Saturday, February 28, 2009
kiTa PeNciNtA
Sunyi adalah perkara yang paling kita mahu jauhi. Tapi sunyi datang juga. Tapi sunyi masih datang juga. Sunyi bila salah memilih. Sunyi bila silap memutus. Sunyi bila bernafas seorang. Sunyi bila berfikir tentang kesunyian. Sunyi bila tidak dimengerti dan difahami dan sunyi paling datang bila mahu bersendiri.
Rindu juga dalam daerah sunyi. Rindu mulus. Rindu tulus. Rindu datang walaupun hati dibusuki benci. Rindu tak bertempat. Tapi rindu ada ruang dalam diri kita. Kita rindu bila yang dipilih tidak memberikan sesuatu yang lebih indah daripada yang kita tolak. Itu rindu bila kita salah memutus. Kita rindu bila kita bernafas seorangan bila selalunya kita berdua berjalan di bentangan bumi ini. Kita rindu bila yang kita fikirkan setiap masa dan ketika adalah tentang sesuatu yang kita kejauhan dengannya. Kita rindu tatkala kita mahu dimengerti tapi kita menerima sebaliknya. Kita rindu, yang kita rindu adalah sesuatu, mungkin seseorang, jika kita tidak difahami oleh sesuatu atau seseorang yang lain.
Kita semua pencinta. Kita pencinta yang setia. Ruang untuk sunyi, rindu sering jadi ornumennya. Kita lurus. Kita pencinta yang jujur dan lurus. Kita adalah pencinta.
Thursday, February 26, 2009
HaiRaN daN MaRah
Apa perlunya sebuah majlis diwujudkan, yang seperti ini, kalau tujuan asasinya adalah untuk mencampuri urusan ad-din Allah yang sangat suci. Allah, Dia menegaskan yang Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Maknanya, tidak ada dan tidak akan ada sama sekali satu cara hidup (baca: agama, kerana setiap agama ialah cara hidup, tetapi Islam ialah syumul, yakni cara hidup yang menyeluruh yang ditetapkan oleh Allah swt ke atas pengikutnya yang mukminin, maka tertolaklah jika Islam itu dianggap sebagai agama, tetapi Ad-Din Allah) yang boleh mengatasi Islam, malah menyamai Islam pun tidak. Tetap. Tidak. Kamu jika Islam yang mukminin, yang bukan sekadar muslim harus menerima hal ini terang-terang.
Maka itu, aku dengan sedikit iman dan ilmu, tapi yakin, dengan tegasnya menolak jika Majlis Perundingan Agama yang ditubuhkan ini cuba meletakkan Islam dalam kekuasaan perundingannya. Mana boleh hal hukum hakam Allah diperjudikan di meja rundingan. Ini kerja orang buta agama. Siapa? Pak-pak dan Tuan-tuan Guru barangkali. Pertama, kerana Islam itu sendiri bukan agama tapi Ad-Din Allah. Agama ialah kata masukan yang dipinjam daripada bahasa Sunskrit. Tapi Islam lebih tinggi, tinggi yang teramat. Islam bukan menumpang PAS. Islam bukan menumpang PMI, ABIM, SIS atau sebagainya. Mereka ini yang menumpang Islam, menunggangi Islam, memandu Islam, membawa masuk Islam yang suci dalam kerja politiking mereka.
Mereka ini yang telah menjahanamkan Islam. Mereka ini manusia yang dalam diri mereka ada nafsu dan akal. Mereka inilah yang mempolemikkan Islam untuk kepentingan tertentu sehinggakan orang bukan Islam sendiri sudah berani-berani mencampuri hal urusan Islam atas nama kemanusiaan dan demokrasi bangsa. Kamu, jika Islam yang mukminin, yang bukan sekadar muslim, harus menolak kompromi ini. Apa-apa pun motif yang kononnya untuk kehidupan sejagat yang lebih harmoni harus ditolak kerana dalam Islam sudah terkandung segala yang murni dan selamat. Tak perlu dirunding-bicarakan lagi. Apa perlu?
Siapa yang menggerakkan semua ini? Shabudin Yahaya (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP), menyatakan di Sungai Dua, Nibong Tebal pada 24 Februari 2009 mengenai penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Biarpun mahu disaman oleh Guan Eng, namun Shahbudin sekali lagi mengulangi bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh tentang Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama tersebut . “Jika majlis itu tidak ada (tidak wujud) mengapa ada pemimpin agama lain yang memberi respons kepada Majlis Agama sedangkan bagi membincangkan tentang agama Islam, kita telah ada majlis-majlis agama,” kata Shabudin Yahaya. Menurutnya, Haji Hadi Awang (Presiden PAS) ada membuat kenyataan bersetuju dengan penubuhan majlis tersebut di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum yang ke-12 (Azrinizam,http://anginperubahan.blogspot.com/).
Aku sebetulnya hairan teramat kerana isu ini dibalah-balahkan oleh orang-orang yang berkapasiti tinggi dalam hal agama dan pentadbiran masyarakat. Mereka berautoriti. Tetapi merekalah yang merestui kecelakaan besar ini. Peter Scheir, wakil KAF di Malaysia mengakui KAF terlibat secara langsung dalam penajaan IFC di Malaysia. Siapa orang ini? Syaitan ,ini bukan orang, ialah wakil KAF yang berada di Malaysia kononya untuk membimbing dan menaja InterFaith Commission (IFC) yang suatu ketika begitu disokong oleh BAR Council atau Majlis Peguam.
Semuanya atas nama hak asasi manusia yang didoktrinkan oleh Yahudi dan Amerika. Malah sehingga kini, BAR masih kuat dengan iltizam mereka demi IFC. KAF ialah singkatan kepada sebuah organisasi antarabangsa yang betebaran di seluruh dunia, lebih tepat dunia Islam, yang berusaha mendoktrinisasikan fahaman bahawa setiap manusia ialah setaraf dan sedarjat, atau mudahnya, kesamarataan termasuklah dalam hal-hal kepercayaan dan anutan masing-masing. KAF atau Kondrad Adeneur Foundation berpangkalan di Jerman dan telah dibuktikan menaja beberapa NGO di Malaysia khususnya di PP yang berjuang dalam isu-isu kesamarataan seperti Sister In Islam (SIS), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) dan Penang Global Ethic (PGE). Semua ini adalah jarum bangsa dan agama yang akan mencucuk kehidupan kita semua. Mereka kotor. Pasti.
Peter Scheir malah turut mengakui membantu kewangan Institut Kajian Dasar (IKD) dalam satu wawancara dengan Akhbar The Sun pada 30 November 2006. IKD ini adalah tunjang utama sebuah parti rakyat yang kononnya membawa harapan dan pembaharuan dengan mitos keadilan (keadilan?..hanya untuk seorang barangkali). Mereka ini harus didakwa. Pertama, kerana mereka mendakyahkan sesuatu yang menyalahi perundangan di bawah peruntukan Perkara 3, Perlembagaan Malaysia. Kedua, mereka ini jugalah antara yang menggerakkan Forum Memeluk Islam suatu ketika dahulu.
Polemik yang hendak dibawa dalam forum ini impaknya amat besar. Mereka mahu berbincang secara forum tentang hak-hak asasi manusia tetapi hakikatnya mereka mahu ’memeluk’ Islam secara langsung, supaya dengan pelukan-pelukan yang tidak mesra itu lama-lama akan melemaskan seluruh daya Islam dan umatnya. Melenting seorang wakil rakyat yang juga peguam walaupun beliau telah menongkah prinsip bosnya. Bosnya merestui forum ini yang terang-terang melanggar Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan yang melarang mana-mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal Perkara 3 iaitu yang berkaitan dengan Agama Islam.
Aku hairan dan teramat marah dalam hal ini. Nabi sendiri mewajibkan kita semua sebagai umatnya yang mukminin supaya punya rasa marah dalam hal Islam jika kesuciannya dipermainkan. Marah ini perlu untuk mempertahankan maruah Ad-Din Allah yang tinggi dan suci.
Wednesday, February 25, 2009
kata Ustaz..
Kata ustat: Jangan kita hina orang yang lemah Yang kurang berada Mahupun yang kurang paras rupa Tiada beza yang mengerjakan sawah Mahupun yang membina perumahan mewah Kerana disisi Allah Kita semuanya sama.
Kata ustat lagi: Jangan kita hina Budak kecil yang comot lagi berhingus Kerana dia tiada dosa Sedangkan kita Setiap waktu dan ketika Memenuhi hati kita Dengan titik-titik noda Dalam tidur, dalam jaga…
Akhirnya ustat berpesan: Ingatlah! Kita manusia semuanya adalah sama Yang membezakan kita Hanyalah AMAL dan TAQWA Biarlah kita kurang dimata manusia
Tuesday, February 24, 2009
PETANG YANG SWEET...=)
habis lsp dalam pukul 4.35 camtu, then aku terus gi kat aspirasi corner.satu kelainan rutin sbb selalunye pas lsp aku akan turun ke foyer dan tunggu ika, tapi ptg ni kelas ika habis awal.dia tunggu aku kat aspirasi corner..
aku sebetulnye agak kurang sabar nak jumpe dia hehe..tadi kejap je dapat stay ngan dia.tu pun sebab aku temankan dia gi pusat arkeo coz ade club meetin.tapi hahahaha...that is ika..ade ke patut die leh ajak aku jalan kaki jejauh gi pusat arkeo tengah2 hari bute camtu tp ble dah sampai kat sane, sekali die silap tempat daaa.....humang aih..hahahaha
hahahahaha
dah cukup.melampau npk gelak kat syg aku tu ek.
rupe-rupenye meetin tu buat kat konkos.dekat je ngan desa harapan ni..adoyai..tergelak sakan aku tadi.hehe..
ehm kontiniu balik part lepas lsp tu..pastu, aku terus melangkahkan kakiku yg bukan dibibirmu, dengan tekak yang sangat nak minum, dengan mate yg sangat nak tidur..tapi sebab nak jumpe ika, aku stay in happy gak..ye laaa...nak jumpe ehem-ehem kan..xpe la walaupun serabai je aku ari ni.hehehe...syg tak kisah kan...
sampai kat corner tu alias pasar pelajar (terima kasih dan tahniah kat BHEPP sebab wujudkan tempat ni untuk mahasiswa berniaga, dan cantik gak untuk aku dating ngan ika..hehe)..then aku terus gi kat ika.memuler cari die x jumpe coz die lepak kat belakang pokok bunge tepi DTSP sorang-sorang..pokok bunge tu kecik je tapi sbb ika ni kan kecik, maka nampak la pokok bunge tu lebih besar dari dia, dan maka tak nampak la ika yang lebih kecik tu..hehe..
tetibe ika terpacul keluar ngan t-shirt putihnye yg comel tu..ehm t-shirt je ke???
hehe...ika pun comel laaa.die senyum je meleret...aku?? =)
pastu die cakap nak mamam wafer..uiks aku pun heran laa..bia betul dia ni.tak kan nak gi tesco lak kot.jauh tuuu...tak laaa, ika balas.kat pasar pelajar tu je...eh, ade ke, aku bertanye.
ade...meh org tunjuk.die mereply pertanyaan aku td tu sambil mengajak aku ke tempat yg dia cakap ade jual wafer tu...
owhhh..kedai baru ek...aku cube menutup kemaluan, eh silap, rasa malu aku sebab tak ambik tahu alias alert ngan perkembangan terbaru tersebut..hehe..sori sayang.
pas siap order sume, aku ajak ika duduk jap..pastu die tunjuk kat aku tangan kiri ngan jari-jari dia yang kena sakit gatal tu...terkejut gak aku.ye laa, die ne penah kena cmtu..selalu aku je yg kena.serius gak..dah nek bijik-bijik banyak dah..isau laa...aku sugestkan gi klinik sbb takut jadi lagi serius.tapi klinik dah tutup...so kami putuskan nak gi esok je..aku mtk dia bersabar dan jangan garu sangat kat tempat gatal tu takut lagi teruk jadinye nanti.
pastuh, kami balik desa.ika beli aiskrim nak makan sambil jalan..huhu dia beli satu je.asalnye nak beli dua, tapi cakap kongsi je la.kang membazir lak..yang hampehnye huhu, dia ingat aku tak nak.ade ke patut dia bantai makan sorang je..pastu aku mintak la sikit.dia kasi tapi biler aku makan lame sangat, dia stat membebel..hahahaha..mang klaka la ika ni..macam dik yah aku je..bagi tapi membebel...takut aku habiskan..sebetulnye, aku saje nak tengok reaksi dia je..aku gigit kat tepi-tepi je bukan makan habis terus pun..suke tengok die membebel camtu hehe..
sampai kat desa, kami gi kat tangge tepi parking tepi tasek tepi blok f25 tu..senang cakap, tepi tasek laa...makan wafer sambil dating hehe..ehmm bahgienye aku.........
mase makan tu kami gaduh..berebut wafer macam budak-budak je..die nak yg coklat pastu bg kat aku yang kaya je..aku pun suke coklat gak..hehe..pastu kami gaduh la..juz like a child..memuler aku makan yg kaya pastu aku provoke la ckp yg kaya lagi sedap...pastu dia terus mtk nak sikit..dia ni mang mental sket..kena provoke je terus cair hahahaha..sori sayang..
aku tak kasi..pastu dia lak provoke wafer coklat dia tu..huhu mang sedap pun aku tengok klu nak compare ngan kaya aku ni.pe lagi, ngan penuh diplomasi aku melakukan usaha perundingan FTA..food trading..ika setuju..masuk jarum dah.ika ni kire macam malaysia laa, aku lak amerika hehe...pas dapat tu kami makan laa pepueh hehe.
bis makan sume, aku hanta ika balik ke blok mcm biase..kami janji nak gi klinik sok nak jumpe doctor..alhamdulillah, aku hepi sgt klu dapat tlg ika time die dpt susah cmtu.banyak kenangan yg dah kami lalui..thanx mysweet. love u sangat..mmmuahss
TEORI DAN IDEOLOGI PALSU PESONGKAN DUNIA
2. Penyebar Fahaman Yahudi
3. Sokongan Negara Luar
4. Kesedaran Definisi Teori
Dewasa ini, terlalu banyak teori atau ideologi tersebar dan diperkatakan dalam dunia ini. Samada ianya diperdebatkan, diterima atau ditolak. Jika ditinjau dari skop politik, ekonomi atau sastera, semuanya mempunyai teori tersendiri. Dalam sastera melayu, pelbagai teori dicipta dan dibahaskan. Mutakhir ini, terdapat keghairahan dan keberahian sarjana dan pengarang sastera dalam mencetuskan teori baru sastera. Sesuatu yang perlu dibangkitkan; untuk apa semua teori ini? Relevankah ia?
Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori boleh dimaksudkan begini: pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan sebagainya.
Protokol Cendekiawan Zionis Sedunia ke IX menyebut perihal teori dan ideologi. Bunyinya: Kita telah memperbodohkan, membingungkan dan mengotori pemikiran remaja goyim (bukan Yahudi) dengan mendidik mereka melalui prinsip dan teori yang walaupun kita tahu palsu, kitalah yang menciptanya.
Protokol kontroversi ini mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus.Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.Kaum Yahudi dalam surah al-Baqarah dikutuk kerana kejahatan dan kedegilan mereka. Beratus nabi telah dibunuh oleh mereka, misalnya Nabi Zakaria. Pendeta mereka terkenal sebagai ulama yang mengubahsuai kitab Injil, Zabur dan Taurat.
Terdapat cerita yang dipanggil Israeliyat, iaitu ciptaan pendeta mereka untuk menyesat dan memesongkan masyarakat awam.Yahudi diketahui bergiat aktif dalam semua bidang kehidupan, terutama bidang teras atau utama seperti ekonomi dan politik.Dalam dunia pemikiran, Yahudi tidak terkecuali. Untuk memukau pemikiran dunia, kadangkala mereka menunggang golongan intelektual bangsa goyim, selain tokoh mereka sendiri.
Penyebar Fahaman Yahudi
Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.
Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.
Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.
Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.Sokongan Negara LuarRevolusi Perancis memberikan keuntungan besar kepada Yahudi. Revolusi Perancis telah menghadiahkan kebebasan sivil kepada Yahudi di Eropah Barat.
Seterusnya, Dean Roscoe Pound (Yahudi penganjur liberalisme) Kemudian David Ricardo telah mengobarkan doktrin abad ke -19 iaitu idea persamaan manusia menurut kejenteraan.Dalam sastera, pemikiran berbaur Yahudi tidak terkecuali dan tidak dapat dinafikan. Misalnya, feminisme, absurdisme, eksistensialisme, surrealisme, realisme magis atau romantisme.Meskipun bebas dan tidak diterbitkan pemuka Yahudi secara terang-terangan, tetapi dari satu segi, semua isme ini seolah-olah melengkapi, menyetujui dan menyokong pernyataan dokumen tadi. Berapa ramai intelektual dan sarjana sastera Malaysia mabuk dan selalu berhujah dengan menggunakan teori di atas?
Semua ini menuju matlamat untuk membingungkan pemikiran bangsa bukan Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Ini semua dijalankan untuk kepentingan mereka.Mereka cuba meletakkan perangkap dalam setiap bidang kehidupan, samada untuk melekakan, membingungkan atau merosakkan.Teori di atas tiada gunanya, Ia amat tidak praktikal sama sekali. Kita ambil contoh feminisme, bolehkaH diwujudkan persamaan hak antara wanita dan lelaki?Kesamaan atau ketidaksamaan hak wanita dan lelaki sudah jelas dalam al-Quran, maka apa lagi yang mahu diambil dari Feminisme?
Mungkin terdapat pemikiran yang dibawa Yahudi baik dan positif. Hal ini mengingatkan kepada kisah Nabi Muhammad SAW dengan sekumpulan wanita berkisar persoalan ahli nujum.Mereka bertanya kepada baginda, mengapa meramal nasib diharamkan? Walhal tilikian itu adakalanya tepat. Baginda menjawab, samada tepat atau tidak, haram hukumnya meramal nasib. Ini kerana mereka mencampurkan antara kebenaran dan kebatilan.
Kesedaran
Seharusnya satu penilaian semula dilakukan ke atas semua teori dan ideologi yang selama ini kita praktikkan. Dalam tulisan ini khasnya, merujuk teori sastera.apakah sebenarnya teori? apa perlu adanya teori? Apa relevannya teori? Kita bimbang jika pemikiran kita dilekakan dengan pembuatan, perbahasan dan penamaan teori yang tiada gunanya dan semua ini akhirnya menjayakan misi Yahudi dalam melekakan pemikiran umat manusia dari menghadapi kenyataan dan masalah sebenar. Malah dikhuatiri produk dan calon intelektual yang dikeluarkan pusat pengajian tinggi kelak, hanya mengajar, membahas dan menyebut teori yang tidak ada gunanya, tidak berpijak di bumi nyata atau khayalan semata.
Kita akhirnya leka dan sesat dalam permainan teori dan ideologi semata. Juga dibimbangkan, dalam keadaan kita mengkritik kaum muda yang dijangkiti kuman penyakit sosial yang disebar Yahudi seperi budaya Hedonisme atau Hippies, golongan intelektual sendiri lebih dahsyat dilekakan dengan candu teori dan ideologi tak berguna ciptaan Yahudi.
Petikan dari: Akhbar Berita Mingguan, Ahad - 2 Jun 2002
Monday, February 23, 2009
impak MPP??
AKU MEREKAYASA CINTA
Aku terkenang dengan coklat M&M yang kecil dan comel. Makan sebijik dikongsi bersama dari Bakti pulang ke H7.
Aku terkenang bukit Minden, dan minit-minit kami mendaki dari kakinya ke puncak. Penat? Hanya indah.
Aku terkenang Dabong dan Gunung Stong. Dan detik-detik kami menunggang motosikal dalam aksi lumba.
Aku terkenang Tilawah, dan hari-hari kami menguruskannya. Dan detik perkenalan yang membuah kenangan-kenangan selepasnya.
Kini, selepas dua tahun, aku ingin kembali walaupun kami tidak pernah pergi untuk meninggalkan sesiapa antara kami. Aku mahu kembali merekayasa supaya cinta ini tetap gagah. Aku perlu kembali kepadanya, kerana dia tahu aku cuma perlukannya. Terima kasih. Cinta!!
Wednesday, February 18, 2009
JENAYAH PEMISAHAN DISIPLIN ILMU
Ilmu kesusasteraan, suatu bentuk ilmu yang digunakan juga untuk menggambarkan keagungan tamadun dan keintelektualan sesebuah bangsa, seperti juga bidang-bidang ilmu lainnya, pernah pada suatu ketika mengalami krisis identiti yang agak rumit dan kompleks. Hal ini berlaku kerana wujudnya aliaran-aliran pemikiran yang bercampur-baur yang menyongsong sebelumnya, dengan kebangkitan pelbagai cabang ilmu ketika itu. Krisis identiti ini, jika boleh dianggap sedemikian, adalah suatu bentuk jenayah pemikiran dan ideologi, yang dipanjangkan pula langkahannya melalui pembentukan teori-teori tertentu sehingga menyebabkan berlakunya pemisahan terhadap silaturrahim keilmuan yang telah sedia wujud antara bidang-bidang ataupun disiplin ilmu tersebut. Lantas impaknya hanyut melintasi cabang-cabang ilmu itu sendiri. Antara yang menerima musibah itu termasuklah bidang sastera, sosiologi, etnografi, antropologi dan juga bidang sejarah yang pada akhirnya, membawa kepada pengaburan batas-batas atau perenggan antara displin-displin ilmu berkenaan. Agak sukar sebenarnya untuk menghuraikan situasi ini secara tuntas melalui ruang yang sekecil ini, namun esei ini akan cuba menghujahkannya melalui sorotan terhadap pandangan-pandangan yang pernah dilontarkan oleh beberapa orang tokoh kritikawan tentang fenomena pengaburan tersebut.
Pada dasarnya, struktur esei ini mengandungi beberapa titik perbincangan yang akan dicerakinkan melalui bahagian-bahagian tertentu supaya lebih terarah kepada persoalan utama yang hendak dikupas iaitu fenomena pangaburan batas-batas ilmu dan hal-hal lain yang berkoherensi. Walau bagaimanapun, untuk mencerahkan lagi laluan perbincangan, esei ini akan turut memuatkan sedikit sebanyak kutipan isu yang telah menyebabkan berlakunya peminggiran terhadap bidang sastera daripada arus utama keintelektualan massa khususnya pada sekitar awal dan pertengahan abad 1920-an yang turut dikenali sebagai era moden, iaitu detik-detik awal yang mencetuskan jenayah pemisahan disiplin-disiplin ilmu terutamanya di Eropah. Pada titik yang selanjutnya pula, esei ini akan membincangkan beberapa sisi lain yang dilihat sebagai pemangkin kepada fenomena pengaburan disiplin-displin ilmu setelah berakhirnya era moden. Lebih tepat, hal ini berlaku selepas zaman moden yang dikenali juga sebagai zaman paca-modenisme atau post-modernisme.
MODENISME DAN SUMBANGANNYA TERHADAP PEMISAHAN DISIPLIN-DIDPLIN ILMU: SATU SISI LAIN ERA MODEN.
Bagi menjelaskan secara lebih lanjut tentang fenomena-fenomena yang dibawa oleh zaman modenisme khususnya yang memberikan kesan ataupun impak langsung terhadap perkembangan bidang keilmuan termasuklah kesusasteraan, esei ini akan menyoroti terlebih dahulu laluan sejarah yang pernah dilewati agar perbincangan tidak menjauhi sumber asasnya itu sendiri. Modenisme, berdasarkan dapatan maklumat sejarah, merupakan suatu bentuk gagasan kebudayaan yang digerakkan dan berkembang lebih 30 tahun sejak sebelum tahun 1914 lagi (Malcolm Bradbury, 1976:11). Gerakan ini antara lain meliputi bidang-bidang ataupun displin seperti seni (seni muzik atau hiburan, seni bina dan seni gunaan) dan juga bidang kesusasteraan (sumber: Wikipedia) . Sebenarnya, titik awal kemunculan era modenisme itu sendiri sebahagian besarnya digerakkan oleh semangat pembebasan yang pernah wujud lama sebelumnya lagi iaitu ketika zaman renaissance yang pernah melanda bangsa Eropah (Sophie al-Raahili :2007). Semangat ini jugalah yang telah memberikan semacam suatu inspirasi kepada golongan intelektual era moden yang meletakkan kebebasan akal untuk mentafsir dan menginterpretasikan kenyataan pada tahap yang optimum tanpa terikat dengan batas-batas keagamaan yang sering melingkari upaya pemikiran mereka ketika itu.
Sementara itu, dasar pemikiran modenisme yang lebih up-to-date yang berkembang pada awal dan pertengahan abad 1920-an sebenarnya banyak dibentuk oleh cetusan-cetusan idea oleh Rene Descartes. Beliau telah memberikan keutamaan kepada akal manusia dan sekali gus melonjakkan manusia sebagai superman yang berkeupayaan untuk mengubah alam dan juga kehidupan manusia itu sendiri ( Noriah Taslim, 2007:54). Rene Descartes, seorang ahli falsafah Perancis menganggap rasionalisme yang dijana oleh akal manusia adalah suatu standafikasi paling penting untuk menilai kebenaran, yang selama ini ditolak oleh golongan agama dan juga pihak gereja Katholik ( Sophie al-Raahili, 2007). Hal ini jelas sekali menunjukkan bahawa Rene Descartes telah meletakkan aspek kerasionalan sebagai sumber paling berwibawa yang mampu menjadi penanda aras kepada kebenaran sesuatu perkara, sekali gus melarikan diri daripada hambatan dan kongkongan jumud yang dipegang oleh golongan agama sejak dari zaman Yunani Kuno lagi.
Bagaimanakah hal ini berlaku? Apakah justifikasi lain yang dipegang oleh Rene Descartes untuk menolak kepercayaan bahawa rasionalisme bukanlah suatu bentuk standafikasi kepada kebenaran sesebuah displin ilmu? Adakah beliau telah meletakkan genius atau kecerdikan individu sebagai faktor paling ampuh untuk melihat sesuatu kenyataan ataupun sebaliknya? Persoalan-persoalan ini mungkin sukar untuk dijawab secara langsung kerana melibatkan banyak cabang idea dan kupasan yang lain, namun, suatu hal yang menarik yang mungkin boleh diajukan juga di sini ialah, Rene Descartes turut mengusulkan bahawa, apa-apa jua bentuk ilmu pengetahuan atau idea yang dihasilkan bukan melalui rasionalisasi akliah manusia adalah boleh disangsikan dan dipertikaikan secara mental. Beliau turut menegaskan bahawa hanya ilmu pengetahuan yang bersumberkan secara konkrit dengan rasional akal sahaja yang valid dan benar ( Sophie al-Raahili, 2007). Hal ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa telah berlaku pembinaan tembok-tembok pemisah yang telah mengasingkan bidang-bidang ilmu tertentu khususnya disiplin sains dan sastera yang berkontradiksi dari segi kaedah dan metodologinya dengan arkitek yang bertanggungjawab ialah Rene Descartes sendiri.
Komentar oleh Noriah Taslim tentang pemikiran Rene Descartes juga menarik untuk dibincangkan. Menurut beliau, pemikiran Rene Descartes sebenarnya bertitik tolak daripada gejala sekularisme yang menyongsong sebelumnya yang memberikan kerancakan kepada ikhtiar-ikhtiar manusia untuk memaksimumkan keintelektualannya demi menjelajah rahsia alam ini serta untuk meraikan penemuan-penemuan yang berjaya dilakukan (Noriah Taslim, 2007:55). Apakah yang dimaksudkan oleh Noriah Taslim dengan gejala sekularisme tersebut? Dan apakah pula kaitannya dengan maksud ‘penemuan-penemuan’ yang diutarakan itu? Sekali lagi, definisi yang lebih konkrit diperlukan untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, yang turut dipersetujui maksudnya melalui entri dalam Wikipedia bebas Bahasa Melayu, sekularisme ialah ideologi yang menetapkan bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran dan juga perundangan harus dipisahkan daripada unsur-unsur keagamaan secara mutlak.
Meskipun idea tentang gagasan ini telah lama wujud namun istilah sekularisme hanya diperkenalkan oleh seorang penulis dari United Kingdom pada tahun 1846 iaitu George Holyoake. Dalam satu petikan, beliau secara tegas telah menghujahkan bahawa;
Secularism is a code of duty pertaining to this life, founded on considerations purely human, and intended mainly for those who find theology indefinite or inadequate, unreliable or unbelievable. Its essential principles are three: (1) The improvement of this life by material means. (2) That science is the available Providence of man. (3) That it is good to do good. Whether there be other good or not, the good of the present life is good, and it is good to seek that good.
Berdasarkan lontaran idea oleh beliau di atas itu tadi, dapat dirumuskan bahawa sekularisme sebenarnya lebih bersifat sebagai suatu bentuk peraturan yang berkaitan dengan kehidupan manusiawi dengan landasan utamanya ialah nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Bagi mengukuhkan lagi propaganda yang cuba diketengahkan, beliau telah menggariskan tiga prinsip utama dalam amalan sekularisme, iaitu
A) Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
B) Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
C) Apa-apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan.
Berdasarkan prinsip-prinsip tersebut, maka jelas sekali bahawa sekularisme yang kemudiannya membajai akar pemikiran modenis termasuklah Rene Descartes telah menekankan secara tegar terhadap perkembangan ilmu yang lebih imperikal dari segi fakta dan sumbernya, yang tentu sekali bertunjangkan kepada akal manusia atau kerasionalan semata-mata. Sekali lagi, tembok semakin dikukuhkan dan Rene Descartes selaku arkitek yang bertanggungjawab menebalkan konkrit terhadap tembok-tembok ini berjaya mencetuskan fenomena pemisahan disiplin-disiplin ilmu ketika era modenisme. Untuk mengenal secara lebih dekat akan niat asal golongan modenis dalam mereka meletakkan kerasionalan sebagi pandu arah bagi setiap perbincangan intelektual, khalayak mungkin boleh mengambil prinsip kedua dalam teori sekularisme seperti yang digariskan oleh George Holyoake sebagai subject matter perbincangan tersebut. Hal ini demikian kerana, intipati dalam prinsip kedua tersebut secara jelas meletakkan sains sebagai garis panduan yang paling utama untuk menentukan proses serta sistem kehidupan manusia sejagat. Malah, bidang sains yang berpaksikan kecerdikan dan kerasionalan akal manusia jugalah yang menjadi faktor kepada setiap invensi atau penemuan seperti yang dihujahkan oleh Noriah Taslim dalam komentar beliau.
Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Mengapakah bidang sastera diperlakukan sedemikan rupa? Adakah benar bidang sastera tidak mempunyai nilai yang tinggi dari segi kualiti untuk mencipta sesuatu invensi seperti bidang sains? Menurut Noriah Taslim, terdapat beberapa kemungkinan yang mendorong peminggiran terhadap bidang sastera berlaku pada zaman moden, dan beliau menghubungkaitkannya, antara lain, dengan takrifan kesusasteraan itu sendiri. Pada abad ke-18, ketika bidang kesusasteraan mengalami ledakan ‘boom’ yang tersendiri, konsep romantisme yang dibawa oleh para penulis ketika itu sangat menyerlah sehingga berupaya mengangkat mereka kepada satu kedudukan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Dalam takrifan romantisme, karya sastera lahir daripada genius individu, sebagai luahan yang melimpah ruah dan spontan seorang manusia – peribadi yang mengatasi tradisi, norma dan hukum (Noriah Taslim, 2007:55). Hal ini bagaimanapun tidak lagi diterima pada zaman moden kerana konseptual tersebut tidak mencerminkan kebenaran yang boleh diukur dengan kerasionalan akal manusia secara komprehensif.
Kemungkinan kedua pula tercapah kepada faktor persepsi manusia pengarang yang tunduk kepada runtunan emosi sebagai proses kreatifnya. Persepsi ini, menurut Noriah Taslim, turut menerima pengukuhannya daripada aliran-aliran psikoanalisis, misalnya aliran Freudian, yang juga dominan dalam era moden tersebut (Noriah Taslim, 2007:55). Berdasarkan fahaman dalam aliran Freudian, proses kreatif manusia pengarang sebenarnya berpunca dari dalam diri individu, sebagai pelepasan emosi ataupun tekanan jiwa yang berlebih-lebihan, yang akhirnya mengimplikasikan sesuatu yang bersifat serpihan, subjektif dan tidak sejagat, sekaligus bercanggah dengan ciri-ciri ilmu pengetahuan yang digagaskan oleh pemikiran rasionalisme dan juga positivisme yang dibawa oleh Rene Descartes (Noriah Taslim, 2007:55). Jika perbincangan berhenti di sini, maka dapat dibuat kesimpulan awal bahawa Rene Descartes sememangnya menolak faktor genius individu dalam sebarang bidang keilmuan berdasarkan pendefinisian yang diutarakan sebentar tadi.
Namun, esei ini seperti yang ditegaskan sebelum ini bukanlah sekadar mahu mencari sisi lain yang dibawa oleh modenis seperti Rene Descartes semata, tetapi akan turut membongkar sisi kesusasteraan itu sendiri. Persoalan yang perlu ditimbulkan tentunya sepusar faktor-faktor lain yang ada dalam bidang kesusasteraan sehingga dipinggirkan sedemikian oleh golongan modenis. Tugas pendifinisian secara literal dan konseptual barangkali sudah pun selesai, dan sekarang esei ini akan melihat pula perkaitan-perkaitan lain yang boleh dijadikan modal hujah yang seterusnya. Pertama, mungkin boleh dilihat juga tentang pandangan yang pernah diutarakan oleh Plato sejak 3000 tahun dahulu. Menurut Plato, sastera (terutama bahasanya), menyelewengkan kebenaran, bersifat meniru, oleh itu hanya mainan yang cuma menyuburkan emosi tanpa tuntutan keintelektualan (Noriah Taslim, 2007:55). Maka oleh sebab itu jugalah penyair sastera sering dipinggirkan sebagai individu yang tidak dapat membantu pengukuhan moral dan perkembangan intelek manusia sejagat khususnya pada waktu-waktu era sekularisme dan modenisme mula bertapak di Eropah.
Faktor kedua pula berkait rapat dengan ciri imaginasi yang menjadi rencah utama dalam pengkaryaan kesusasteraan. Dan hal ini, menurut pandangan Noriah Taslim sendiri, telah menjadi vektor pencemar kebenaran kerana unsur imaginasi yang diterapkan oleh penyair misalnya, telah memandu sastera menjauhi realiti dunia yang sentiasa konkrit dan impirik (Noriah Taslim, 2007:55). Selain itu, imaginasi manusia pengarang juga sering dikaitkan dengan kecerekaan, pengada-adaan yang disengajakan malah juga pembohongan yang diluar upaya kerasionalan akal (Noriah Taslim, 2007:55). Hal ini menjadi semakin rumit apabila bidang sastera melalui hasil-hasil karya dan penulisannya dianggap kosong dan abstrak serta tidak bertaraf ilmu pengetahuan seperti bidang sains yang lebih konkrit sifatnya. Pada titik ini, khalayak mungkin akan tertanya-tanya tentang nasib yang dialami oleh para penggiat sastera dan pemikir-pemikirnya kerana melihatkan ‘permusuhan’ yang dilancarkan oleh semboyan modenisme ini, jelas sekali, tidak mungkin nasib yang lebih baik akan mereka terima ketika itu.
Faktor seterusnya berkait rapat dengan institusi kebahasaan yang menjadi medium kepada metodologi penyampaian dalam disiplin sastera. Hal ini demikian kerana, menurut Noriah Taslim lagi, bahasa sastera yang sering diaplikasikan oleh para penggiatnya, bagi golongan modenis, adalah lebih cenderung menyamarkan makna berbanding menyatakan kebenaran fakta (Noriah Taslim, 2007:55). Bagaimana? Begini, bahasa sastera sejak zaman lampau lagi sering dikaitkan dengan sifat-sifat yang mistikal, aneh, sarat dengan emosi, berbaur dengan unsur metafora serta perlambangan yang tersendiri yang menyebabkannya terkeluar daripada kekuatan sebagai sumber ilmiah, malah sukar untuk menjadi bahasa keilmuan juga (Noriah Taslim, 2007: 56). Rene Descartes barangkali sudah ‘khatam’ akan hakikat ini sebelum beliau memikirkan bentuk tembok yang ingin dibina. Adakah beliau sengaja mengurung kesusasteraan daripada terbang bebas dalam jagat keilmuan? Jika andaian ini dibuat berdasarkan situasi, maka tentu sekali jawapannya sudah ada, tetapi beliau secara prinsipnya bukanlah bermaksud sedemikan. Beliau hanya mengangkat suatu bentuk keilmuan yang lebih konkrit dan imperikal dengan tunjang utamanya tentu sekali bidang sains, matematika dan sebagainya lagi yang disesuaikan dengan tuntutan massanya sendiri.
Terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa sastera dan kesusasteraan bukanlah dikurung dan dirantai sehingga perkembangannya terus terbatas begitu sahaja. Nasib golongan yang menjunjung kesusasteraan juga sebenarnya tidaklah seteruk yang digambarkan. Hal ini demikian kerana, pengaruh pemikiran modenis juga telah memunculkan aliran teori sastera yang mencanangkan agar sastera diberi kewujudan autonomus, dan berdasarkan ciri-cirinya yang rujuk kendiri, maka sastera harus dicabut keluar daripada realiti pejal serta konteks (Noriah Taslim, 2007:56). Di sini, boleh dikatakan bahawa bidang kesusasteraan sebenarnya telah diberikan ruangnya yang khas atau autonomous tanpa perlu berada dalam konteks massa yang lebih konkrit. Para penggiatnya juga masih bebas berkarya dan berupaya melahirkan banyak tulisan dan kritikan serta teori-teori penting. Aliran ini, menurut Noriah Taslim lagi, bertujuan memartabatkan sastera sebagai dunia utuh yang bertanggungjawab kepada hukum-hukum puitika dan estetikanya sendiri tanpa perlu bertanggungjawab kepada sesiapa atau apa sahaja di luar dunianya (Noriah Taslim, 2007:56).
Walau bagaimanapun perkembangan ini masih mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Idea-idea modenis begini yang muncul di bawah nama teori formalisme, kemudiannya struktural, dan aliran baru seni untuk seni memang membawa implikasi yang menakjubkan kepada karya sastera (Noriah Taslim, 2007:56). Namun itu jika dilihat dari sudut yang positif. Dalam hal ini, Noriah Taslim melanjutkannya dengan hujah yang lebih kritikal. Bagi beliau, perkembangan teori-teori kesusasteraan yang kemudiannya dipraktikkan dan menjadi ikutan sebahagian besar para penulis sastera secara tidak langsung turut menjauhkan bidang ini daripada disiplin-displin ilmu lain (Noriah Taslim, 2007:56). Hal ini demikian kerana, karya-karya sastera yang disandarkan harapan supaya dapat berperanan sebagai bahan yang berwibawa yang boleh dijadikan rujukan tidak dapat memainkan fungsi tersebut, malah tidak mempunyai nilai dokumen atau sekurang-kurangnya sebagai subproduk budaya yang semestinya beruang dan bertempat (Noriah Taslim, 2007:56). Dalam erti kata lain, sastera sebenarnya berjajar dalam ruangnya sendiri dan perkembangannya pula berlaku dalam laluan yang khas dengan kaedah-kaedahnya yang khusus pula. Dan ini jugalah yang menjadi sebahagian daripada tugas para penyair dan penulis sastera ketika itu.
PASCAMODENISME DAN FENOMENA PENGABURAN BATAS-BATAS DIDPLIN ILMU
Tahap seterusnya pula memperlihatkan fasa pengaburan batas-batas ilmu yang berbeza dengan zaman sebelumnya iaitu zaman modenisme. Jika pada zaman modenisme tegar dengan sifat-sifatnya yang tertentu yang telah membawa kepada pemisahan bidang sastera daripada kehidupan yang organik, zaman pascamodenisme pula memperlihatkan sedikit kemesraan terhadap bidang ini dan juga bidang-bidang lain yang bukan bersifat saintifik ataupun empirik total. Pemencilan sastera daripada dunia luar dan dunia ilmu yang lain juga sedikit demi sedikit mula dihapuskan melalui gagasan idea baru dan pandangan yang lebih berautoritatif yang dikemukakan oleh ramai kritikawan sejagat ketika itu. Janet Wolf misalnya, menggunakan hujah mediasi sebagai alasan untuk menyatakan keraguan terhadap keupayaan akal seseorang dalam beliau menyampaikan sesuatu fakta secara objektif dan rasional mutlak. Hal ini demikian kerana, menurut Wolff, setiap penyampaian fakta itu akan melalui pelbagai mediasi, terutamanya mediasi ideologi (Wolff, 1981).
Dalam hal ini, Noriah Taslim menganjak sedikit pandangan ke zaman Yunani untuk melihat kembali konsep sastera seperti yang pernah ditegaskan oleh Aristotle sebelum menghubungkaitkannya dengan aspek mediasi tersebut. Aristotle pernah menyebut betapa sastera sebenarnya bukan meniru alam (mimesis) tetapi melahirkannya semula dengan kaedahnya yang tersendiri. Penglahiran semula sastera ini berlaku secara subjektif, dan oleh sebab itu maka prosesnya tentu sekali akan dipengaruhi oleh pelbagai bentuk mediasi, termasuk mediasi estetik yang memberikan bentuk baru kepada fakta luaran (Noriah Taslim, 2007:59). Oleh hal yang demikian, apakah sebenarnya mediasi? Sejauh manakah pula mediasi berperanan sebagai antara faktor penting dalam fenomena pengaburan batas-batas disiplin ilmu dunia? Mediasi sebenarnya lebih merupakan suatu teknik penyampaian butir-butir ataupun maklumat dan sebagainya dengan menggunakan institusi bahasa sebagai mediumnya dan dimurnikan melalui teknik-teknik yang tertentu dengan maksud serta tujuan yang tertentu pula.
Analoginya mudah. Sebelum menjawab soalan yang kedua itu tadi, lihat bagaimana seorang wartawan dan seorang sosiologis mengerjakan tugasan mereka. Kedua-dua mereka pada dasarnya menyampaikan fakta melalui bentangan isi-isi yang bersifat empirik, namun pada masa yang sama juga mereka mahu meyakinkan khalayak dengan kebenaran kenyataan-kenyataan yang dibawakan. Hal yang sama juga berlaku kepada ramai lagi orang misalnya sejarawan, etnografer dan juga antropologis. Untuk itu, sama seperti seorang seniman mereka memanfaatkan teknologi bahasa yang disebut sebagai retorik (Noriah Taslim, 2007:58). Bahasa sememangnya mempunyai upaya tanpa sangsi untuk meruntuhkan ataupun membina realiti. Dan hal ini jugalah yang digagaskan dan dipegang kukuh oleh para pemikir zaman selepas modenisme iaitu pascamoden. Menurut Noriah Taslim lagi, realiti dengan demikian dapat dibina sebagai satu linguistic atau rhetorical coanstruct (beliau memetik pandangan yang diutarakan oleh Barthes dalam Barry, 1993) ataupun juga sebagai the result of writing (oleh Lerner, 1988). Justeru, kebenaran dan kefaktaan realiti tegas beliau lagi, boleh diragui atau dipertikaikan (Noriah Taslim, 2007:59).
Hal ini sebenarnya sama juga apabila pelopor-pelopor teori sastera pascamoden menganggap bahawa seluruh fakta yang disampaikan melalui bahasa sebenarnya terperangkap dalam tropes atau metafora, sehinggakan semuanya menjadi samar dan penuh dengan keraguan (Noriah Taslim, 2007:59). Sebelum ini, inilah identiti yang sering dipakaikan kepada bidang sastera dan kini diasosiasikan pula dengan disiplin-disiplin ilmu yang lainnya seperti contoh-contoh yang diketengahkan sebelum ini sekaligus menjawab persoalan kedua yang diutarakan di atas tadi. Melihat kepada situasi ini, mungkin wujud pertanyaan adakah sains yang begitu diangkat oleh modenis ketika eranya sebelum ini juga merupakan suatu bentuk ilmu realiti? Jika benar, maka sudah tentu sains dengan sendirinya masih boleh dipertikaikan kerana bidang ini juga menggunakan media bahasa sebagai alat pelampias faktanya. Hal ini jelas sekali agak mengelirukan. Walau bagaimanapun Noriah Taslim berjaya mengendurkan kekeliruan tersebut apablia beliau menganggap bidang sains yang meletakkan tuntutan yang tinggi kepada kepastian, kebenaran, kefaktaan hanyalah merupakan satu daripada bentuk wacana tentang realiti (Noriah Taslim, 2007:59).
Apakah yang boleh dirumuskan pada tahap ini? Jawapan kepada pertanyaan ini sebenarnya turut berupaya meletupkan tembok pemisah yang telah dibina oleh Rene Descartes seperti yang dibincangkan pada bahagian awal esei ini, iaitu, kaedah naratif yang selama ini diaplikasikan dalam bidang kesusasteraan jelas semakin diimplimentasikan juga dalam bidang-bidang lain termasuklah bidang sains sendiri. Malah, seorang sarjana yang menulis tentang ilmunya yang tegar realiti dan penuh data empirik sudah tidak dapat mengandaikan bahawa beliau boleh menyampaikan sesuatu pemerian yang objektif yang tidak mungkin boleh dicabar lagi akan kewibawaan dan autonominya oleh orang ramai (Noriah Taslim, 2007:59). Semua ini sebenarnya telah menunjukkan betapa peranggan atau batas-batas keilmuan antara sastera dengan displin ilmu yang lain seperti sosiologi dan antropologi semakin kabur. Hal ini ditambahkan lagi apabila ciri-ciri imaginasi yang dahulunya dilihat sebagai mencemarkan kebenaran dalam sastera akhirnya dimanfaatkan juga oleh disiplin-disiplin ilmu yang lain (Noriah Taslim, 2007:59).
Di samping itu, bidang ilmu seperti sains yang kaya dengan pelbagai bentuk disiplin dan metodologinya juga sebenarnya tidak dapat mengelak daripada bersifat spekulatif dan imaginatif, terutama apabila membina teori-teori tentang perkara yang terjadi beribu-ribu tahun dahulu (Noriah Taslim, 2007:59). Bidang sejarah juga mengalami situasi yang sama, malah bidang-bidang sains kemanusiaan lainnya juga turut berdepan dengan hal ini. Lihat contoh mudah ini; sejarah, suatu bidang yang sentiasa menuntut keutamaan fakta dan pembuktian juga sebenarnya bersifat spekulatif khususnya apabila wujud situasi yang boleh digambarkan tetapi sukar pula untuk dibuktikan secara saintifik mahupun melalui kajian arkeologinya. Bidang sains politik juga turut memperlihatkan manipulasi bahasa yang sangat optimum. Malah golongan politician cukup terkenal dengan keupayaan retorika mereka ketika berucap mahupun menulis tentang sesuatu hal. Dalam bidang automotif juga berlaku penggunaan bahasa retorik yang kadang-kadang penuh keimaginasian khususnya apabila hendak dipromosikan sesebuah kenderaan yang baru dikeluarkan ataupun menyatakan futuristic matter yang patut ada pada sesebuah kereta misalnya. Menurut Noriah Taslim, perkara ini sebenarnya juga adalah suatu bentuk cara kerja yang dimiliki oleh seorang seniman, sehingga karyanya juga bersifat penuh dengan kemungkinan (Noriah Taslim, 2007:59).
Selain itu, kesedaran baru yang muncul serentak dengan pascamoden ialah tanggapan bahawa realiti luaran adalah bersifat majmuk, rencam, berlapis dan amat kompleks. Disedari bahawa metodologi sains misalnya yang tegar dipegang oleh golongan modenis, sebenarnya tidak dapat menggarap seluruh kompleksiti dan lapisan-lapisan realiti tersebut secara akrab dan terperinci (Noriah Taslim, 2007:59). Kaedah saintifik contohnya tidak mungkin dapat menggarap struktur dalaman kehidupan masyarakat, atau menggarap kehidupan bukan seperti yang dilihat tetapi seperti yang dihayati, iaitu dalam istilahnya disebut the lived experience (Noriah Taslim, 2007:59). Bagaimana mungkin bidang sains boleh berbicara tentang kemiskinan kaum petani dalam kisah Ranjau Sepanjang Jalan, atau kesunyian sang suami dalam novel Suami? Ini persoalan yang wajar ditinggalkan di sini sebelum melangkah kepada hujah seterusnya tentang fenomena pengaburan batas-batas ilmu.
Titik perbincangan seterusnya ini akan melihat secara konseptual terhadap bidang sastera (melalui karyanya) dan bidang sosiologi. Menurut Noriah Taslim, semua karya sastera mendapat kewajarannya berdasarkan hakikat bahawa gambaran dunianya adalah bersifat analogus atau seiras kehidupan sebenar. Semua cereka mempunyai titik rujukan, sama ada rujukan tersebut dipancang kepada sesuatu realiti atau kebenaran, dan dari situlah sastera mendapat maknanya (Noriah Taslim, 2007:58). Sastera adalah peniruan (mimesis), walaupun dalam erti penglahiran semula realiti (credo), tetapi hakikatnya, unsur realisme tetap menjadi tuntutan dan prasyarat utama semua hasil karya sastera yang berbentuk kecerekaan (Noriah Taslim, 2007:58). Hal ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan disiplin sosiologi, malah juga displin ilmu yang lain, yang menjadikan masyarakat sebagai objek kajiannya. Ambil contoh mudah iaitu kemiskinan kaum petani dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Sasterawan Negara Shanon Ahmad tersebut. Kemiskinan dalam novel ini adalah gambaran realiti masyarakatnya, dan di tangan seorang seniman, maka hasil gambaran tersebut menjadi lebih indah dan penuh ciri ornamental dengan penggunaan media bahasa yang sangat berkesan dan mendalam. Namun di tangan seorang sosiologis, tentu sekali konsep mediasinya akan berbeza tetapi pokoknya masih bertunjangkan kepada realiti kemiskinan kaum petani tersebut.
Selain itu, sosiologis dunia juga sebenarnya telah sedar dan memperakui bahawa sastera melalui kerja karya yang dihasilkan sejak ribuan tahun dahulu boleh menjadi dokumen budaya yang lebih bernilai daripada dokumen-dokumen yang lain (Noriah Taslim, 2007:60). Hal ini boleh dibuktikan apabila wujud masalah untuk mengesan ciri-ciri sosial masyarakat lampau melalui dapatan ekskavasi misalnya, justeru karya-karya sastera akan dijadikan bahan rujukan paling berwibawa, contohnya Epik Gilgamesh, Hikayat Pelayaran Munshi Abdullah serta Sulalatus Al-Salatin. Hal ini demikian kerana, dunia sastera sentiasa memberikan penekanan kepada aspek masyarakat sekeliling sebagai modal pengkaryaan utama dan diindahkan melalui kemahiran aplikasi bahasa yang baik. Dalam sesetengah keadaan pula, karya sastera juga memberikan keutamaan kepada struktur perasaan sekali gus tetapi mengawalnya dengan unsur ornamental atau hiasan kata-kata yang cukup berkesan kepada khalayaknya. Oleh hal yang demikian, dokumen sastera bukan sahaja menyediakan maklumat tentang dunia intelektual atau keilmuan serta material masyarakat tetapi juga dunia perasaan atau emosi tentang seluruh kehidupan yang tentu sekali tidak diperoleh daripada dokumen sejarah, arkeologi atau lain-lainnya.
KESIMPULAN
Daripada perbincangan-perbincangan tentang trajedi pemisahan disiplin-displin ilmu yang kemudiannya membawa pula kepada fenomena pengaburan batas-batas atau perenggannya, dan daripada era modenisme yang turut diselitkan dengan pengaruh zaman-zaman yang lebih awal, sehinggalah kepada zaman pascamoden, dapat disimpulkan bahawa fenomena-fenomena tersebut sebenarnya telah membebaskan diasfora yang pelbagai rupa, sama ada baik mahupun buruk terhadap seluruh bidang keilmuan termasuklah bidang sastera dan sosiologi. Implikasinya tidak sedikit. Dan tentu sekali, bidang sastera telah menunjukkan upaya sebenarnya apabila terus gagah mengharung peredaran setiap zaman dengan cabaran-cabaran yang pelbagai hala. Sastera sewajarnya menjadi bidang ilmu yang paling tulen kerana sifatnya yang meliputi pelbagai cabang keilmuan serta berupaya menjadi dokumen pengetahuan yang lengkap, terperinci dan menyeluruh jika dilihat kepada contoh-contoh karya agung yang ada pada hari ini.
NAKHODA: RAJA di SAMUDERA
Oleh hal yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa undang-undang harus mempunyai sejarah permulaannya yang tersendiri, beracuan dan berkembang kemudiannya sesuai dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam acuan tersebut, yakni masyarakat yang melatari proses pembentukkannya. Satu lagi ciri penting yang perlu hadir untuk melengkapkan fungsional sesebuah undang-undang tentunya kesinambungan atau continuity kepada undang-undang tersebut sama ada diterima, diamalkan dan diteruskan penguatkuasaannya secara warisan dari masa ke masa dan dari zaman ke zaman.
Dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka misalnya, terdapat dua buah naskhah undang-undang utama yang digubal sebagai rujukan dalam urusan pentadbiran serta pemerintahan ketika itu, iaitu Undang-undang Melaka dan juga Undang-undang Laut Melaka. Meskipun para pengkaji sejarah telah bersetuju secara kolektif untuk meng‘genre’kan kedua-dua buah naskhah undang-undang ini sebagai karya kesusasteraan, namun butiran yang tercatat dalam naskhah-naskhah tersebut sangat berautoritatif untuk menggambarkan perkembangan sistem perundangan zaman emporium Melayu Melaka keseluruhannya. Dengan mengambil teks Undang-undang Laut sebagai pokok perbincangan, esei ini akan mengupas secara konseptual terhadap sistem-sistem yang terkandung dalam naskhah tersebut khususnya yang melibatkan kuasa-kuasa dan peranan seseorang nakhoda di atas kapal serta batasan-batasan kekuasaan yang mengikatnya.
Secara sepintas lalu, teks Undang-undang Laut Melaka turut dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka dalam kalangan pedagang dan saudagar ketika itu dan di samping itu, terdapat beberapa lagi nama yang pernah digunakan untuk merujuk undang-undang ini misalnya Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Teks ini pada masa yang sama turut diterjemahkan sebagai The Maritime Laws of Malacca oleh sarjana asing terkemuka iaitu R.O. Winstedt dan juga Josselin de Jong. Kandungan teks ini antara lain turut membincangkan tatacara jual beli di atas kapal, peraturan pelayaran, bidang kuasa nakhoda (yang akan disentuh secara tuntas dalam esei ini) serta tanggungjawab-tanggungjawab pelbagai lagi pegawai kapal seperti kiwi, maula kiwi (penghulu kiwi), malim dan sebagainya lagi.
Malang sekali dalam terjemahan The Maritime Law of Malacca tidak dicatatkan secara jelas nama pengarang yang bertanggungjawab mengilhamkan Undang-undang Laut ini, malah tarikh sebenar teks ini dikarang juga tidak diketahui dengan tepat. Hanya andaian yang diberikan iaitu antara sekitar 1488-1510. Namun begitu, terdapat juga sumber yang menyatakan asal-usul penulisan undang-undang yang merupakan hasil mesyuarat Patih Harun, Patih Elias, Nakhoda Zainal, Nakhoda Buri dan Nakhoda Ishak bersama-sama dengan ramai lagi golongan nakhoda kapal. Hasil mesyuarat tersebut telah dibawa kepada Bendahara Seri Maharaja yang kemudiannya mempersembahkannya kepada Sultan Mahmud Syah (Jelani Harun, 2008:112). Sultan yang berkenan dengan undang-undang tersebut telah memberi keizinan baginda (Winstedt & Josselin de Jong, 1956: 45)
NAKHODA SEBAGAI ‘RAJA’ DI ATAS KAPAL
Dalam sejarah perkembangan Melaka sebagai sebuah destinasi dagang yang penting sekitar abad ke-15 hingga abad ke-16, terdapat suatu kelompok masyarakat yang wujud secara tak langsung dan berjaya membentuk kelas yang tersendiri pada zaman tersebut. Mereka ini terdiri daripada golongan nakhoda kapal yang datang ke Melaka sama ada untuk berdagang ataupun sekadar singgah untuk mendapatkan bekalan tertentu di samping menunggu pertukaran angin monsun. Kelompok ini pada asasnya tidak terlibat dalam organisasi dan pentadbiran awam di Melaka lantaran tugas yang lebih penting di atas kapal, namun setelah Melaka menjadi sebuah pelabuhan entreport dan pusat perdagangan antarabangsa yang mahsyur, fungsi yang dimainkan oleh para nakhoda dalam organisasi perdagangan dan perkapalan di Melaka telah menjadi amat penting sekali ( Muhammad Yusoff Hashim, 1986: 1-26).
Hal ini terbukti apabila peranan yang disumbangkan oleh kelompok nakhoda ini telah diterima dengan begitu baik oleh pemerintah Melaka, malah telah menjadi satu sistem dan ketentuan kepada kegiatan perdagangan dan perniagaan yang turut berperanan sebagai nadi penting kemajuan ekonomi Melaka pada waktu itu. Tegasnya, kedudukan nakhoda begitu signifikan dalam kedua-dua sektor tersebut sehingga taraf, bidang kuasa dan tugas nakhoda dirakamkan sebagai undang-undang dalam Undang-undang Laut Melaka ( Muhammad Yusoff Hashim, 1989: 181). Hal dapat dilihat misalnya melalui petikan teks berikut :
Tuan kita, Sultan Mahmud Syah memberi titah menitahkan hukum ini, maka datanglah kepada/sekarang ini, turun kepada anak cucunya pun menurut hukum ini, dan tiada lagi bersalahan, semuanya mengikut hukum ini, dan jikalau tiada diikuti hukum ini salah kepada segala negeri nazarnya kerana hukum ini di laut, di laut juga sudahnya dan hukum di darat, di darat juga sudahnya. Sebab disebutkan hukum ini supaya jangan lagi memakai hukum hawa nafsunya yang tiada diperkenankan Allah subhanahu wa taala. Lagi kehendaknya hukum ini supaya mereka itu sekalian malu dan sopan di dalam laut kepada segala nakhodanya kerana nakhoda itu, di dalam laut, raja ia ; sudah diadatkan khalifah al-mukminin yang kerajaan di dalam negeri Melaka pada zaman purbakala itu, jikalau kanak-kanak sekalipun nakhoda itu, kerana sudah teradat di dalam jongnya dan baluknya ( Mariyam Salim, 2005: 1).
Petikan frasa di atas ini merupakan bahagian awal teks Undang-undang Laut Melaka, berdasarkan transliterasi yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim. Pada ayat yang sengaja dicondongkan, jelas sekali menunjukkan kedudukan seseorang nakhoda sewaktu mengemudi sesebuah misi pelayaran. Nakhoda, walau siapa pun ia, telah ditamsilkan sebagai seorang raja di atas kapalnya, seperti juga halnya seorang raja di darat. Namun begitu, harus ditegaskan di sini bahawa daerah kekuasaan seseorang nakhoda itu hanyalah absah apabila di laut sahaja, atau lebih tepat lagi, sewaktu beliau sedang mengepalai sesebuah kapal yang sedang dalam pelayaran khususnya yang melibatkan kapal-kapal dagang dan juga armada perang.
Justeru siapakah sebenarnya nakhoda? Mengapakah kedudukan dan peranannya begitu diangkat sehingga terakam sebagai undang-undang dalam Undang-undang Laut Melaka? Secara literal menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, istilah nakhoda memberikan dua makna iaitu juragan ataupun kapten kapal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa nakhoda merupakan individu yang menduduki heirarki paling atas dalam susun atur struktur sesebuah kapal. Hal ini boleh dijelaskan lagi menerusi carta fungsi berikut :
nakhoda : ‘raja’ di dalam kapal
jurumudi : digelar juga malim, sebagai ‘bendahara’ di dalam kapal
jurubatu : ‘temenggung’ di dalam kapal, menjadi hakim dan bertanggungjwab kepada nakhoda.
tukang kanan
tukang kiri ‘sida-sida’ di dalam kapal
tukang agung
jurubatu kanan
jurubatu kiri
gantung layar bertanggungjawab terus kepada nakhoda
senawi
tukang
awak-awak : bertanggungjawab kepada tukang
Kedudukan ini juga boleh disifatkan sebagai satu bentuk kelulusan tertinggi untuk seseorang pelaut mengemudi sesebuah kapal di samudera dan sebagai nakhoda juga, ia hendaklah arif dalam hal-hal berkaitan pelayaran seperti penggunaan peta, kompas dan arah bintang disamping arah pertukaran angin monsun. Mereka juga mestilah mengetahui arah laluan terbaik untuk belayar dan mengetahui kedudukan batu karang, terumbu karang, arus dan olak laut berpusing. Sementara angin monsun mestilah diketahui bagi mengelak risiko dilanda ribut taufan serta mengelak kapal terlanggar batu karang yang boleh merosakkan kapal. Semua ini jelas sekali mewajarkan gelaran ‘raja’ yang diberikan kepada nakhoda di atas kapal kerana tidak semua pelaut mampu menguasai semua cabang ilmu pelayaran dengan baik. Dalam semua hal nakhodalah yang akan dirujuk dan menjadi tanggungjawab ia untuk memutuskan sesuatu perkara. Pun begitu, hal ini tidak bermakna sistem autokrat menjadi amalan utama, sebaliknya nakhoda biasanya akan mengadakan perbincangan ataupun mesyuawarah dengan para pegawai kapal yang lain untuk mencapai sesuatu keputusan penting, sama konsepnya dengan sistem di istana.
Menurut Muhamaad Yusoff Hashim lagi dalam kajiannya, sering dianggap oleh orang-orang dahulu bahawa sebuah jong atau baluk ( istilah-istilah untuk kapal dagang yang besar) yang berlayar itu umpama sebuah ‘kerajaan’ di lautan. Lantaran itulah, nakhoda diberi gelar sebagai ‘raja’ dan sebagai sebuah ‘kerajaan’, maka jong atau baluk itu perlu dilengkapkan dengan para pegawai dan petugas-petugas seperti pentadbir dan organisasi birokrasi walaupun secara ringkas sahaja seperti yang tercatat dalam carta fungsi di atas tadi ( Muhammad Yusoff Hashim, 1989:267). Jika hal ini dinilai secara perbandingan dengan situasi sebenar di daratan, maka dapat dilihat dengan jelas bagaimana kerajaan yang dimaksudkan itu berfungsi sebagai sebuah organisasi pemerintahan. Semua cabang atau struktur saling melengkapi, menyumbang tenaga serta kepakaran demi memastikan kejayaan sesebuah misi pelayaran. Hal yang sama juga berlaku di istana apabila setiap pegawai memberikan khidmat yang terbaik kepada pemerintah untuk menjamin kesejahteraan keseluruhan sistem tersebut. Oleh hal yang demikian wajarlah jika seseorang nakhoda itu dilabelkan sebagai seorang ‘raja’ di atas kapalnya jika diukur kepada peranan dan sumbangan yang diberikan. Selain itu kedudukan nakhoda di dalam kapal amat dihormati dan dimuliakan. Nakhoda mempunyai tempat duduk khas di peterana lawang yang menjadi kawasan larangan kepada orang lain (Jelani Harun, 2008: 115).
KUASA DAN BATASAN-BATASAN KEKUASAAN NAKHODA
Pada bahagian awal perbincangan tentang kedudukan nakhoda sebagai ‘raja’ di atas kapal tadi telah juga disentuh berkenaan kuasa-kuasa dan batasan kekuasaannya secara sepintas lalu. Pada bahagian ini, hal ini akan ditegaskan semula berdasarkan kepada transliterasi teks asal Undang-undang Laut Melaka. Penting untuk ditegaskan di sini bahawa terdapat banyak kesulitan untuk mengkaji sejarah dan peranan nakhoda yang tepat kerana tidak banyak sumber yang boleh dirujuk lantaran kurangnya kajian secara ilmiah oleh para pengkaji sejarah mahupun kesusasteraan Melayu tradisional. Transliterasi teks Undang-undang Laut Melaka yang diselenggarakan oleh Mariyam Salim ini mungkin antara sebilangan kecil sumber berwibawa yang mudah ditemui dewasa ini di samping sebuah lagi hasil kajian bersama oleh sarjana Barat iaitu Richard Olof Windstedt dan Joselin de Jong yang bertajuk The Maritime Laws of Malacca. Kedua-dua tokoh sarjana Barat ini telah mengedit salah sebuah versi teks Undang-undang Melaka sehingga berupaya menjadi antara referensi penting ketika ini.
Selain itu, teks kesusasteraan Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu serta The Suma Oriental juga sering dirujuk sebagai sumber paling kukuh untuk mengkaji sejarah Kesultanan Melayu Melaka termasuk sistem perundangan dan perdagangannya yang terkenal itu. Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu merupakan resensi terawal yang secara naratif (berhikayat) menerangkan keadaan emporium Melayu Melaka yang ulung dan teks ini telah dikarang oleh Tun Sri Lanang, seorang pembesar istana yang sangat terkenal ketika zaman kegemilangan Melaka. Manakala The Suma Oriental pula disudahka penulisannya oleh seorang penulis berbangsa Portugis iaitu Tom Pires, yang berada di kota kosmopolitan Melaka antara tahun 1512-1515. Kedua-dua sumber ini tidak dapat dinafikan lagi merupakan sumber paling berwibawa untuk memahami sejarah Melaka keseluruhannya termasuklah dalam hal perdagangan dan juga perkapalan. Selain itu, tulisan Muhammad Yusoff Hashim juga tidak banyak membantu ke arah penulisan esei ini memandangkan kurangnya huraian berkenaan Undang-undang Laut Melaka yang disediakan penulis. Beliau bagaimanapun berjaya dari segi penghuraian berkenaan sumber dan latar belakang pembentukan sistem perundangan di Melaka. Justeru hanya transliterasi oleh Mariyam Salim sahaja boleh dijadikan rujukan utama apabila membicarakan tentang peranan dan kedudukan seseorang nakhoda kapal pada zaman Melayu Melaka disamping sumber-sumber sekunder yang lain termasuk hasil tulisan Jelani Harun.
Kuasa paling asas nakhoda semestinya terletak pada gelaran ‘raja’ yang diberikan kepada mereka. Hal ini amat jelas sekali jika dilihat dari segi kekuasaan yang diperuntukkan khususnya bagi nakhoda-nakhoda yang mengepalai sesebuah pelayaran walaupun pada masa yang sama, tuan kapal atau empunya kapal turut serta dalam pelayaran tersebut. Jika situasi seumpama ini berlaku, nakhoda kapal mempunyai faktor kekuasaan yang lebih tinggi berbanding si empunya kapal, malah dalam banyak hal nakhodalah yang berkuasa untuk memutuskannya khususnya yang melibatkan permasalahan yang wujud di atas kapal serta masalah-masalah lain yang bersangkut-paut dengan hal-hal perkapalan. Malah, jika seseorang raja atau sultan sekalipun turut serta dalam pelayaran tersebut mereka harus patuh kepada kekuasaan yang dimiliki oleh nakhoda. Tuan kapal, biasanya saudagar-saudagar, tidak berhak untuk mencampuri urusan pelayaran, namun, atas dasar adat dan hormat, nakhoda turut melibatkan tuan-tuan kapal tersebut dalam sesuatu perbincangan sewaktu di atas kapal.
Seperti juga raja di istana, nakhoda turut mempunyai kuasa untuk membunuh. Konsep ‘membunuh’ di sini tidak harus dipandang negatif kerana situasinya perlu difahami sebagai satu bentuk hukuman, dan hukuman tidak mungkin tercetus andai tidak berlaku pelanggaran terhadap terma-terma yang terkandung dalam undang-undang ataupun peraturan tersebut. Prinsipnya jelas, setiap kesalahan pasti ada hukuman. Begitu juga halnya dengan kesalahan-kesalahan berat yang harus dibalas dengan hukuman yang setimpal. Dalam keadaan yang memaksa nakhoda melakukan ‘pembunuhan’, sering ditanya apakah kesalahan itu benar-benar serius dan berat sehingga terpaksa melaksanakan hukuman yang sedemikian rupa? Adakah sistem keadilan ini diterima sebagai konsep yang adil? Adakah perlaksanaannya selari dengan tuntutan syariah kerana Melaka sendiri kuat dari segi pengaruh keislamannya? Dan apakah pula batasan-batasannya? Untuk menjawab persoalan-persoalan begini, pertama sekali perlu dilihat kepada sumber asasi yang membentuk undang-undang tersebut dan kedua, pada bahagian atau fasal yang menghuraikannya. Melalui kaedah ini mungkin dapat difahami konsep perlaksanaannya secara menyeluruh.
Dalam Sejarah Melayu ada diterangkan dengan jelas tentang bentuk-bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap para pesalah. Lama sebelum terhasilnya Undang-undang Melaka dan juga Undang-undang Laut, hukuman ke atas penjenayah berat yang melakukan kesalahan seperti mencuri, merompak dan menyamun ditentukan berdasarkan hukum adat setempat, namun semasa pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah, penjenayah-penjenayah jika disabit dengan kesalahan yang dilakukan akan dipotong tangan mereka. Hal ini dinyatakan sebagai ‘kudung tangannya’ dalam Sejarah Melayu. Hal ini memberikan sedikit gambaran bahawa wujud suatu bentuk perkembangan terhadap sistem hukuman dan perundangan yang diamalkan ketika itu, iaitu, berlakunya penyesuaian terhadap hukum adat melalui proses asimilisasi dengan undang-undang Islam. Bagaimana hal ini berlaku? Jika dilihat kepada hukum potong tangan tersebut, jelas sekali perlaksanaannya berdasarkan kepada hukum hadd dalam kesalahan jenayah pada hukum Islam seperti yang dihuraikan oleh Muhammad Yussof Hashim dalam bukunya iaitu Islam dan Sejarah Perundangan Melaka di Abad ke-15 dan Abad ke-16. Di sini dapat disimpulkan bahawa hukum Islam sememangnya dapat dirasionalisasikan dengan keperluan sekular untuk menjaga dan mengawal ketenteraman sosial dalam masyarakat, dan hal ini telah dibuktikan pada waktu tersebut (Muhammad Yusoff Hashim, 1989: 205).
Kembali kepada subperbincangan, untuk membunuh seseorang yang telah dibuktikan bersalah, nakhoda hanya diberikan rukun autoriti atau kekuasaan yang bertunjangkan kepada hukum Islam sahaja dan kesalahan itu pula haruslah yang setimpal dengan hukuman yang diwajarkan, dan pada masa yang sama, nakhoda terikat dengan proses perlaksanaan hukum hadd tersebut. Misalnya dalam Undang-undang Laut Melaka, kesalahan orang yang berzina ditentukan pada Fasal 2 yang berbunyi, “ Bermula hukum atas segala orang yang berzina dalam jong atau baluk. Jikalau ia merdeheka (ada isteri sama ada merdeheka atau tiada, maka ia berbuat zina dengan isteri sama merdeheka dalam jong itu, maka) dibanyak-banyaki oleh nakhoda, dibunuh keduanya.....”. Bagi kesalahan yang dianggap serius begini nakhoda mempunyai hak dan kuasa untuk membunuh pesalah-pesalah yang berkenaan selepas proses siasatan dan keadilan yang bertunjangkan konsep syariah dijalankan. Justeru jelaslah bahawa kuasa untuk membunuh yang dikurniakan kepada nakhoda sememangnya diterima sebagai suatu bentuk hukuman yang sah dan berautoritatif selari dengan proses perundangan Islam sekaligus menjawab persoalan-persoalan itu tadi.
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekeliruan tentang kuasa membunuh yang ditawarkan kepada para nakhoda kapal ini, misalnya, adakah kuasa tersebut mirip atau menyamai kuasa yang dimiliki oleh raja atau sultan di istana? Seperti yang dihuraikan sebelum ini, nakhoda mempunyai keterbatasan dalam beliau melaksanakan hukuman bunuh dan keterbatasan ini telah membezakan antara raja sebenar dengan nakhoda kapal. Nakhoda hanya berkuasa di atas kapal, pertama, dan kedua beliau terikat pula dengan undang-undang yang memperuntukkan sesuatu hukuman. Jika raja dan sultan di istana boleh melaksanakan hukuman bunuh terhadap sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan berat, nakhoda sebaliknya terikat dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh pesalah tersebut. Tidak semua kesalahan yang dianggap berat yang dilakukan di atas kapal boleh dikenakan hukuman bunuh. Sebagai perbandingan, raja atau sultan di istana boleh menjatuhkan hukuman bunuh kepada mana-mana pihak yang ‘berjual titah’ (memalsukan arahan dan cakap raja sama ada melalui lisan atau penyalahgunaan cop mohor) seperti yang terkandung dalam Fasal 13.3 Hukum Kanun Melaka selain dua lagi pilihan hukuman bagi kesalahan yang sama iaitu dibelah lidah ataupun dikupas (dikelengsetkan) kulit kepalanya.
“... Dan hukum orang yang berjual titah itu dibunuh atau dibelah lidahnya atau dikupas kulit kepalanya...”
( Undang-undang Melaka, 1976: 14)
Situasi di atas tentu sekali tidak berlaku di dalam kapal. Secara umum berdasarkan teks Undang-undang Laut, kuasa membunuh pesalah oleh nakhoda kapal tercatat pada Fasal ke-5 yang meliputi empat jenis lagi kesalahan seperti petikan teks berikut ini :
“...Pertama, bertutur jahat dan angkara akan nakhoda. Kedua, mesyuarat ia dengan segala orang di dalam jong itu hendak membunuh nakhoda yang empunya jong atau kepada tukang atau kepada kiwi atau kepada malim, itu pun dibunuh jua akan dia. Ketiga perkara, jikalau ia bersisip keris di dalam pelayaran, lain lakunya daipada orang banyak, itu pun dibunuh jua akan dia. Keempat perkara, jikalau ia bersisip demikian tetapi membunuh orang...”
(Undang-undang Laut Melaka, 1976:6)
Di sini suatu hal yang dapat diperhatikan jelas ialah nakhoda berhak untuk membunuh jika didapati seseorang itu mempunyai potensi mendatangkan ancaman keselamatan kepada pihak lain. Hal ini boleh dilihat pada perbuatan bersisip keris dan berkelakuan yang mencurigakan (…lain lakunya daripada orang banyak…) seperti yang terkandung pada fasal tersebut. Maka dapat dikatakan juga bahawa selain untuk mengiktiraf peranan dan kedudukan nakhoda di laut, Undang-undang Laut turut bertindak sebagai de facto yang menjamin aspek keselamatan terus wujud dalam sesebuah pelayaran.
Kupasan isi kandungan Undang-undang Laut pastinya tempang jika tidak membincangkan peranan nakhoda kapal dalam hal-hal urusniaga dan perdagangan khususnya apabila tiba di darat (baca: pelabuhan). Seperti yang dicatatkan dalam banyak kajian sejarah, nakhoda-nakhoda kapal dagang kapal yang berlabuh di Melaka atas maksud untuk berdagang bertanggungjawab untuk memohon kebenaran berniaga terlebih dahulu. Menurut Tom Pires, nakhoda perlu memohon daripada Syahbandar iaitu individu yang berkuasa di pelabuhan untuk menemui Bendahara Melaka bagi meminta kebenaran berniaga. Selain itu, nakhoda kapal juga bertanggungjawab mengetuai rombongannya untuk menghadap Sultan Melaka dengan membawa hadiah dan sebagainya sebelum menjalankan sebarang urusniaga. Perlu ditegaskan juga bahawa urusniaga belum boleh dijalankan sehinggalah berbagai-bagai jenis cukai dibayar dan selain itu, menurut Tom Pires juga, semua ukuran dan timbangan yang digunakan dalam urusniaga di Melaka adalah mengikut old custom peribumi.
Salah satu bentuk perdagangan yang berlaku di pelabuhan Melaka ialah penjualan dan penyebaran barang dagangan. Pada peringkat ini, peranan nakhoda adalah sangat penting memandangkan proses dan sistem yang digunakan mempunyai bentuk yang agak kompleks. Hal ini demikian kerana, barang-barang dagangan khusunya yang diimport akan disebarkan ke Gugusan Kepulauan Melayu (Muhammad Yusoff Hashim, 1989: 258). Sesuai dengan gelaran ‘raja’ dalam sebuah kapal berdasarkan pernyataan “… hukum segala jong dan baluk daripada segala nakhoda kerana ia seumpama rajanya” seperti yang tercatat dalam Undang-undang Laut Melaka, maka menjadi tanggungjawab nakhodalah untuk mengedalikan semua bentuk perniagaan tersebut. Walau bagaimanapun jika pemilik kapal sendiri yang menguruskan perniagaan dan mengikuti pelayaran, maka peranan nakhoda dalam hal ehwal perdagangan barang akan menjadi kecil. Sekiranya pemilik kapal tidak turut serta, nakhoda kapal biasanya akan dilantik menjadi ‘proxy’ atau wakil bagi pihak pemilik (Muhammad Yusoff Hashim, 1989: 258).
Nakhoda juga boleh terlibat dalam perniagaan sebagai penjual barangannya sendiri atau sebagai ‘wakil’ untuk memperdgangkan barangan kepunyaan Kiwi (saudagar yang menghantar barang untuk diperdagangkan). Fasal 20 Undang-undang Laut Melaka tentang ‘hukum berniaga’ menyatakan bahawa apabila sebuah kapal dagang Melaka sampai ke sebuah pelabuhan asing, maka hak berniaga akan menjadi bertingkat-tingkat. Nakhoda bagaimanapun mempunyai hak untuk memperniagakan barang dagangannya terlebih dahulu selama empat hari yang pertama. Selain itu, nakhoda juga berhak membuat tawaran harga lebih tinggi daripada peniaga lain. Sesiapa yang membuat tawaran harga yang melebihi nakhoda, maka nakhoda berhak untuk merampas barang-barang tersebut setelah membayar kepada pemilik dengan harga kos sahaja seperti yang telah disebutkan dalam Undang-undang Laut Melaka, “…dipulangkan kepada nakhoda seperti harga beliannya itu juga” (Muhammad Yusoff Hashim, 1989: 259).
Satu lagi hal yang menarik untuk dibincangkan di sini ialah sistem penyimpanan barang dagangan di atas kapal. Dalam Fasal 10 Undang-undang Laut Melaka menyebut sistem atau ruang tersebut sebagai ‘petak’ atau peitaca seperti yang dinyatakan oleh Tom Pires dalam The Suma Orientals. Menurut Muhammad Yusoff Hashim, petak-petak inilah yang menjadi asas penentuan hak dan saiz bahagian seseorang pedagang dan selalunya nakhoda, Kiwi atau Maula Kiwilah yang memiliki banyak petak. Selain itu, tambah Tom Pires lagi dalam tulisannya itu, petak dalam sesebuah kapal mungkin besar dan memerlukan antara dua hingga tiga orang untuk menjaga suatu petak tersebut.
KESIMPULAN
Mungkin ruang yang sebegini kecil tidak mampu untuk membincangkan sepenuhnya segala isi kandungan yang termuat dalam Undang-undang Melaka. Selain keterbatasan ruang, masalah untuk mendapatkan sumber rujukan yang berwibawa juga menghadkan lagi skop esei ini. Pun begitu, daripada keseluruhan perbincangan ini, dapat disimpulkan bahawa Undang-undang Laut Melaka telah menyediakan satu set hukum yang berisi panduan serta pedoman berguna kepada para pelayar. Sistem ini terbukti kena pada tempat dam masanya, lebih-lebih lagi jika dinilai dari sudut kemajuan sektor perdagangan di Melaka ketika itu. Selain itu, catatan tokoh-tokoh penting seperti Tom Pires dan Tun Sri Lanang juga telah menyedarkan banyak pihak betapa Melaka mengalami banyak kemajuan dari segi struktur sosialnya yang kemudiannya melahirkan pula sistem perundangan penting, berdasarkan kepada keperluan masyarakat massanya. Dapat juga digambarkan pola asas perdagangan di Melaka sebenarnya bergantung kepada definisi peranan yang dimainkan oleh kelompok nakhoda itu sendiri, iaitu sama ada mereka adalah pemilik kapal yang berdagang sendiri ataupun wakil kepada saudagar-saudagar. Dan siapa pun mereka, nakhoda telah dianggap sebagai ‘raja’ yang berkerajaan di laut lepas, suatu perumpamaan yang begitu signifikan dalam sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Thursday, February 5, 2009
BOIKOT ATAU RESIGN??
Yang berdua itu tentu sekali tidak akan sekali mentah menyusuli sesi perletakan jawatan berjemaah, jika itu yang berlaku dalam sehari dua ini. Yang pasti letak jawatan tetap akan jadi satu solusi, antara solusi-solusi yang lainnya. Duduk baik perkara ini tentu sukar dimentelahkan. Siapa dapat untung? Protes? Ini proteskah? Atau mahu tunjuk emosi sahaja. Jika ini satu solusi, jadi siapa yang harus terima padahnya kelak kerana setiap solusi dibuat atau diambil tentu akan meninggalkan impaknya. Tidak nampak siapa yang akan lebih terima akibatnya, selain MPD itu sendiri sebagai sebuah organisasi.
Letak jawatan sebenarnya tidak perlu berlaku. Kami sendiri tidak setuju pada dasarnya, sebaliknya tetap kukuh dengan solusi boikot kerana itu lebih baik. Letak jawatan akan memberikan kesan semerta, dengan harapan akan menimbulkan, setidak-tidaknya sedikit kesedaran kepada yang dua orang itu bahawa mereka tidak diterima dalam organisasi. Letak jawatan adalah force action yang agak radikal mendadak. Letak jawatan perlu diingat selalu berkait dekat dengan maruah dan kewibawaan..dan juga sifat sang pengalah.
Benar, kami pernah berkira dan melanjutkan dengan surat untuk letak jawatan lama dahulu, khususnya ketika virus-virus yang sedang dibawa oleh dua orang ini mula menunjukkan jaguhnya. Kami melawan virus yang boleh membuat keputusan dan ada suara, dan kami hanya guna perisai semangat dan kecintaan sahaja dalam usaha ini. Kami hampir jadi pengalah yang sedia untuk beralah demi menjaga nama baik organisasi. Kami melawan dengan nilai suara yang dipandang tidak berharga.
Kami cuma watak senior, tapi itulah hakikatnya, kami lebih disetarafkan dengan adik-adik sahaja. Kami hairan sebenarnya dengan dua orang ini. Apakah istimewanya mereka ini sehingga orang-orang yang menentang mereka berdua terpaksa mengalah sebelum war declaration dilafazkan lagi. Kami mahu bergaduh dalam konteks yang betul, atas nama cinta dan semangat kekitaan, menentang kuku besi yang berdua itu. Kami mahu bergaduh, sebab kami yakin dengan kekuatan kami. Kami mahu bergaduh sebabnya kami berpeluang untuk menang dan mengajar mereka tentang budaya kekitaan ini, bukannya tentang dasar pecah dan perintah yang dipraktikkan ketika ini.
Tegasnya, kami berasakan, kepada MT itu, benar dan kami faham perasaan anda, tetapi fikirkan dahulu dalam-dalam akan solusi ini. Jangan biarkan emosi jadi raja dan akal jadi hamba. Kami menuntut supaya tidak letak jawatan dan sebaliknya, sertai kami boikot demi kebaikan semua. Kita boikot mereka berdua, dan kita gerakkan semua kerja dan projek yang dirancang seperti biasa tetapi tanpa perlu berorganisasi. Sebabnya, kita adalah sebuah keluarga yang besar dan TEGUH. Kita bergerak dengan bahagia dalam keluarga besar ini.
Wednesday, February 4, 2009
BOIKOT MPD FH SIDANG INI
Isu bilik tidak perlu timbul sebab ini dasar yang tidak adil, malah penggawa sendiri telah sedar akan hal ini. MPD harus berkerja tanpa sebarang keinginan kepada upah. MPD dilantik atau dipilih, semuanya kerana semangat dan kesukarelaan. Bukannya menagih jawatan daripada YDP kemudiannya meletakkan syarat yang khas pula, kemudian bila dah dapat apa yang dihajat, terus menikam YDP seolah YDP tidak wujud. Siapa yang buat macam ni? Seorang inilah, yang seorang lagi pun barangkali sama jugak. Isu bilik telah dijanjikan sebagai isu yang tak perlu wujud lagi dalam pemilihan MPD kali ini, malah dalam perjumpaan tak rasmi yang pertama lagi penggawa sudah mengingatkan supaya setiap exco tidak mengharapkan lagi dengan bilik. Semua penghuni sememangnya mendapat bilik. Kenapa perlu ada double standard kalau kerja tidak pernah buat, tahu hentam dan hentam sahaja. Terima kasih penggawa sebab prihatin.
Ulang suara, sila boikot MPD FH saat ini juga. Kepada semua exco lebih-lebih lagi, sila sedar anda sekarang sebenarnya sedang keliru. Persetankan dengan dua orang ini. Anda hanya perlu taat setia kepada YDP dan MT yang ikhlas berkerja untuk Fajar Harapan. Anda hanya perlu belajar tentang kemampuan diri sendiri, bukan hanya menurut setiap kata orang yang dua orang itu. Sila boikot MPD saat ini juga, dan jalankan kerja kita atas nama semangat dan kesetiaan tanpa perlu berorganisasi dengan MPD jika ini yang sedang melanda MPD kita, sekurang-kurangnya untuk semester ini.
Usul pembubaran sebenarnya sudah kami buat tapi ditolak atas nama diplomasi. Usul tidak percaya juga pernah kami syorkan dengan setuju daripada YDP sendiri serta MT yang lain, namun lain pula yang dijanjikan. Lain pula yang jadi. Senior exco yang tidak berkepentingan sebagai MT dimaki dihambur kata kesat dan dilemparkan kertas ke muka di dalam mesyuarat, di hadapan exco-exco junior dan seorang lagi ecxo senior yang berjawatan paling rendah. Oleh siapa? Oleh manusia s***n itulah, yang seorang itu yang jantan, bukan yang betina.
Persoalkan apakah kewibawaan mereka berdua ini? Yang betina itu untuk makluman, baru inilah beliau kenal dengan MPD. Pertama kali dilantik, dan terus kepada jawatan paling kanan kepada YDP. Besar suara yang beliau terima. Tapi pengalaman, hampas belaka. Tahu bercakap. Tahu membebel itu ini. Tahu datang mesyuarat dengan muka suci. Tahu datang dengan agenda nak itu nak ini. Tahu mintak exco itu ini bila buat kerja. Tapi, projek dipantaunya semuanya sakit. Exco yang mengurus projek bersengkang mata ke hulu ke hilir, berpenat lelah, berpanas hujan mencari peserta tapi beliau hanya tahu mintak laporan. Kenapa? Sebab beliau sendiri pun tak tahu apakah kerja beliau sebagai pemantau.
Yang seorang lagi yang lelaki, duduk nombor tiga. Penting juga sebenarnya kalau ikut hierarki tugas. Tapi lebih hampas daripada hampas basi. Serabai. Jadi fasilitator motivasi pakai jeans, niat nak betulkan adik-adik sekolah tapi diri sendiri ikut perangai jin. Dalam mesyuarat dihentam Setiausaha dibaling kertas ke muka. Dipertikaikan salah ejaan. Dipertikaikan isu pemantau tidak hadir majlis penutup program. Entah apakah yang beliau ini sedang cakap. Exco, alert! Learn!! Jerit beliau ini kepada exco senior yang berjawat Setiausaha dalam projek tersebut. Segar lagi semua yang berlaku sebab tidak pernah berlaku dalam sejarah mesyuarat MPD macam yang beliau ini buat.
Seperkara lagi, tidak faham jugak bila NYDP yang dua orang ini mula terasa dan mula nak tunjuk simpati dengan projek-projek lain yang di luar pemantauan mereka. Yang terdekat ini apatah lagi. Projek bertaraf lima bintang dan termuat dalam agenda universiti dengan perasminya Prof. Tan Sri Ayahnda kita sendiri. Kenapa nak tanya sekarang? Ada kurang dua minggu je lagi projek ni nak dilangsungkan. Anda berdua tak perlulah nak masuk campur, nanti habis tepung berselerakan sebab anda berdua tak tahu macam mana nak tarik rambut kalau pun ada rambut tersebut.
Kami tak perlukan anda pun. Jadi silalah berdiam diri sahaja ok, sebab inilah yang anda rancangkan sebaik sahaja memegang mandat selaku NYDP. Anda memulakan dasar pengasingan projek mengikut pemantau. Anda sengaja memecahkan tradisi MPD dengan mengarahkan setiap pemantau tidak boleh mencampuri projek pemantau yang lainnya. Ini tradisi kesatuan. Ini tradisi kekitaan. Ini tradisi yang telah lama subur tak kira mantan ataupun exco adik yang muda belaka. Kami matang dengan tradisi ini. Kami berkerja dan bersaudara dalam tradisi ini. Kenapa anda begitu angkuh membuang jauh-jauh tradisi kami ini. Anda berlagak seperti bijaksana, sedangkan pemikiran anda hanya on the spot. Anda membuat keputusan yang segera tapi anda tidak fikirkan kesan lamanya. Anda memecahkan kebahagian kami dalam MPD. Sekarang anda memang wajar kami BOIKOT.