Followers

Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai : Revolusi atau Evolusi? – Seterusnya, di mana?

Keputusan di Manek Urai dah pun diketahui umum. Majoritinya tipis sekali untuk memberikan kerusi DUN tersebut kepada PAS, tapi dengan satu amaran juga, ia mungkin tidak begitu lama.

Jika dijadikan sebagai kayu ukur mudah, memang benar ia satu amaran kepada PAS khususnya dan Pakatan seluruhnya. Sesungguhnya, PAS dan Pakatan tidak boleh lagi terlalu suka dan bergembira dengan gelombang tsunami yang pernah mereka cetuskan dalam arus politik negara. Seperti tsunami, ia tidak lama meski pun kesannya semerta. Keadaan pasti kembali normal dan orang akan kembali mencari yang asal. Tanah yang asal itu pasti lebih baik.

Beberapa blog ‘lanun’ yang selama ini begitu bongkak menunjang perjuangan Pakatan, mulai semalam, sudah beralih nada. Ada yang sudah mahu berfikir dan mengajak berfikir tentang betapa Pakatan kini sedang dilanda masalah yang besar, yang boleh jadi parah bila-bila masa. Lalu, ada cadangan dibuat supaya pemimpin-pemimpin Pakatan kembali duduk berbincang tentang perkembangan mutakhir ini. Cadangan ini malah datang daripada pemimpin tertinggi mereka sendiri. Nampak benar gelabahnya mereka.

Kita melihat. Rakyat juga hendak lihat, selepas tsunami yang dibongkak-bongkakkan dulu, apakah Pakatan benar-benar sedia menjadi pemerintah di negara ini? Ketika di Penanti, dan terbaru di Manek Urai, banyak sangat isu yang bodoh tapi gagal disepakati dengan mudah oleh geng dalam Pakatan sehingga penyokong-penyokong mereka sendiri jadi resah. Isu-isu bodoh inilah akhirnya jadi batu yang dibaling ke muka mereka sendiri. Isu rasuah, isu penempatan yang dijanjikan, isu kebajikan dan bermacam lagi.

Pada saya, ada baiknya mereka kembali duduk dan berbincang. PAS patut ambil peranan ini jika mahu terus dominan dalam Pakatan. PAS yang patut memulakan segala usaha ke arah membaiki lubang-lubang yang sedang membesar dan membusuk dalam kem Pakatan, jika tidak, sama ada PAS, atau PKR, atau DAP, semuanya akan dapat susah akhirnya. Perkara paling penting, mereka perlu segera terjemahkan reaksi undian di Manek Urai.

4 comments:

Anonymous said...

jgn isau pasni kat selangor plak kot

Anonymous said...

Mungkin ada benarnya di Manek Urai PAS menang tipis. Mungkin juga 'kemenangan' ini diberi oleh UMNO sendiri tetapi dengan cara memalukan PAS iaitu memberikan majoriti tipis.

Politik, apa pun boleh berlaku.

Anonymous said...

bro, kalau UMNO yg beri kemenangan tu kpd PAS, apa guna UMNO masuk bertanding?? jgn jadi skeptikal ok. kenapa semua nampak yg tak elok saja?? buruk sgt ke UMNO? mana buruk lagi kalau nak dibanding dgn PKR atau DAP?? PAS tlg la buka mata dan kepala otak sikit..

anubangnuar said...

mamat kat ats tu bengong ke ape?? UMNo nak bagi kemenangan dlm satu election kat musuhnya?? sound very weird laa...bodh n so stupid minded laa ko ni..

nih skunk kat s'ngor plak.ape kes ni sampai terjun bangunan??

geng anwar nak buat teori konspirasi lg ker???

sape la yg realy the stupid one ni ek? aku dah nyampah tahap world dah dgn puak2 hutan belantara nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...