Followers

Sunday, February 21, 2010

Merenung Nasib Melayu Pulau Pinang

Saya bukanlah anak jati Pulau Pinang, apa lagi untuk berhajat tinggal dan berzuriat di negeri ini. Namun sebagai anak Melayu, saya lihat perlunya kelangsungan bangsa ini di negeri ini, sekurang-kurangnya untuk fasa 50 tahun seterusnya.

Pengalaman tinggal bermaustatin dan belajar di negeri ini telah sedikit sebanyak membuka mata saya untuk sedar dan menginsafi hakikat yang sedang menyelubungi nasib serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang.

Orang Melayu memang tidak banyak di negeri ini, sedang yang ada, ramai pula susut nilai jati dirinya. Untuk mengaku Melayu apatah. Untuk digelar Melayu apatah. Lambat laun, Melayu yang ada di negeri ini barangkali hanyalah pelancong tempatan sahaja.

Sesuatu perlu dilakukan, kerana sesuatu yang dahsyat sedang berlaku ketika ini terhadap orang Melayu Pulau Pinang.

Isu tanah misalnya, memerlukan tindakan yang cukup gegas. Penting bagi saya untuk diselamatkan seekar dua tanah orang Melayu di negeri ini. Untuk menumpang mencari sesuap nasi di tanah berwartakan hak kerajaan negeri pun sudah susah hari ini, apa lagi mahu diharapkan ehsan mereka untuk membantu, yang semuanya penuh dengan syarat tersembunyi.

Ketika berkunjung ke Arkib Negara Cawangan Pulau Pinang baru-baru ini di KOMTAR, saya melihat sendiri satu contoh yang diberikan oleh seorang pengkaji dari UKM, yang membuat tinjauan cukup dekat dengan masalah tanah di negeri ini, khususnya di Balik Pulau.

Kajiannya menunjukkan wujud dasar tak rasmi pengambil-alihan bidang-bidang tanah yang jumlahnya bukan sedikit hektar, atau bagi saya baik sahaja digelar rampasan tanah secara sah, yakni melalui transaksi nilai tertentu, sehingga mengimplikasikan sesuatu yang dahsyat terhadap keberlangsungan hidup orang Melayu di negeri ini.

Dan tidak lama dahulu, ketika berpeluang bersemuka dengan seorang ADUN BN, saya mendapat penjelasan yang cukup melegakan, tentang sebab tanah-tanah di Balik Pulau ketika ini tidak dimajukan serancak di kawasan lain di negeri ini.

Balik Pulau mendapat namanya kerana faktor geografinya yang terlindung dari kawasan pendaratan kolonial Barat diketuai Francis Light dahulu, yang melalui tipu helahnya terhadap Baginda Sultan Kedah, akhirnya mengaut untung besar dengan menguasai Pulau Pinang sekali gus.

Ketika itu, tanah di Balik Pulau kurang disedari kerana tidak ada siapa pun yang tahu wujudnya lapangan yang subur di sebalik bukit-bukit yang tinggi di kawasan ini. Dikatakan, orang yang Melayulah yang mula-mula membuka kawasan ini setelah lari daripada kekejaman penjajah. Sejak itu, kawasan Balik Pulau terus rancak membangun walaupun secara perlahan-lahan.

Pasca PRU12, Balik Pulau sebahagian besarnya telah dikuasai oleh Pakatan Rakyat, dengan wakil MPnya daripada PKR. Ia menjadi transisi penting kepada masa depan orang Melayu di kawasan ini, sama ada mereka memang mahukan perubahan dengan memilih teraju Pakatan Rakyat untuk dipegang dengan melepaskan kepimpinan BN yang selama ini menjaga kawasan tersebut dengan baik, ataupun sekadar mencuba sesuatu yang baru. Dalam tempoh ini, pastinya banyak yang akan berlaku di Balik Pulau.

Apa-apa pun, Balik Pulau hanyalah satu contoh kecil tentang perjuangan bangsa Melayu mengekalkan jurai mereka di Pulau Pinang.

Saya yakin, sesuatu pasti akan berlaku terhadap orang Melayu di negeri ini dalam tempoh 50 tahun akan datang.

3 comments:

Muhammad Syukri Sa'adon said...

Salam kembali..

ini fakta yg menarik mengenai sejarah..

anak balik pulau said...

untk pengetahuan saudara...... pada pandangan saya BN kalah untuk merebut kerusi parlimen Balik Pulau disebabkab calon yg dipilih untuk kerusi tersebut, buktinya 3 kerusi DUN dalam parlmen Balik Pulau dimenangi BN. Kebanyakan orang melayu sebenarnya tinggal di tanah orang lain, mungkin satu hari nanti mereka akan dihalau......

Anonymous said...

IDAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN....ITULAH BIDALAN PENINGGALAN MOYANG KITA YANG AMAT TEPAT UNTUK DIHADIAHKAN KEPADA SELURUH MELAYUY PULAU PINANG YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT PADA PRU KE 12 LALU...SEGALANYA TELAH TERLAMBAT DAN NASI SUDAH MENJADI BUBUR....PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN BUKAN MAINAN UNTUK DIUJI CUBA....KELAK BEGINILAH PADAHNYA.....MELAYU PULAU PINANG PERLU INSAF TENTANG UNTUNG NASIB MEREKA....TIADA YANG TERBAIK SELAIN DARI UMNO DAB BN UNTUK MEMBELA SURVIVAL MEREKA....TANAH MELAYU SEKANGKANG KERA ITU BILA-BILA MASA SAJA AKAN BERTUKAR TANGAN KEPADA ORANG LAIN LANTARAN KEDANGKALAN DAN KELALAIAN DIRI,,...INSAFLAH...INSAFLAH TINGGALKAN LAH PERJUANGAN ANDA BERSAMA PAKATAN RAKYAT YANG AMAT SIA-SIA MALAHAN MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH INI....FIKIR...FIKIRLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...