Followers

Saturday, October 24, 2009

Nik Aziz keluarkan Haji Hadi dari List ke Syurga?


Bergocoh ko??

Ketika jalan-jalan ke Alor Setar siang tadi, saya sempat beli senaskah akhbar cakna Sinar. Sengaja saya beli Sinar kerana muka depannya terpampang dua orang tokoh yang tidak asing lagi di negara ini iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi. Isunya ialah Nik Aziz mahu melupuskan sampah dalam parti keramatnya.


Saya yakin, ramai yang dah maklum siapa dan apakah sampah-sampah tersebut. Nik Aziz mungkin betul pada pandangannya. Kalau dah sampah, kenapa nak disimpan? Nanti membusuk, berulat. Kalau dah menyusahkan, kenapa perlu didisiplinkan lagi? Sampah-sampah itu bukannya kecil, dah besar, dah matang.


Dan seperkara lagi, kalau dah sampai peringkat melupuskan, pada saya, samalah seperti menyingkirkan terus. Sebagai pemegang kunci syurga, dan berdasarkan neraca timbangan Nik Aziz, maka sudah pastilah individu-individu yang nak dilupuskan itu nanti tak akan dapat cium bau syurga.


Kenapa demikian? Pertama, kerana mereka cuba-cuba mengikat tali persaudaraan dan perpaduan dengan sesama agama dan sesama bangsa. Pada Nik Aziz, itu haram dan tak boleh dibenarkan berlaku. Islam milik PAS. Islam yang dipegang dan diimani oleh UMNO adalah palsu dan cuma mengetuk pintu neraka.


Kedua, kerana mereka cuba menegah kemudaratan yang boleh timbul sekiranya arak dijual ditempat orang Islam ramai. Pada Nik Aziz, semua orang Islam di Selangor dan mungkin di tempat lain kuat-kuat imannya. Mereka tak akan ambil minuman haram macam tu. Sebab itulah usaha menegah dan mencegah tidak diperlukan. Tindakan itu akan merugikan ekonomi.


Mungkin ada banyak lagi sebab kenapa Nik Aziz nak ‘sweeping’ individu-individu tersebut. Saya tertanya-tanya, adakah Nik Aziz cuba menguasai PAS dengan ‘memilikkeluargakan’ parti tersebut? Mungkin juga Tuan Guru cuba mengurus PAS seperti sebuah syarikat dengan beliau adalah pemiliknya? Kita tunggu sajalah esok apa pula ceritanya.


Apa-apa pun, buat ahli-ahli UMNO, siap sedialah jika anda terpaksa mengusung jenazah individu-individu yang dimaksudkan oleh Tuan Guru. Anda perlu kasihani mereka, sebab mereka pernah kasihan dan peduli dengan nasib bangsa dan agama kita ini.



p/s# Suka dengan orang-orang Kedah khususnya di Alor Setar..tenang dan tak kalut macam kat Penang.

3 comments:

AbgTuah said...

SALAM TUAN BLOG

ARTIKEL YANG AMAT BAIK..

PENUH PENGERTIAN DAN SINDIRAN..

rizuan mh said...

terima kaseh abg tuah..

sebetulnya, saya cuma terfikirkan tentang mental Nik Aziz sewaktu dlm perjalanan pulang td..kemudian terus menulis artikel ni.tak lebih tak kurang cuma itu saja.

terima kaseh sekali lg.

Fakhrur Razi berkata said...

hehe betul,
bukan senang untuk mengambil tanggungjawab sebagai khalifah nih..
nak2 di dunia yg penuh dgn kelalaian mengejar harta nih~ ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...