Followers

Monday, May 3, 2010

Isu POLIS : Ketua DPPP Berat Serban?

Saya bukanlah anggota polis atau ahli dalam sukarelawan polis (SUKSIS) seperti sahabat saya Temenggung Seragam Biru, jauh sekali berdarah polis.

Tetapi peranan pihak berkuasa ini amat saya hormati dan kagumi. Pengalaman ‘diajak’ ke balai ketika bersekolah dahulu kerana menunggang motosikal tanpa topi keledar telah banyak mengubah persepsi saya bahawa polis sebenarnya rakan kepada masyarakat, bukannya musuh masyarakat seperti yang digambarkan ketika ini oleh pelbagai pihak.

Kes budak remaja mati ‘ditembak’ (mohon maaf kepada keluarga mangsa kerana terpaksa menyentuh isu ini di sini) seolah-olah membunuh dan memusnahkan segala rekod baik dan kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan ini sepanjang penubuhannya kepada negara.

Terbaru, tindakan pihak polis yang dikatakan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lagi budak remaja yang menyertai Program Belia di Selangor, telah dilaporkan secara bias sekali. Dalam kes ini, sekali lagi media pembangkang cuba membina persepsi umum bahawa tindak-tanduk pihak polis semakin melampaui batas-batas kemanusiaan.

Pada saya, laporan-laporan bebas sebeginilah yang lebih berbahaya berbanding tindakan rutin pihak polis tersebut. Golongan oportunis pro-pembangkang sentiasa menghidu peluang sebegini untuk dijadikan modal atas nama menegakkan hak dan keadilan rakyat, tetapi apa yang berlaku ialah, mereka meletakkan satu situasi yang mampu menghakis kepercayaan orang awam terhadap pihak berkuasa ini dengan sewenang-wenangnya.

Ulasan Ketua DPPP pula lebih menarik apabila menggesa Tan Sri KPN meletakkan jawatan kerana dilihat kurang berwibawa. Ketua Pemuda ini barangkali diberati serban yang berkilo sehingga tidak mampu berfikir secara waras dan mencerap situasi yang berlaku dengan rasional. Dendam mereka terhadap pihak polis sentiasa meluap-luap.

“6. Tidak dinafikan bahawa memandu tanpa lesen pula melanggar sekatan jalanraya adalah salah di sisi undang - undang jalanraya tetapi hukumannya bukanlah ditembak sampai mati . Inilah persoalannya . Apakah pihak PDRM telah kehilangan idea untuk membenteras gejala rempit dan pemanduan tanpa lesen sehingga satu hukuman mati mandatori mesti dijatuhkan?”

Yang hilang idea untuk mengulas kejadian ini ialah beliau, bukannya KPN. Inilah masalahnya apabila orang yang bukan ahli cuba bercakap seolah-olah dia ahli yang faham semua hal. Saya percaya, pihak polis bertindak sedemikian atas faktor-faktor yang kukuh yang belum didedahkan kerana masih dalam siasatan rapi.

Sudah tentu ketika kejadian pihak polis tidak mengetahui siapakah individu yang berada di dalam kereta tersebut. Mereka bertindak pun selepas arahan yang dikeluarkan tidak dipatuhi sebaliknya menimbulkan ancaman pula. Andaikan jika yang mati ditembak itu ialah ketua penjahat atau perompak yang ganas, apakah nada suara Ketua Pemuda DPPP ini masih sama iaitu menyalahkan pihak polis terbabit?

Selepas ini rakyat Malaysia yang berniat nak buat jenayah kecil-kecil tak perlu risau lagi kerana kita akan dibela jika ditahan oleh PDRM. Silap-silap, kita akan diangkat jadi hero pula. Golongan mat rempit, anda boleh berkonvoi dengan bebas selepas ini dan kalau bawa bendera PAS atau PKR, nasib anda akan diperjuangkan kalau kena tahan. Inilah demokrasi yang pembangkang inginkan.

11 comments:

ks30069 said...

Salam ukhwah...Salam Perjuangan...

Setelah berdiam 'seketika', saya kembali memberi komen...Ada dua persoalan yang saya minta agar pembaca buka mata dan minda...

Terlebih dahaulu terima kasih saudara rizuan..Post kali ini sangat baik...

Baiklah...Ayat pertama:-

“6. Tidak dinafikan bahawa memandu tanpa lesen pula melanggar sekatan jalanraya adalah salah di sisi undang - undang jalanraya tetapi hukumannya bukanlah ditembak sampai mati . Inilah persoalannya . Apakah pihak PDRM telah kehilangan idea untuk membenteras gejala rempit dan pemanduan tanpa lesen sehingga satu hukuman mati mandatori mesti dijatuhkan?”

Baiklah...Jawapan mudah berkenaan isu berkaitan adalah : POLIS TIDAK TAHU PEMANDU ADA LESEN ATAU TIDAK JIKA KITA TIDAK BERI KERJASAMA MEMBERHENTIKAN KENDERAAN.APA YANG BERMAIN DI MINDA POLIS YANG JUGA MANUSIA BIASA ADALAH PEMANDU SEDANG MEMBUAT JENAYAH JIKA TIDAK MAHU BERI KERJASAMA...

Ayat kedua:-
Selepas ini rakyat Malaysia yang berniat nak buat jenayah kecil-kecil tak perlu risau lagi kerana kita akan dibela jika ditahan oleh PDRM. Silap-silap, kita akan diangkat jadi hero pula. Golongan mat rempit, anda boleh berkonvoi dengan bebas selepas ini dan kalau bawa bendera PAS atau PKR, nasib anda akan diperjuangkan kalau kena tahan. Inilah demokrasi yang pembangkang inginkan.

SETUJU PENDAPAT INI..LEPAS NI MANUSIA IQ ZERO YANG JADI MAT REMPIT BOLEH JADI HERO...ADA SAHAJA YANG AKAN BANTU KORANG HENTAM POLIS..

wassalam...

hamba hina said...

assalamualaikum...inilah jawapan yang tak boleh diterima akal..apa dah hilang perikemanusiaan ke?belum kena kat family sendiri,boleh la cakap.bayangkan adik anad yg kena tembak free2,contoh keadaan,dy berlari dalm keadaan gelap,dalam hutan,mgkin sesat,tp terserempak polis,dy takut,dy lari lg,polis syak dy perompak,polis MAIN LEPAS TEMBAKAN, KENA KEPALA DY MATI,,,pastu,dah tahu hal sebenar,polis kata,lepas ni bolehla PEROMPAK,PENAGIH DADAH,BAPAK AYAM,PENYAMUN LARI TGH MALAM DGN BEBAS KLU ITU YG RAKYAT MAHUKAN SUPAYA POLIS TIDAK AMBIK TINDAKAN.....PLEASAE THINK CAREFULLY,,THINK FROM YOUR DEEP OF YOUR HEART....ape perasaan keluarga dy?org boleh kata,,tu lah,,biarkan anak xde lesen bawah umur bwk kereta,,,itu dr satu sudut,,tp ade org ambik tahu perasaan mak ayah dy dgn cara kematian anak dy? bukak mata para pembaca budiman sekalian...maaf jika menyampuk..hamba hina...

BUDAK KL said...

salam..maaf eh,,setuju dgn hamba hina,,,klu y dah terang2 mat rempit tu,,tak nk pulk tembak,,bila dh timbul kes mcm ni,baru nk kecoh,,,,sebelum ni pun,,bnyk peluru polis yg x digunakn secara halal,,,dah ahh,,kat dunia ni mmg tkde yg adil,,xyah harp perlindungan polis dah,polis pn makan rasuah,xpe,,kat dunia yg zalim akn terlepas,,tp KAT AKHIRAT,,SENUA TU AKN DIBICARAKAN SEMULA,,KITA AKN KEBENARAN SEMUA PERKARA

Anonymous said...

laaa.....
apa bising2 kat sini...
senang citer,berhentikan polis yg tembak bdk tu,
ps2,ubah undang2 syarat lepas tembakan,
monyet pn boleh fikir,ini salah polis,
tp klu polis masih nak jaga staTus,x nk ngaku salh,ROSAKLA NEGARA,TAKUTLA RAKYAT,
LEPAS NI RAKYAT MMG TK NK LALU DEPAN BLAI POLIS,TAKUT KENA TEMBAK,SBB X PKI TLI PINGGANG KELEDAR PNY PASL,,,,
PERGH!!!!!!!
GEMPAK POLIS MALAYSIA
POLIS CONTOH!!!!!!!!!!!!!!!

awanbadai said...

Salam,

Nak salahkan orang itu dan orang ini memang senang. Si anon tu lagi .... sedap mulut dia aje nak keje senang, berhentikan. Anda tak berhadapan dengan jenayah, dan tak meletakkan nyawa sebagai taruhan dalam kerjaya anda .. memang senang boleh cakap.

Allo budak KL, sejak bila merempit dikenakan hukuman tembak pulak ni? Mahkamah mana sudah jatuhkan hukuman begini? Kau minta orang lain berlaku adil, tapi kau sendiri terlungkup tak adil kau tak sedar.

Hamba Hina - hang pi la jadi sukarelawan, rukun tetangga ke, rasa sendiri pengalaman berjaga malam, mengawal keamanan taman perumahan sendiri contohnya ... jgn dok cerita je berdegar2 ...

PAShamPAS said...

Kah.. kah.. kah.. ade jugak komen2 bodoh masuk cni. Kalu dah xde polis kat malaysia ni nk arapkan siapa pulak?????? xtan la nak arapkan kerja budak2 skuad amal beret merah balaci hamPAS kot. Diaorg tu keje angkat Kapal Sinki blh la.. dalam beribu polis yang ada kat malaysia ni, seorg buat perangai suma polis jadi mangsa.

Kepada budak KL, suma polis minta rasuah ke???? Nape minta rasuah kat ko, sebab ko suke merempit siang mlm ke??? Ni spesis N.ajis bodoh x blh diajar kot.

Kah.. kah.. kah...

PAShamPAS said...

Kah.. kah.. kah... polis kalau bertindak 'ganas' pada rakyat, beribu-ribu cacian pencacai hamPAS berikan pd mereka. Tapi bile ada anggota polis kene langgar ngan mat rempit, mati kene tembak ngan penjenayah, pencacai hamPAs ada simpati ke????

Kalu ade skuad amal balaci hamPAS mati kene langgar mat rempit nanti, aku nak gelak besar2, biar puas ati aku.

KAH... KAH... KAH.... KAH....

bro geram! said...

pegi mati laaaa...

Anonymous said...

hamba hina said...
assalamualaikum...inilah jawapan yang tak boleh diterima akal..apa dah hilang perikemanusiaan ke?belum kena kat family sendiri,boleh la cakap.bayangkan adik anad yg kena tembak free2,contoh keadaan,dy berlari dalm keadaan gelap,dalam hutan,mgkin sesat,tp terserempak polis,dy takut,dy lari lg,polis syak dy perompak,polis MAIN LEPAS TEMBAKAN, KENA KEPALA DY MATI,,,pastu,dah



Komen paling kelakar aku pernah baca.Siap buat drama untuk bayangkan.Kalau adik hanga ka sapa ka sesat sudah tentu dia pi cari sapa saja yang dia jumpa.Tambah2 polis,mesti polis tu tolong supaya adik hang balik ke rumah.Ada ka hang kata adik hang yang SESAT tu lari bila tengok polis?Kalau hang sesat dalam HUTAN mcm hang buat drama td,sapa saja yang hang jumpa mesti hang mintak tolong.Tu pun xtau pikiaq ka?Otak letak mana?bawah tapak kaki?Agak2 la nak kata polis main sedap nak tembak.


````BUDAK KL said...
salam..maaf eh,,setuju dgn hamba hina,,,klu y dah terang2 mat rempit tu,,tak nk pulk tembak,,bila dh timbul kes mcm ni,baru nk kecoh,,,,sebelum ni pun,,bnyk peluru polis yg x digunakn secara halal,,,dah ahh,,kat dunia ni mmg tkde yg adil,,xyah harp perlindungan polis dah,polis pn makan rasuah,xpe,,kat dunia yg zalim akn terlepas,,tp KAT AKHIRAT,,SENUA TU AKN DIBICARAKAN SEMULA,,KITA AKN KEBENARAN SEMUA PERKARA
````


Ni lagi satu komen yang aku rasa dia tak pernah nak pikir selain satu benda yg tertanam kat dada dia.Kalau xharapkan keadilan dr polis atau senang cakap mahkamah hang nak pi cari keadilan kat mana?sedangkan punaisihat PKR pun mintak tolong polis sampai masuk mahkamah bicara kes datang lewat dia.Bayangkan plak(aku plak buat drama)kalau adik hangpa ka,mak hangpa ka kena rogol.hangpa nak mengadu kat sapa?ayah hangpa kena pukul ka,adik hang kena lenyek lori ka.bagitau la kat aku mana hang nak tegakkan keadilan untuk org yang hang sayang.Agak2 la kalau nak kata polis tu rasuah.Jangan dangkal sangat sampai kata xyah harapkan keadilan dr polis.



````
Anonymous said...
laaa.....
apa bising2 kat sini...
senang citer,berhentikan polis yg tembak bdk tu,
ps2,ubah undang2 syarat lepas tembakan,
monyet pn boleh fikir,ini salah polis,
tp klu polis masih nak jaga staTus,x nk ngaku salh,ROSAKLA NEGARA,TAKUTLA RAKYAT,
LEPAS NI RAKYAT MMG TK NK LALU DEPAN BLAI POLIS,TAKUT KENA TEMBAK,SBB X PKI TLI PINGGANG KELEDAR PNY PASL,,,,
PERGH!!!!!!!
GEMPAK POLIS MALAYSIA
POLIS CONTOH!!!!!!!!!!!!!!!
```



komen yang atas ni lagi satu bingai.kes belum bicara lagi nak berhentikan polis tu.hang tau ka sapa salah?Lagi satu kalau org buat undang2 tu ikut sajalh.yang duk langgar lampu merah.pakai telefon masa memandu,bawak laju potong sana sini.kenapa mesti nak langgar undang2.kalau ikut kan senang.Nak tunjuk hebat ka bleh langgar lampu merah.Silap2 langgar ahli keluarga hangpa jugak jadi mangsa(mungkin).Lagi satu ,kalau nak kata org lain salah,hangpa xpernah buat salah ke?xkira la apa salah pn.merokok dekat tmpt yg xboleh emrokok pn kira langgar undang2.tapi xde la nak kena tembak.kalau golongan yang suka melanggar undang2 ni.bagi apa bukti atau undang2 pn mereka xterima.mereka punya pemikiran lebih hebat.ye la sebab akal mereka di bawah kaki saja..



ps:lepas ni aku cadangkan mamat2 yg kecoh sangat polis buat kerja xbetul pi register jadi rukun tetangan atau sukarela menjaga keamanan.Kita tengok apa sumbangan pada org yg kecoh2 sangat ni.Kalau tak reti nak sedar tanggungjawap.jangan pandai nak salahkan orang lain.Kalau mak bapak pandai jaga anak.xbiar dia merewang pagi buta sedangkan dia xlayak memandu tentu anak anda takkan mati ditembak


wak kah kah kah..

ks30069 said...

wow...komen yang agak hebat...

sasha2020 said...

entahlah...kadang-kadang ada hikmahnya peristiwa yg berlaku kepada adik Amirulrasyid..Kita semua memang sedih. tapi inilah ketentuan allah. kena byk bersabar dan redho.

Hikmahnya ialah...sekarang ni orang akan lebih takut kepada polis. Kalau tak buat salah kenapa perlu takut. Harap lepas ni, tak ada lagi orang yg cuba lari dari polis. Mereka tentu takut kena tembak....Macam ni bagus jugak...Jenayah pun dapat dikurangkan...Kalau tidak, nanti orang akan lari dari polis sebab mereka tahu polis tak akan tembak ...


fikir-fikirkanlah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...