melayu, tetapi suatu hari mereka akan akan membawa kebangkitan islam ke2. sebab itu ramai pendakwah2 islam arab datang ke nusantara pada zaman sebelum penjajah utk mengembangkan islam. ini adalah utk menjadikan jadual Allah diakhir zaman menjadi realiti. sebab tu yahudi tak takut dgn arab. sebab jadual kebangkitan islam ke2 bukan ditangan mereka. suatu hari ia akan tiba & anak didik yahudi (singapura)_perlu bersedia dgan segala kelengkapan ketenteraan. yahudi tahu semuanya, mereka juga tahu suatu hari semua yahudi di israel dijadualkan utk disembelih oleh imam mahadi & dajjal dibunah oleh Nabi Isa. Kita aje yg tak tahu jadual Allah diakhir zaman.

Anonymous said...

Singapura memang hebat bro... tapi setiap kali dia berbangga dengan kekuatan pertahanannya, Allah akan turunkan bala berbentuk penyakit yang melanda bayi dan kanak-kanak Singapura hingga meragut nyawa.

Begitulah Allah secara tersirat dan sedikit-sedikit mengurangkan jumlah rakyat Singapura. Lagi satu demam denggi turut melanda Singapura dengan mencatatkan angka kematian yang agak tinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.

Lihatlah begitu mudah Allah menghukum pemerintah Singapura tanpa disedari oleh mereka. Memang kesiapsiagaan mereka amat hebat. Tapi tetap kantoi juga jika dibandingkan Komando Malaysia. Our soldier much more 'osome' bro dan diiktiraf oleh PBB lagi.

Sebab itulah bila kita nak mempertingkatkan sistem pertahanan kita, kaum mana yang paling vokal dan tidak setuju dengan keupayaan sistem ketenteraan Malaysia. Macam-macam fitnah ditabur dari kapal selam sampai lah ke scopene. Siap mengiktiraf komunis sebagai wira negara. Tak ke bangang tu namanya. Filipina yang tak berapa nak maju pun sistem pertahanannya canggih.

-jln.ledang ke kg.gelam-

Anonymous said...

Rumusanya ...
MALAYSIA umpama PALESTIN & SINGAPURA umpama ISRAEL. ISRAEL mempunyai senjata yang amat ampuh & 100% ruang udara dikuasai oleh rejim itu. tetapi semangat berjihat orang-orang HAMAS tidak boleh dipatahkan dengan teknologi yang ampuh. begitulah dengan MALAYSIA - SINGAPURA. Jika difikirkan semula, memang tidak tumpah ISRAEL - PALESTIN, cuma mereka di Timur tengah tetapi yang ini di Asia... Hebat tak.?

Anonymous said...

Insya-allah, zaman kita nanti bakal menyaksikan kebangkitan Islam di tanah melayu sendiri (nusantara). Indonesia sudah tipis. Hanya tinggal Malaysia @ Brunei. Malaysia hanya mengamalkan raja berpelembagaan, Brunei sorang sahaja mempunyai raja Mutlak...

Anonymous said...

Saya agak hairan di negara sekeliling utamanya Kemboja & Thai. Mereka menggunakan orang asing sebagai maharaja.. orang sendiri tak boleh diharapkah?

Anonymous said...

Anonymous,Dec 22,2012 at 2:36 PM.
Gak salah ente ngomong?, Malon punya sejarah perjuangan? sdh merdeka blum?

Anonymous said...

Boleh bg link blogger shah tu tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...