Wednesday, January 13, 2010

PMI Perlu Hentikan Segera Dasar Permusuhan Sesama Mahasiswa

Alhamdulillah, sebentar tadi sempat juga saya diskusi dengan beberapa orang sahabat. Pertemuan yang sebetulnya tidak dirancang, berubah angin menjadi bual-bual yang begitu terarah, dari isu sejagat dalam konteks pelajar membawa kepada isu-isu yang melangkaui sempadan kampus. Tidak ternafikan lagi bahawa suara mahasiswa ada kalanya begitu kritis, ada kalanya begitu sinis, dan ada waktunya nanar sekali lebih-lebih bila sudah menyangkut ideologi dan perbezaan pendapat.

Lalu tidak semena-mena keluar isu bai’ah, isu yang saya kira sebenarnya sensitif dan tergolong dalam kategori tertentu saja, yang hanya orang tertentu saja patut bercakap mengenainya.

Ceritanya, PMI juga mempunyai stage bai’ahnya sendiri. Sungguhkah? Bagaimana?

Pun, bukanlah niat saya sebenarnya untuk persoalkan hak mereka untuk melaksanakan bai’ah, bahkan ia bukanlah sesuatu yang asing dalam ad-din kita ini. Rasulullah juga berbai’ah, sahabat-sahabat juga. Pemimpin kita turut berbai’ah. Secara tersirat bahkan, kita berbai’ah kepada diri, kepada ibu-bapa dan kepada orang-orang tertentu.

Bai’ah dalam PMI khabarnya terpecah kepada tiga tahap. Detailnya tak perlulah saya rincikan di sini. Daripada sumber dalaman sendiri, PMI akan melaksanakan bai’ah tersebut semasa pertemuan khas dibawah pimpinan pihak tertentu dari luar kampus yang dianggap sebagai mentor mereka. Pertemuan tersebut juga lebih dikenali sebagai Tamrin. Sasaran bai’ah pula tentunya ahli baru terutamanya dalam kalangan pelajar tahun pertama.

Saya tidak pasti apakah motif sebenar bai’ah, apa perlunya dalam konteks berpersatuan dan sejauh mana implimentasinya ke atas ahli-ahli PMI. Saya juga ahli PMI yang berdaftar (jika belum dipadamkan). Tetapi saya tidak pernah sampai dibai’ahkan atau membai’ahkan diri saya untuk taat setia kepada PMI. Mungkin pada waktu itu saya belum benar-benar putih atau mungkin belum layak, banyak kekotoran yang perlu dibersihkan. Yang saya tahu, dari sumber yang sama, hanya yang terpilih saja akan diajak ke Tamrin dan berbai’ah.

Ketika masih aktif berusrah dahulu, walaupun sekejap, sejujurnya saya begitu terpersona dengan gaya dakwah yang diterapkan. Kami dibentukkan sebegitu rupa, dipimpin oleh senior yang dipanggil abang dan dididik dengan nilai-nilai yang positif, menyentuh segala sisi baik yang dianjur Islam. Saya temukan, inilah jemaah yang tepat untuk membimbing saya sebagai pelajar baru di USM.

Malangnya, selepas saya menonjolkan identiti pemikiran dan arah minat saya yang sebenar, abang-abang yang selama ini begitu saya sanjung seolah-olah menjauhkan diri. Lebih sayu bila salam tidak lagi bersahut, huluran tangan tidak diendahkan, senyuman langsung dibalas jelingan penuh wasangka.

Saya juga semakin berjauh hati kerana lama-kelamaan, sesi usrah untuk berbincang dan bertanya-tanya khabar sesama ahli jemaah sudah mula diserapkan dengan dakyah-dakyah berbaur politik, membenci pihak kerajaan dan sebagainya. Saya sungguh terkejut dan tidak menyangka ada agenda tersirat di sebalik aktiviti dakwah yang dilakukan. Lebih mengejutkan bila wujud sebaran yang dalam kalangan ahli jemaah yang mengatakan PMI memusuhi gerakan dakwah oleh Tabligh, yang kononnya terlalu jumud dan tidak bersedia berjuang bersama PMI. Apa ini? Saya sangat geram dan tidak faham sama sekali dengan perkara ini.

Saya bukan bermaksud hendak buruk-burukkan sesiapa. Tetapi inilah realiti yang saya sendiri alami. Tapi cerita tentang bai’ah sebenarnya lebih menarik.

Bai’ah..bai’ah…bai’ah.. Ini isu besar yang pernah menggoncang bumbung sebuah parti politik Islam di Malaysia. Implimentasinya, hebat. Sehingga mampu mencetuskan keretakan pula pada tiang-tiang parti tersebut.

Bai’ah dalam PMI juga tidak kurang hebatnya. Dari sumber yang saya perolehi, ada kalangan ahli PMI yang enggan berbai’ah kerana tidak suka dengan syarat-syarat yang ditetap. Bahkan, ada yang langsung keluar dari jemaah. Natijahnya, perit amat. Segelintirnya dituduh sebagai pengkhianat kepada perjuangan, bacul hingga langsung digelar kufar seolah-olah mereka sudah terbuat dosa yang maha besar. Apa ini?

Tidakkah ini semua hanya mewujudkan satu polisi saraf yang menganjurkan permusuhan sesama mahasiswa?

Apakah PMI sedar implikasinya?

Sekali lagi, apa perlunya bai’ah dalam sebuah persatuan yang mementingkan persaudaraan sesama manusia, insan? Kalau bai’ah PMI itu baik, seperti yang cuba dipertahankan oleh beberapa orang pemimpin tertingginya sewaktu diajukan soalan ini dahulu, kenapa ada yang enggan berbai’ah? Kenapa sampai ada yang keluar jemaah? Siapakah sebenarnya musuh PMI?

8 comments:

Anonymous said...

apa itu baiah sebenarnya??
bukan ke kita kena paham semua peringk baiat dan hadaf dy?
harap penulis boleh kaji kagi susur galur

Amin Baek said...

salam ziarah
di tmpat saya juga blaku kes spt ini..sgt2 sama..

sungguh sedih ble jadi cmni..
kadang rumate blainan jemaah pn,trut menerima kesan..huhuh

Nur Izzati said...

salam ziarah...

sekadar berkongsi pengalaman, saya pernah berada sampai ke tahap ditamrinkan ini. Namun bak kata saudara, mungkin saya yang masih belum terlalu 'putih' ataupun bebas dari sebarang kekotoran, maka saya tidak mampu meneruskan tamrin tersebut dan akhirnya memilih untuk keluar.

Namun, apa yang menyedihkan saya, saya tidak menyangka sama sekali bahawa apabila pemikiran tidak sama, istilah ukhuwah dan sabahat itu juga putus malah hampir hancur sama sekali. Saya tidak tahu adakah keadaan saudara juga sama, atau mungkin saya sahaja yang mengalaminya.

Mungkin juga saya yang tersilap, namun sesuatu yang menyebabkan hati saya menjadi sangat terkesan ialah apabila saya sudah tidak lagi dianggap sahabat.

Sekadar perkongsian. Salam..

Anonymous said...

Salam

Selama ini jarang-jarang isu ini dibangkitkan.tahniah kepada saudara kerana berjaya mengupas isu ini walaupun tidaklah saudara tahu cerita disebaliknya.harap saudara dapat mempastikan adakah baiah itu benar2 wujud kerana pada pandangan saya isnya sangat tidak sesuai digunakan dalam konyeks persatuan.Seolah-olah PMI itu mempunyai musuh..persoalnnya siapa musuh PMI adakah ASPIRASI..Perjuangan PMI atas persatuan untuk adakah untuk berpolitik? atau menyimpang dariapada landasan PMI..Adakah Islam menggalakkan permushan..Zaman kita tidak sama dengan zaman Nabi S.A.W..kepada org2 kuat PMI fikir-fikirkanlah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam...
Saya tertarik sangat dgn post ni.. Kdg2 kita perlu byk berkongsi perkara2 yg tak pnh ditimbulkan agar kita sedar dan dapat lihat hikmah di sebaliknya.
Saya juga pernah mengalami pengalaman "diboikot" oleh shbt2 seperjuangan,bila tak menyahut ajakan berbai'ah,terus dah tak nak pandang muka kita..Ada apa sebnrnya dgn bai'ah yg dibuat tu? sekadar lafaz bai'ah je rase nya baik tak yah buat..Lafaz then at last,ttp juga ada yg lari..Wallahualam..skdr meyuarakan apa yg pnh sy alami..smg ia mnjadi pengajaran pd kita semua..Ingat Kerja Islam adalah tanggungjawab bg sume muslim..msg2 ada beban dakwah yg berbeza..yg penting berpegang teguh dgn Tali Allah...
al-FaruQy..

Anonymous said...

konfem YDP PMiUSM naik tergaman baca artikel ni... mungkin YDP Pmiusm boleh bagi ulasan sedikit..

Anonymous said...

salam..
terkesima membaca posting saudara memndgkan saya tidak mmpunyai pengalaman spt saudara.
namun setelah meneliti dan menghayati apa yg disampaikan saudara saya dpt mndapat 1 kesimpulan yg jelas apa yg ingin disampaikan..
saudara rizuan, menurut posting saudara kelihatannya saudara sendiri menyatakan kepentingan baiah sehinggakan rasulullah sendiri berbaiah. namun saudara sudah benar2 menelitikah sejarah baiah rasulullah..ataupun hanya pandai mengeluarkan bicara mengikut kata emosi semata.teruskanlah mengkaji jangan hanya hanya mengkeji krn disitu mengingkap keaiban sendiri..

andai masih belum cukup putih teruskanlah untuk memutihkan agar keputihan hati agar menyuluh kepada redhaNya..KasihNya..seterusnya syurgaNya..

sy redha andai komentar sy ini didelete krn hanya hati yg putih mnjadi pecinta kpd nasihat serta teguran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...