Followers

Sunday, July 19, 2009

LaSkAr pELaNgi



Saya teringin nak tulis tentang filem yang usai saya tonton semalam, Laskar Pelangi. Menonton sebuah filem yang begitu sarat dengan idea dan pemikiran, yang berat dengan nilai kemanusiaan dan pengorbanan, yang hebat dengan kesahajaan dan keluhuran ‘pekerjanya’, yang bersirat-sirat antara kisah naratornya dan manusia-manusia dan alam semula jadi di sekitarnya, yang semuanya jujur, halus dan indah - kredit tertinggi buat Andrea Hirata dan Riri Riza - pasti akan beri siapa-siapa sahaja kesediaan untuk bercakap tentang filem ini.

Saya melihat ada banyak sisi yang seharusnya dekat dengan kita yang diselitkan dalam filem ini. Dekatnya karya ini, atau filem ini, kerana latarnya yang jika diukur dari sudut sejarah, tak jauh pun bezanya dengan suasana tanah air kita lewat zaman kolonial dulu. Latar masa dan tempat, dan manusianya, yang walaupun dimainkan dengan baik oleh kanak-kanak, tetapi merekalah sebenarnya suara-suara yang berisi harapan kita semua suatu ketika dahulu, yang mahu bebas dan menggapai dunia seindah suka.

Dekatnya karya ini dengan kita juga kerana keberanian yang cuba dipaksakan kepada kita untuk bermimpi dan berusaha pula menghidupkan mimpi-mimpi itu. Watak si pintar Lintang dan si jiwang Ikal dan dialog-diolog antara mereka ketika Haji Harfan meninggal dunia yang sudahnya membawa kepada akibat penutupan sekolah agama Muhammadiah, tempat mereka dan rakan-rakan – yang semuanya anak miskin – belajar, pasti akan membuatkan kita kembali yakin dengan mimpi kita sendiri. Karya ini mengajar kita supaya berani bermimpi dan sentiasa berusaha mengisi mimpi tersebut walau siang walau malam.

Kalau nak diikutkan, banyak sekali yang perlu ditulis jika nak ulas tentang filem ini. Sebuah karya yang sehebat ini pasti tempang jika diambil hanya beberapa aspek sahaja untuk dicakapkan, justeru saya tidak mahu menjadi tangan yang menempangkannya. Biarkan filem ini terus dimainkan untuk memuaskan ego kita sendiri.

Tapi yang saya mahu cakapkan di sini ialah penerimaan daripada segelintir palajar di USM apabila filem ini ditayangkan semalam. Pertama, tak penuh pun dewan besar DTSP dengan kehadiran pelajar-pelajar. Ke mana mereka? Tak minat atau tak suka, atau skeptikal dengan judulnya? Dah tengok? Mungkin tapi tak kan semua dah tangok kot.. Tiket mahal? RM5.oo pun mahal sangatkah? Tak ada masa? Kan malam cuti, malam minggu...ke pasar malam boleh pulak kan.. Ada hal di luar? Atau penat? Cuma menonton je kan..boleh hilangkan penat dan tekanan pulak lagi.

Tak kan la kalau Harry Potter yang mahal tu boleh luangkan masa, beratur panjang depan kaunter, bersesak-sesak dalam panggung tapi untuk filem ini yang murah sekali, tak boleh kot. Tak kan laa handfon baru boleh tukar, topap rm10 boleh topap berkali-kali seminggu, bil telefon boleh lunas tiap bulan, tapi tiket yang cuma rm5 ni tak mampu. Tak kan la novel-novel picisan cintan cintun boleh beli bertimbun-timbun tapi tiket filem ni yang berkali-kali lebih rendah harganya, tak cukup duit pulak kot nak beli..tak tahulah, memalukan negara sahaja...

Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

10 comments:

imanshah said...

Salam, saya ada beli DVD laskar Pelangi sewaktu mengunjungi Indonesia 4 bulan lepas..Namun belum berkesempatan menontonnya..Hurm, insyaallah saya akan tonton hari ini..

rizuan mh said...

bagus klu saudara dpt tonton segera..sya dah 5 kali tengok..tetap rasa nak tgk lagi

Anonymous said...

btl tu cheqOne..saye pun dah banyak kali layan.memang kalakar abis laa..kan kan

rizuan mh said...

ha tahu xpe..mang kelakar tp bg saye, kelakar tu cume sisi normal yg biase berlaku dlm kehidupan manusia, kan..yg nak ditonjolkan yg sebenar bg saye ialah sisi tersirat, contoh mcm kehidupan yg melarat, kesusahan dan pengorbanan manusia-manusia dlm filem tu..sumanye tergambar dan digambarkan dengan jelas, indah serta penuh kejujuran..

Anonymous said...

Buku dia pun jual kalau sapa2 berminat cepat2 la dapatkan.

Anonymous said...

camne nak dapatkan buku tu.

rizuan mh said...

salam sudara/i, novel karya andrea hirata tu sng diperolehi sekarang sbb byk toko2 buku dah jual..cube dptkan di kedai buku Popular, insya-Allah pasti ada.

buaya said...

salam ziarah..
dijemput menjadi follower sy yer...

http://buaya-merah.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

salam.saya dah add blog ni dalam list di blog saya.

tq

Anonymous said...

eh2..ske la aku nk tgk filem ape2 pn..
bkn pnjm duit kau pn tgk harry potter..
lgpun tu filem Indon..
same je..aku tgk filem brt,kau tgk filem indon..
filem msia xde org nk tgk..kau x bsg pn..
byk jugak yg kualiti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...