Thursday, March 14, 2013

SIAPA SAKSI ANWAR SEBENARNYA??

Mereka tinggalkan Anwar Ibrahim tetapi tetap cekal dalam perjuangan


Petang Rabu, 14 Mac 2013, saya berpeluang berdiskusi bersama beberapa orang tokoh penting di Pulau Pinang. Banyak perkara dikongsikan.

Tujuan utama pertemuan itu diaturkan adalah untuk memberikan pencerahan berhubung isu di Lahad Datu dan beberapa isu besar lain yang berlaku muktahir ini.

Namun, paling menarik perhatian saya ialah apabila salah seorang tokoh yang dijemput itu berjaya membuka minda para audien tentang pelbagai perkara membabitkan pembangkang di negara kita. Kunci pembukanya ialah hidayah, atau petunjuk daripada Allah SWT.

Sekadar memetik beberapa nama seperti CN Al-Afghani, Zulkifli Nordin, N. Gobalakrishnan, Ustaz Hafiz Nordin, dan dua tiga nama lagi, beliau mengajak kami melihat dari sudut yang lebih masuk akal, tanpa sebarang hujah dan fakta.

Zulkifli Nordin misalnya, disifatkan orang kepercayaan paling rapat dengan Anwar Ibrahim sehingga diibaratkan seperti jari tengah dan jari telunjuk yang sentiasa menyokong antara satu sama lain pada suatu ketika dahulu.

Namun sekarang, apa jadi pada beliau? Begitu juga dengan Gobalakrishnan yang sanggup dipenjarakan dan membelasah polis hanya kerana mahu mempertahankan Anwar Ibrahim.

Chegu Non, Ustaz Hafiz Nordin, Dr. Hasan Ali, Ustaz Hasan Basri dan beberapa orang lagi pula telah mula meninggalkan PAS termasuk berkempen kepada rakyat supaya menolak parti Islam ini.

Bila difikir-fikirkan, tentu ada kuasa pendorong yang mendorong mereka ini meninggalkan Anwar Ibrahim dan haraki perjuangan yang dibawa selama ini ketika bersama PAS.

Tanpa menjelaskan secara lebih terperinci, tokoh berkenaan mencabar audien melihat perkara tersebut dari satu sudut yang mudah tetapi amat meyakinkan, iaitu hidayah daripada Allah SWT. Kesemua mereka telah menerima hidayah dan kini mereka berusaha membaiki keadaan yang pernah dirosakkan oleh mereka sendiri dahulu.

2 comments:

Anonymous said...

Hey there! I know this is kinda off topic but
I'd figured I'd ask. Would you be interested in trading links or maybe guest writing a
blog post or vice-versa? My website addresses a lot
of the same topics as yours and I believe we could greatly benefit from each other.
If you happen to be interested feel free to send me
an email. I look forward to hearing from you! Fantastic blog by the way!



Feel free to visit my website - Beats By Dre Cheap

Anonymous said...

I rolled оver and tried to think of something else-and I thought of
Jacob and his brotɦеrs, out running in the darkness.
Before you make ƴour final purchase decision, make sure yоս arе well-informed.
It is imρortant to helƿ make this attack as neatlʏ
as possible so that you can achieve a significant amount of ρoints.


my web-site :: telecharger clash of clans triche

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...