Followers

Friday, October 2, 2009

Menyerang Ancaman dengan ISA?


Adakah kita semakin ganas atau undang-undang pencegahan yang terlalu zalim? Jika kita semakin ganas, maka wajarlah undang-undang dan juga langkah pencegahan menjadi lebih zalim. Melayan keganasan dengan dilpomasi ternyata tak masuk akal kadang-kadang.


Andaikan, seorang lelaki diketahui umum ganas dan berpotensi menimbulkan keganasan. Dia sering cuba mencari peluang mencetuskan suasana tidak aman. Namun, apa jua alasan yang beliau pegang, umum tetap menolak sama sekali perjuangan dan pemikirannya itu kerana umum mahukan suasana yang adil dan tenteram. Lalu siapakah yang lebih patut menuntut hak mereka dipertahankan? Lelaki itu atau masyarakat? Adakah lelaki itu wajar dibiarkan terus menimbulkan ancaman ketika pihak berkuasa sudah tahu akan bahaya aktiviti yang dia jalankan khususnya terhadap masyarakat?


Isunya, kita bercakap tentang ancaman. Tanpa ancaman terhadap ketenteraman, sudah pastilah usaha pencegahan tidak diperlukan. Tetapi ancaman sentiasa wujud walaupun dalam negara yang kita rasakan sentiasa aman damai ini. Jangan kita lupa, dalam aman itulah paling dahsyat implikasinya jika ancaman berjaya diterjemahkan dengan tindakan. Kita juga tentu bercakap tentang praktikaliti daripada ancaman-ancaman yang wujud. Hal ini demikian kerana, kerana wujudnya ancaman di sana sini, maka masyarakat menjadi gelisah dan takut untuk menjalani kehidupan sebagai anggota komuniti yang sah di sisi undang-undang. Jadi bayangkanlah pula jika setiap ancaman yang wujud berjaya dipraktikkan oleh pihak-pihak yang mencetuskannya. Apa akan jadi?


Jawapan akhir kepada soalan ini tentunya, pencegahan. Sesungguhnya, mencegah sentiasa lebih baik dan bagus daripada merawat. Begitulah halnya, jika cuba merawat sesuatu luka selepas kita tahu memang ada ancaman yang akan menyebabkan luka tersebut terjadi, maka kita seolah membasuh luka tersebut dengan air nanah yang jauh lebih kotor dan memalukan. Kenapa? Kerana kita gagal mencegah luka tersebut daripada berlaku. Pada waktu itu adakah kita masih layak untuk terus bercakap tentang ancaman-ancaman terhadap keselamatan seluruh masyarakat? Saya rasa kita memang tidak layak, bahkan untuk mempertahankan seluruh masyarakat daripada terus menjadi subjek ancaman baru kemudiannya, bukan lagi tugas kita. Pada waktu itu, kita wajar melepaskan sebarang kuasa yang kita punyai dan menyerahkan kepada yang lebih layak, dan yang lebih penting, kita mesti keluar sebagai seorang yang gagal.


(Saya tujukan situasi tersebut kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia)

5 comments:

Anonymous said...

kalau saudara buat poll adakah ISA wajar dihapuskan saya akan undi YA seratus kali.saya cabar saudara buktikan kenapa ISA perlu dipertahankan..undang2 rimba yang zalim begitu hendak dipertahankan, tak ke bodoh dan x bertamadun tu saudara..

lu pikiaq laa sendrey

Anonymous said...

saudara jgn lupa, ISA dibuat hanya untuk mempertahankan keselamatan negara dripada ancaman komunis.sekarang mana ada dah komunis semua tu..komunis bangsa adalaa...sapa lagi kalau bkn UMNO.

mai kat BN depa seronok dok ada boley guna ISA p detain sapa2 yg dok lwn kerajaan..apa ni??? mana keadilan?? ni ka 1Malaysia???

Anonymous said...

memang la komunis xde tapi ancaman-ancaman ala komunis masih wujud. Kita perlu kekalkan. Kenapa negara lain telah mewujudkan undang2 seakan ISA? Jawapannya kerana mereka sedar akan keberkesanan ISA. TApi kenapa pula kita nak hapuskan? APA yang zalim? kalau anda xmelakukan kesalahan kenapa perlu takut. Kenapa kamu takut? mungkin kamu bercita-cita untuk melakukan perkara yang xbaik.........

Anonymous said...

Anon 5.30 & 5.32 (aku rasa org yang sama...

sedara.. Kalau tak buat salah kenapa nk takut... jgn salah sedara.. ancaman bersenjata komunis mmg la tak ade .. tapi ancaman komunis masih ada.. perang saraf... tu pun kalau hang betul2 paham la... tapi kalau dah puak2 jumud mcm hang nie ckp la ape pun... hati dah gelap... semua org salah .. hang jer yang betul.. mcm la PR tu bagus sgt... baru perintah dah mcm2 jadi... tu yang duk bising nak kan keadilan... parti keadilan pun tak leh nk adil.. ape punya la bangang.. ckp mmg senang.. bila dah huru hara malaysia nie... puak2 PR nie senang jer.. salahkan kerajaan tak pandai takbir.. padahal puak2 nie la yang duk hasut sana sini...

akai ada kaa...

Anonymous said...

akai mmg laa ada beb...
rilek2...
aku anti krajaan
tp xsmestinya pro pmbangkang.
kita ada perundangan islam, ckup tip top, perfect. sapa kt cni nk lwn aku ckp undang2 islam xbely pkai? mai cni hbaq.
tp tgk mlaysia, undang2 islam mana hat dia ambek pkai? time ni mai guna akai sket. Yg ISA ni pkai undang2 mna? pkiaq sket lg.
umh, maleh la nk ckp pnjg. suma org dok ckp tp pkat xpham2 lg. nak p mkn sat. ciao.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...