Thursday, October 8, 2009

Perkampungan 1Siswa 1Malaysia


USM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan IPTA&IPTS Zon Utara akan menganjurkann Program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia bertempat di Kampus Induk USM. Program ini adalah sebagai tanda sokongan mahasiswa USM di bawah kepimpinan MPP yang diketuai oleh YDP Saudara Shafiq Aziz untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri bagi mewujudkan gagasan 1Malaysia.


Teras utama program ini adalah untuk menghimpunkan semua penuntut IPTA dan IPTS Zon Utara dalam beberapa aktiviti yang berbentuk perpaduan yang telah pun dirancang sejak sekian lama. Ia juga adalah rentetan beberapa perjumpaan melibatkan semua MPP daripada institusi pengajian yang terlibat termasuk siri-siri persidangan meja bulat yang diketuai sendiri oleh Saudara Shafiq Aziz.


Beberapa aktiviti dan program menarik telah disediakan untuk peserta dan pengunjung sepanjang program ini berlansung yang antara lain bermatlamat untuk mengukuhkan nilai-nilai perpaduan kebangsaan khususnya dalam kalangan mahasiswa di negara ini. Maklumat lanjut tentang program ini boleh didapati di Direktori 1Siswa 1Malaysia melalui laman web rasmi USM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...