Wednesday, June 23, 2010

Bolehkah Ustaz Asri Pulihkan UMNO?

Seluruh negara barangkali ternanti-nanti pengumuman yang akan dibuat pada hari Jumaat ini berhubung penyertaan Ustaz Asri, mantan Mufti Perlis ke dalam UMNO. Bersama beliau, dikatakan hampir 100 ulama salaf muda lain yang akan mengikut jejak yang sama.

Sejak berita ini diwara-warakan beberapa hari yang lepas, pelbagai pihak telah tampil membuat kenyataan dan melontarkan pandangan masing-masing, baik dari UMNO sendiri mahupun pihak pembangkang khususnya PAS.

Lebih menarik, ada yang mendakwa penyertaan Ustaz Asri ke dalam UMNO akan menggoyah kedudukan PAS sebagai sebuah parti beridentitikan Islam. Hal ini demikian kerana, Ustaz Asri terkenal dengan kelantangan dan keberaniannya menyatakan prinsip serta pandangan politik yang tentunya akan menyasarkan targetnya kepada PAS dan PKR selepas ini.

Jika sebelum ini Ustaz Asri agak bebas dan terbuka dalam membuat kritikan terhadap sesiapa sahaja termasuk UMNO sendiri, selepas ini pastinya kritikan-kritikan beliau lebih menjurus kepada kepincangan yang dilakukan oleh PAS pula. Ustaz Asri nyata sekali mempunyai minat dan kecenderungan terhadap politik agama yang melibatkan dua buah parti besar orang Melayu ini dan penyertaannya ke dalam entiti politik sudah tentulah untuk membetulkan kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam hal syariat Islamiah, bukannya untuk menyibuk dalam soal politik secara total.

Soalnya, jika benar gossip politik ini, apakah PAS sedia menerimanya? Adakah PAS rela melihat Ustaz Asri yang berprofil tinggi ini bersuara mewakili UMNO? Walaupun semua tahu Ustaz Asri lebih merupakan tokoh daripada kumpulan minor dalam kalangan intelektual Islam di negara ini, namun keterasingan beliau dalam kelompok ulama berkecuali selama ini tidak menampakkan beliau secara peribadi menolak hal-hal kepolitikan. Inilah juga yang menarik hati PAS selama ini kepada Ustaz Asri kerana kemampuannya bercakap tentang masalah politik dan dunia Melayu secara umum.

Justeru, seandainya benar berita tersebut dan hari Jumaat ini Ustaz Asri bersama 100 orang lagi ulama muda lain menjadi ahli rasmi UMNO, pasti rona politik nasional akan lebih ‘meriah’. Namun sebagai rakyat biasa, kita berharap biarlah kemasukan golongan ulama muda ini akan membawa sisi baru dalam perjuangan umat Melayu dan ad-deen Islam di Malaysia secara keseluruhannya, bukan hanya untuk survivor politik UMNO semata-mata.

Walau apa pun yang telah dan sedang hangat diperkatakan, saya percaya, ada sebab musabab yang terlalu kukuh untuk Ustaz Asri dan rakan-rakannya menyertai UMNO jika ia benar-benar berlaku kelak. Tak usahlah perkara ini dipolitikkan sangat, sebaliknya anggaplah ia sebagai proses biasa dalam amalan demokrasi di negara ini. Apa yang kita mahu lihat ialah implikasinya untuk umat Islam di negara ini amnya dan Melayu sendiri khususnya.

Saya juga bersetuju dengan pandangan rakan-rakan blogger lain yang melihat perlunya Ustaz Asri menyertai UMNO seberapa segera. Jika benar beliau mahu membetulkan hala tuju Islam di Malaysia yang sedang kacau bilau kerana mainan politik parti-parti terbabit, beliau tidak boleh terus-terusan bersuara dari luar seperti yang dilakukan ketika ini.

Beliau sebaliknya perlu melihat kesesuaian metodologi yang digunakan. Dalam hal ini, menyertai adalah langkah yang dilihat jauh lebih berkesan berbanding memperkatakannya sebagai pihak berkecuali kerana implikasinya lebih jelas terhadap kelompok yang disasarkan.

Begitu juga, untuk merawat UMNO yang sering diperlekehkan oleh PAS kononnya kafir dan sesat, adalah dengan melakukannya dari dalam. Mungkin imej dan krediliti UMNO sudah rosak jika dilihat pada luarannya, tetapi adakah berkesan jika hanya menumpukan usaha memulihkan imej tersebut sahaja sedangkan barah di dalamnya semakin membusuk?

Saya percaya, penyertaan professional Islam sahaja yang mampu memulihkan UMNO dari dalam dan menyolek kembali imejnya yang sedang calar dengan kostum baru yang lebih segar dan relevan di luar. Ustaz Asri mungkin individu terbaik untuk menggerakkan usaha tersebut dan biarlah matlamat utamanya adalah untuk survivor ad-deen Islam dan orang Melayu mengatasi kepentingan kuasa dan politik kerana itulah juga asas pembentukan dan perjuangan UMNO sejak daripada awal lagi.

Sebaliknya, saya tidak nampak kesan yang besar mampu diimpakkan jika Ustaz Asri menyertai pembangkang khususnya PAS kerana parti tersebut mempunyai terlalu ramai ulama yang sering keluar dengan kenyataan-kenyatan berbaur politik yang mengelirukan. Beliau juga tidak harus lupa bagaimana salah seorang pemimpin mereka yang mengaku ulama pernah mengeluarkan kenyataan akan memancung kepalanya tidak lama dahulu kerana tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan. Adakah Ustaz Asri juga mahu menjadi seperti golongan ulama seperti ini?

Apa-apa pun, hakikatnya sehingga saat ini, perkara ini masih belum muktamad. Kita hanya mampu menunggu dan berdoa semoga Allah SWT akan memimpin kita semua ke jalan kemenangan.

5 comments:

Mozas said...

walau bagaimanapun, pembangkang telah mainkan usaha melalui Malaysiakini. Ulasan di sini:

Malaysiakini Batu Api: Melagakan Dr Mohd Asri dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan beliau masuk UMNO!
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/malaysiakini-batu-api-melagakan-dr-mohd.html

Panglima Perang Cyber said...

dalam hal ini kita boleh berbeza pendapat tetapi baik kita rujuk alim ulama tentang virus wahabi ini.

moga Allah menunjukkan jalannya kepada kita.

bagi Panglima virus wahabi adalah sangat bahaya kepada agama, bangsa dan negara kita.

ramai mereka itu dalam PAS dulu kini dan selamanya.

harapan pemuda said...

bagus la ustaz asri nak masuk UMNO biar ustaz asri ajar macam mana islam tu kat puak puak UMNO ni yang selamani jahil nak mampus tentang agama.UMNO ni agama diaorang boleh buat mainan ja macam bola sepak,sepak ikut selera ja jadi bahan mainan..YB dari DAP msuk masjid tak tutup aurat bising macam cibai puak UMNO ni..bila Rosmah khatam AL-Quran pakai tudung macam budak tiga suku puak UMNO diam seribu bahasa tapi xpa la itu memang Islam yang UMNO bawak selam ni pun tak hairan la..harap kemasukan ustaz sari dapat la mentarbiah puak UMNO karat ni cara2 islam..tak dapat ajar pasal islam pun ajr cara hormat islam pun jadi la..jadi betul La kata TUAN GURU NIK AZIZ islam yang UMNO bawak takkan masuk SYURGA..pada puak2UMNO ni insaflah..n kembalilah ke pangkal jaln..

Anonymous said...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...