Friday, October 9, 2009

Di Sebalik Gempa

Pertama sekali, terima kasih kepada bengongsinting kerana sudi berkongsi maklumat ini. Saya petik maklumat ini daripada blog beliau dengan niat untuk berkongsi dan saling berpesan-pesan sesama kita, bukannya niat mencedok atau menciplak artikel beliau. Namun untuk tujuan posting di blog ini, saya telah mengubah suai (dengan izin) supaya maklumat jadi lebih jelas dan mudah difahami.


Menurut rekod, gempa bumi yang melanda Padang, Sumatera, Indonesia berlaku pada jam 17.16 , dan gempa susulan pula pada jam 17.58 sebelum berlaku lagi esoknya di Jambi iaitu pada jam 08.52. Pada saya, ia cuma angka yang mewakili kepentingan fakta tertentu iaitu merekodkan masa kejadian sekian-sekian. Namun ada sesuatu di sebalik angka tersebut sebenarnya.


Semua yang berlaku telah pun dirakamkan di dalam al-Quran. Meski pun saya yakin bahawa ada penjelasan yang lebih konkrit berdasarkan asbabul nuzul, namun tidak susah juga barangkali untuk kita kaitkan ayat-ayat al-Q uran dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari, apatah lagi jika ia meninggalkan implikasi yang besar seperti gempa bumi yang baru saja melanda Indonesia itu.


Cuba perhatikan angka-angka tersebut sekali lagi dan lihat hubungkaitnya dengan ayat-ayat berikut;


17.16 (QS. Al Israa ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.


17.58 (QS. Al Israa ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.


Ayat-ayat di atas jelas sekali menceritakan tentang peringatan yang telah Allah swt berikan kepada hamba-hamba-Nya yang ingkar dan keingkaran itu kemudiannya ditamatkan dengan kesudahan-kesudahan yang amat dahsyat dan mengerikan. Apakah Allah tidak berkuasa melakukan pembalasan tersebut? Sudah tentu Allah berkuasa kerana semuanya berada dalam ketentuan dan kekuasaan-Nya.


Hal ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa 11 September di mana, terdapat satu ayat dalam al-Quran yang sudah pun ‘menceritakan’ akan kejadian tersebut. Ia mungkin sukar diterima bagi mereka yang berfikiran liberal, namun angka-angka yang wujud dalam peristiwa tersebut seperti tarikh kejadian, jumlah tingkat bangunan WTC dan sebagainya lagi berdiri seiring dengan ayat dan surah tersebut. Lalu dimanakah kita berpihak?


Akhir kata, renung-renungkanlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...