Sunday, March 29, 2009

EaRTH HoUR : geLap iTu InDaH



Jam 9.00 hingga jam 10.00 malam, haribulan 27, Mac, USM bergelap. Menyahut seruan Earth Hour. Sebetulnya, ini program kedua di USM selepas berjaya melaksanakannya sidang lepas. Ini langkah proaktif yang perlu diterjemah segera sebagai luahan prihatinan kepada masalah yang lebih besar, iaitu persoalan global. Ini persoalan sejagat untuk kepentingan semua orang, semua makhluk dan untuk kelangsungan masa depan kita semua.

Dalam tempoh cuma sejam mungkin impaknya tak seberapa. Apalah sangat yang boleh diharapkan dengan sejam bergelap dalam bilik. Pelajar bukannya berada di bilik sangat waktu-waktu macam tu. Biasanya keluar makan. Biasanya di kedai-kedai mamak, Khaleel atau melangkah sejauh ke Ivory atau window shopping di Tesco. Atau mungkin melangkah ke Desa Aman melihat karnival yang diadakan (itu pun kalau tak bergelap juga). Kalau rajin, mungkin boleh ke pasar malam saja dekat Sungai Dua yang cuma di depan USM. Banyak lagi yang boleh dilakukan daripada memikirkan sejam yang gelap itu. Senang saja, cuma padamkan lampu dan keluar seperti biasa ke mana sahaja yang dimahukan. USM bergelap namun sekitarnya masih cerah. Apalah sangat.

Itu kalau difikirkan apalah sangat. Tapi hakikatnya, sejam itu terlalu besar ertinya buat alam ini. Kampus Sejahtera, Kampus Lestari dan Universiti Dalam Taman tidak akan membawa apa-apa erti lagi jika di luar, alam yang terbentang ini, semakin tenat dan tidak sejahtera lagi. Barangkali kita tidak ingin rupa Bumi dalam citra Wall-E yang ditinggalkan sebagai koloni sampah-sarap. Barangkali kita gerun dengan gambaran Bumi dalam The Day After Tomorrow (Lusa), atau mungkin juga kita ngeri lihat Bumi dalam imej wanita tua yang berbongkok-bongkok dalam kisah perjalanan Rasulullah s.a.w dalam kembara Israk Mikrajnya.

Kata seorang saintis, selepas peristiwa Tsunami, Bumi kini ibarat sebuah loceng besar yang akan terus berbunyi. Bunyi-bunyi itu tidak pernah berhenti sejak Tsunami meninggalkan kesan jejaknya. Hari ini, loceng tua itu masih berbunyi. Tapi iramanya bukanlah sedap dan ingin kita dengar. Bunyinya kadang merintih-rintih. Bunyinya kadang menjerit-jerit. Bunyinya kadang langsung bingit dan perih sekali. Loceng ini seperti si tua juga, sering lupa dan hilang waras. Kalau si tua bertongkat kerana bongkok, loceng pula akan bergoyang denting tak tentu arah dan irama kerana nyanyuk juga.

Dan kata lagi, Bumi ini ibarat seorang lelaki yang berlari dalam satu arah bulatan di balapan. Lelaki itu berlari semakin jauh tapi yang dikejarnya ialah titik mulanya. Lelaki itu tak pernah menjauh pergi tapi mendekat datang kepada asal mula ia berlari. Itulah mula dan akhir kejadian. Lelaki itu sedang menuju akhir lariannya sendiri. Menamatkan sesuatu yang telah dimulakan dan yang ditakdirkan oleh Yang Maha Pencipta.

Kita meraikan sejam yang gelap kerana keprihatinan terhadap Bumi ini. Kita memanjakan Bumi yang sakit dan tenat. Kita berikan ia sejam rehat supaya ia boleh lelapkan mata demi kita. Kita usapkan matanya supaya ia boleh berkelip lagi untuk kita esok, supaya aktiviti kita sehari-hari tidak akan terganggu. Harapan kita, sejam itu cukup kerana ternyata kita masih berkira dengan baki 23 jam yang kita masih ada. Malam ini, tidurlah senyenyaknya kerana Bumi ini masih bernyawa. Tapi adakah jaminan buat kita bahawa esok masih kita boleh bernafas?

Wednesday, March 25, 2009

DeGiL..kerDiL..


Aku melihat ada seekor burung degil sekali terbang membelah senja matahari. Ada kerdipan sebutir bintang juga. Dan sesabit purnama.

Aku melihat burung itu semakin kecil. Di kaki langit yang terbentang itu, burung itu tidak pernah penat. Senja datang, dan ia akan terbang. Aku melihatnya setiap kali senja datang. Dan setiap kali itulah, ia terbang. Arahnya sama. Ke kaki langit. Ke arah senja memencarkan ufuk merahnya. Ke sudut alam. Ke sudut siang hujung hari.

Aku lihat dan melihat. Alam ini, katanya, kerdil. Sekalimah suci lalu ia jadi. Alam ini, kerdil sekerdil inderaku yang melihat. Sejauh burung itu terbang dan hilang, begitu, hilang juga kudratku untuk terus melihat. Alam ini siangnya panjang tapi panjangnya berpenghujung. Penghujungnya di kala senja. Tandanya oleh burung itu. Ia terbang pulang. Ia hilang dipandang. Bila jauh ia terus halus dan hilang. Itulah alam.

Aku melihat diriku. Dalam kelam ini aku nampak jasadku mula membayang. Terbias oleh merah senja. Tapi bayang ini pasti akan hilang. Sebentar lagi, hilanglah. Dan alam akan gelap. Malam datang. Burung tadi hilang. Aku belum pulang.

Aku harus pulang. Aku mesti pulang. Kenapa???


Ye laa...kang tak pepasal mak aku marah. Dah senja camni tak nak pulang lagi sembahyang maghrib....huhu. ok...bye.

Tuesday, March 24, 2009

Bantulah Adik Nurul Nasuha


Dalam Buletin Utama, TV3 pada 22 Mac 2009, disiarkan berita tentang penderitaan adik Nurul Nasuha yang mengalami penyakit jantung berlubang. Nurul Nasuha memerlukan RM28,000 untuk pembedahan. Bantulah Nurul Nasuha. Moga adik Nurul Nasuha selamat dan pulih seperti sedia kala. Amin.

sumber:
http://anginperubahan.blogspot.com/

Saturday, March 21, 2009

LAGI PENGHINAAN TERHADAP QURAN!!




INI MERUPAKAN SATU LAGI BENTUK PENGHINAAN TERHADAP KITAB SUCI AL-QURAN OLEH MEREKA YANG TIDAK PERNAH MEMAHAMINYA.


Ghetto Quran
by 50 Cent

[talking] Uh huh, uh huh, uh huh Southside,
what y'all niggas know about the dirty south? One time
[Chorus]
Lord forgive me, for I've sinned Over and over again,
just to stay on top I recall memories,
filled with sin Over and over again, and again

Yo, when you hear talk of the southside,
you hear talk of the team
See niggas feared Prince and respected Preme
For all you slow muthafuckas
I'm a break it down iller
See Preme was a business man and Prince was the killer
Remember, he used to push the bulletproof BM,
uh huh This here get ya seasick,
I sat back and peeped shit
The roll with Easy Rider and they ain't get blunted
Had the whole projects workin for fifty on five-hundred
As a youth, all I ever did was sell crack I used to idolize cat
Heart me in my heart to hear that nigga snitched on Pat,
how he go out like that?
Rumors in the hood was ??
was snitchin I ain't believe that, pa,
he helped me cop my first GSX-R
Had the four-runner, the Z, the 5 and the 3
Used to drive his truck through the hood draggin jet skis
From Gerald Wallace to Baby Wise,
don't be suprised Of how freely
I thought of names of games who dealt with pies Like L-A-N-Y's,
L got shot in the neck, then told us connect
Them niggas who shot 'em got 'em for ten bricks Fuckin Dominicans,
turned around and gave 'em more bricks
[Chorus]
That first verse is just a dose of the shit that I'm on Consider
this the first chapter in the ghetto's Quran
I know a lot of niggas that get dough
like Remmy and Joe And Prince and Rightous from Hillside
with the mole on his nose
Throughout my struggles through the hood,
I started learnin Life's a bitch,
with a pretty face,
but she burnin Man I'm a get cheese like Chaz
then run through wips like Cigar Gamble all the time
like country-curly head Prince and Tata Po-po under pressure too,
they know what they facin Go against crews like B-Bo and killers like Patty Mason
A lotta niggas I know been corrupted since birth
Enticed to rob nuns for fun,
for everything they worth
I know some cats that hail at old complexes like Cooley Wall
Together niggas stand and divided they fall Round here,
shook niggas they keep it in motion
Come around here with your rollie you can get robbed like Ocean Lord knows,
Tommy had loved and sold Helicopters,
Rolls Royces with Louie VaTonne interior Might sound like I'm fantasizin,
but son I'm dead serious Montanna was no dummy,
brought Benice to watch the money Had money out the ass,
he politic like the Asian FEDs couldn't catch him dirty so settled for tax evasion

[Chorus]
Yo, rest in peace to Rich and Ron,
money what they was about
yo The twins was some queens but got crazy cream with Alpo Throughout my time I heard tales of Himey,
Frenchy, Jamaican Pauly, Ducky Cally Rodney Bump and Chick,
shit
A lot a niggas flow the way I flow
but ain't been in the game all their life so
don't know who
I know
Writin rhymes is the best way I express how I feel
If I ain't rich by twenty-six,
I'll be dead or in jail
Comin up I heard sippin to much booze'll leave you confused
And if you watch the news you see playas in this game that lose
I'm forgettin Lefty and Jazz, Pretty Tony and Lance Head Lou, Mel son, Troy and E Money Bags
And a conversation over shrimp and lobster
And Benny Hiners heard Chico stopped boxin,
and started robbin diners Shout out to Clanvis and Clutch,
Bob Dre, Black Will If the flow don't kill you the Mac will
]Chorus]

HANG jEBAT WIRA?

Aku tertarik dengan satu komen balas terhadap entry aku sebelum ini. Memang, sebetulnya aku tidak menolak hal penderhakaan Hang Jebat terhadap Sultan didorong oleh faktor Sultan itu sendiri. Kita tahu bahawa Sultan berlaku bias dalam baginda menghukum Hang Tuah kerana tidak banyak melakukan kaji siasat. Dan natijahnya, diberitakan Hang Tuah telah mati dibunuh lalu Hang Jebat selaku penuntut bela telah menyerang balas kezaliman Sultan itu.

Kita harus melihat peristiwa ini melalui lebih dari satu sudut. Pertama, kenapa Sultan begitu alpa? Kedua, siapakah yang telah menghasut Sultan? Apakah tujuannya? Ketiga, respon kita terhadap tindakan memanda Bendahara menyembunyikan nyawa Hang Tuah dan kenapa beliau berbuat demikian. Adakah memanda tahu atau sudah menghidu akibat yang bakal berlaku?

Kita kesampingkan dahulu pendapat yang mengatakan Hikayat Hang Tuah sengaja ditulis (baca: dihikayatkan sedemikian rupa) untuk membangkitkan semangat Melayu selepas tahun 1511 Masihi. Dan kita terbalikkan situasinya untuk melihat keadaan hari ini.

Kita terima niat murni Jebat untuk menuntut bela kematian saudaranya. Kita faham perasaannya. Malah kita kagum dengan keberaniannya menyanggah perintah Sultan. Tapi bolehkan kita terima segala apa yang Jebat lakukan itu atas nama menuntut keadilan? Hang Jebat berjuang menuntut keadilan untuk seorang sahaja, bukannya seluruh isi negeri. Tapi implikasinya, seluruh negeri telah menjadi huru-hara. Sebabnya, Jebat memiliki kuasa yang telah disalahgunakan. Kita mendengar kesaktian Taming Sari, dan keris itu adalah lambang kekuasaan, simbol pengaruh yang hebat.

Kuasa dan pengaruh betul jika diletakkan di tangan yang betul. Hanya Hang Tuah yang tahu mengendalikan Taming Sari dan Jebat, dengan sisi hitam seperti yang diceritakan juga, yang ada dalam dirinya, telah gagal dalam ujiannya memegang kuasa tersebut. Hura-hara. Hanya huru-hara yang berlaku. Sultan, dan rakyat seluruh negeri Melaka pernah berduka dengan pemergian Hang Tuah dan kembali menyandar harap kepada Hang Jebat.

Hang Jebat waktu itu adalah simbol harapan baru kepada seluruh Melayu Melaka dan juga bangsa-bangsa lain yang menumpang tuah di bumi subur ekonomi tersebut. Tapi lihatlah apa yang berlaku. Hang Jebat terlalu beremosi dan penuh dengan dendam menuntut keadilan dengan beliau sendiri memberikan pengertian terhadap keadilan yang beliau mahukan itu. Sudahnya bagaimana?

Sekadar bertanya...



sekadar bertanya, mudah.andaikan saudara-saudara semua berada di sebuah tempat yg hanya ada dua buah sekolah.semua subjek sama diajar, kecuali subjek-subjek teras sains dan matematik.yang satu diajar dalam BI sepenuhnya oleh guru-guru Melayu, dan yang satu diajar dalam BM sepenuhnya.mahu dihantar ke mana anak-anak saudara semua kemudiannya? ingat, anak-anak adalah produk untuk masa depan yang punya hak.itu justifikasinya.

Friday, March 13, 2009

Hang Jebat Wariskan Golongan Penderhaka Hari Ini?

Mungkihkan, selepas apa yang sedang berlaku dalam arena politik negara hari ini ada hubung-kaitnya dengan peristiwa bersejarah yang pernah memeranjatkan dunia Melayu semasa emporium Melaka dahulu? Adakah pendapat yang mengatakan bahawa sejarah akan kembali berulang apabila tiba masanya adalah benar?

Sukar nak jawab sebab situasinya sendiri sudah tidak sama. Namun, setelah melihat aluran peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, ada yang berpendapat bahawa kita sedang melalui detik-detik kekecohan bangsa yang berulang. Ia adalah wajah-wajah yang tercebis daripada sejarah penderhakaan Hang Jebat, walaupun Sasterawan Negara Muhamammad Haji Salleh dan Kassim Ahmad, mantan sosialis yang tersohor, pernah menjungkirbalikkan sorotan kisah tersebut ( aku menganggap kisah kerana aku sendiri belum menjumpai sebarang bukti kukuh yang valid tentang peristiwa tersebut melainkan hanya catatan dalam Sejarah Melayu yang juga masih menjadi spekulasi, namun, kerana ia telah menjadi etos politik Melayu sejak dahulu, maka, aku beranggapan boleh dibahaskan, dengan pandangan aku sendiri).

Berdasarkan kisah tersebut, Hang Jebat telah membuntingkan (?) 40 orang (?) atau lebih gundik raja (gadis?) di istana selepas beliau berjaya menakluk istana raja pada masa tersebut. Kita cuma mendengar, ataupun membaca tentang kisah ini kerana dalam filem sekalipun tidak disentuh isu ini secara terus. Justeru sumber yang valid agak sukar, namun seperti kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Dan aku juga yakin ramai di luar sana yang tertanya-tanya akan duduk benar perkara ini, atau lebih tepat kisah ini.

Mengambil sikap sekadar mahu bertanya dan berfikir, secara biologi, dan secara prinsip Melayunya pula berdasarkan pepatah tersebut, maka aku mahu tahu apakah kesudahan nasib bagi kesemua gadis yang dibuntingkan itu? Si penderhaka kita tahu mati di bunuh oleh si setia. Tetapi ada dikisahkankah yang empat puluh orang itu?

Aku menantikan Faisal Tehrani merungkaikan persoalan ini, namun, walaupun beliau sering menggunakan fakta sejarah yang kadang-kadang dijungkirbalikkan juga, sehingga kini aku belum menemui buah fikiran beliau dalam hal ini. Kajian ilmiah juga nampaknya tidak menyentuh isu ini, justeru aku terus berfikir.

Pertama, secara biologi, jika dibuntingkan, maka adalah zuriat yang akan lahir sembilan bulan selepasnya, atau kurang atau lebih. Maka secara matematiknya, akan lahirlah 40 orang bayi lelaki, atau perempuan, atau mungkin jumlahnya lebih, atau mungkin juga kurang daripada jumlah induk kesemuanya. Maka akan berbinkanlah semuanya, walaupun anak luar nikah itu tiada berbapa ia pada hukum, dengan Hang Jebat (Faisal Tehrani pernah menggunakan nama Hang Ji Bat untuk figura ini). Selesai.

Jika didalami, akan kita temui pula bahawa darah yang alir dalam tubuh setiap bayi tersebut ialah darah kepahlawanan, pada satu segi, dan pada segi yang lain pula ialah darah sang penderhaka juga. Darah itu darah yang berani. Darah itu juga yang akan membesarkan bayi-bayi tersebut.

Maka kemanakah pula darah-darah tersebut akan mengalir setelah sampai masanya? Adakah bayi-bayi tersebut mati kesemuanya? Jika hidup, berzuriatkah mereka sebagaimana manusia biasa yang lain? Berkembangkan mereka sebagai satu generasi Melayu? Adakah mereka menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu yang membenihkan generasi Melayu yang ada hari ini?

Aku melihat ini sebagai satu yang menarik kerana, selain darah, kita juga secara generalisasinya, mewarisi sesetengah sikap dan pemikiran oleh nenek moyang kita dahulu, khususnya melalui orang tua kita. Mungkihkan golongan yang menderhaka kepada sultan dan raja pada hari ini, seperti yang berlaku sekarang di Perak, adalah warisan sikap, pemikiran dan semangat melulu yang berpaksikan dendam semata-mata seperti yang ditunjukkan oleh Hang Jebat? Atau lebih dahsyat, mungkihkah mereka ini sebenarnya mewarisi darah haram daripada Hang Jebat yang mengalir dalam jasad 40 orang bayi tersebut?

MENCARI BAKAL PM TERBAIK SELEPAS ERA TUN

Bukanlah nak cakap aku kenal semua, tapi kalaulah aku disuruh pilih siapakah yang layak untk menjadi PM selepas DS Najib nanti, insya-Allah, aku senaraikan dua nama sahaja untuk dipertimbangkan sebelum memilih hanya yang terbaik. Tolak faktor usia maka aku letakkan yang didepan sekali ialah ayahnda NC USM, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, dan dibelakangnya, Hishamuddin Tun Hussein. Kedua-dua mereka orang ilmuan dan akademia. Dan kedua-dua mereka lebih layak kalau nak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim andainya beliau masih bercita-cita mahu menjadi PM Malaysia. Insya-Allah, jika ada ruang dan kelapangan nanti aku ceritakan kenapa aku memilih dua tokoh penting malaynia ini sebagai teraju utama kerajaan kita.

Thursday, March 12, 2009

Inconsistent, insensitive translations of ‘Allah’

THE use of the term "Allah" has captured the attention of the media again. Of late, even a newspaper from down south carried a commentary on the issue. The slant is usually political, and not religious, and does not throw any new light on the issue. It also does not appeal to the intellect; instead, it seems to border more on emotions that further confuse the issue.

To all Muslims the term "Allah" is laden with the concept of Tauhid – that Allah is "the One and Only" as defined in the Quranic language, which happens to be Arabic. Allah cannot be understood without this concept of his oneness. Any attempt to do so will amount to a vulgarism of sort, and an affront to Muslims.

Moving forward, let us briefly try and understand the reasons for Muslim misgivings by using the Bahasa Indonesia version which is translated from the English New King James Version and authorised by Konperensi Waligerja Indonesia (Edition, 2004). Let us randomly take The Gospel according to Luke, translated as Injil Lukas, to briefly illustrate the point.

In Luke, "God" is generally substituted by "Allah", whereas "Tuhan" is commonly used to substitute "the Lord". Note the article "the" applies to "Tuhan," but not to "Allah". Hence, where there is "the Lord God" in the English version, it becomes "Tuhan Allah". "The Lord their God" becomes "Tuhan, Allah mereka". Note the use of a comma!

On some occasions though, "God" is also translated as "Tuhan", though "God" in this example does not carry the article "the" as in "the Lord". So does it mean there is a time when "God" is not "Allah"? Or that "Tuhan" is "Allah" after all?

Yet, on other occasions, "Allah" is used as substitute for "the LESUS." But then, "the LESUS your God" is rendered as "Tuhan, Allahmu" – note again the comma!
Just from these few random examples, one can already sense the complexity and confusion in the use of "Allah" in the translated version.

To make matters even more confusing, the biblical name "Mary" is rendered as "Maria" – when the Quranic equivalent would have been "Maryam"; And "John" as "Yohanes" instead of "Yahaya." Or for that matter "Gabriel" is not even translated but kept as it is. The Quranic "Jibrail" as an equivalent is not even considered! How about "Jesus" himself? Why is this rendered as "Yesus", rather than "Isa"? In the Quran both are the son of Mary or Maryam.

If the worry is that the use of the word "Isa" in the Quran is limited only to him being the son of man and not of Allah; unlike what is understood for the biblical "Jesus" – then should not the same consideration and sensitivity for Muslim feeling be shown when "Allah" is used in the translation, without any concern for the Quranic Tauhidic concept. This inconsistency, indifference and arrogance is rather obvious when it comes to the biblical "the Son of God" and the use of "Anak Allah" as an equivalent in the translation – something which is conceptually outright not acceptable to Muslims. In fact, it tantamounts to the denial of the concept of "Allah" as explained in the Quran, Surah Al-Ikhlas 112: 3 that "He begets not, nor was He begotten. And there is none co-equal or comparable to Him".

The consequence of this translation will be that Muslims will be confronted with blasphemous ideas that Allah has a son; that Allah’s son was born in the manger; that Allah’s son was crucified; that Allah’s son died for all of us. This may have public order implications under section 298 of the Malaysian Penal Code which forbids the wounding of religious feelings.

As it stands, the use of "Allah" the way it is can only arouse suspicions as to why an Arabic word is used for an Indonesia-Malay translation of the Gospel. Why not use the Hebrew or Armenia equivalents, instead?

To add on to this suspicion is why there is no insistence that examples in the fore-mentioned names be substituted with the Arabic equivalent, including places like "Jerusalem" which is substituted by "Yerusalem" which is not the name in Arabic either.
On the contrary, there are biblical names that are readily rendered to the equivalent Arabic in the translation. The examples are numerous, for instance: David as Daud; Zacharias as Zakharia; Aaron as Harun; Joseph as Yusuf; Moses as Musa; law of Moses as Taurat Musa (though, more appropriately it should have been "hukum Musa", since there is the specific term "Torah" for "Taurat").

The final straw is when the patriarch "Abraham" who is the fountain head for Judaism, Christianity and Islam is also not rendered to Arabic "Ibrahim" – but left as "Abraham". Here, the inconsistencies, inaccuracies and insensitivities in the use and misuse of the word "Allah" become even clearer. And this must be the concern of all.



Tan Sri Professor Dzulkifli Abdul Razak is Vice-Chancellor of USM.

MEMARTABATKAN BANGSA MELALUI BAHASA?


Bahagian 2

MELAYU AKAN PUPUS?

Prof. Anthony Milner, ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Australia dalam buku beliau The Malays, meramalkan bahawa manusia-manusia Melayu yang ada pada alaf ini akan pupus dan lenyap dan tinggal sebagai yang pernah ada nama dan catatan dalam sejarah sahaja.

Mengulas isu ini, Raja Nazrin Shah, sewaktu melancarkan buku tersebut di UKM pada 10hb Februari 2009, menyeru dengan bertitah ; Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan. Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai.

Bagi aku, yang pertama-tama akan pupus ialah Melayu-melayu yang ada dalam PKR, kemudian PAS, diikuti PMN dan seorang dua lagi dalam DAP. Mereka bukan pupus atau lenyap dari muka bumi, atau hilang di negara sendiri, tapi mereka pupus daripada parti-parti tin kosong tersebut. Mereka akan berduyun-duyun menyertai UMNO dan berjuang untuk bangsa dan agama dalam erti kata yang tulen, menentang kekafiran yang dibawa oleh rakan-rakan mereka sendiri.

Kenapa UMNO? Kerana inilah parti wadah ketuanan Melayu yang unggul yang berjuang memastikan tidak Melayu akan hilang. Anthony Milner benar pada kajiannya, tapi kita sebagai bahan kajiannya itu bertanggungjawab memastikan semua itu tidak akan berlaku. Sungguh malang jika orang luar sudah begitu berani menganalisis tentang bangsa kita sedemikian sekali, malah menentukan pula takdir kita selepas ini.

Yang pertama-tama akan masuk UMNO ialah pemimpin parti-parti tersebut, kemudian diikuti oleh para pengikut mereka pula.

Shhh...Jangan Tegur!!!


Aku sempat meluangkan masa sebentar tadi untuk menonton filem seram terbaru, Jangan Tegur yang mungkin masuk pawagam bulan April nanti. USM merupakan destinasi tayangan perdana yang pertama, dan kami merupakan penonton terawal yang menyaksikan keseraman filem ini. Tahniah dan terima kasih kepada tenaganita warga desasiswa Saujana yang membawakan tayangan perdana ini ke DTSP. Anda buktikan kredibiliti wanita untuk berkerja kepada masyarakat.

Aku tak mahu mengulas filem ini, tetapi jujurnya, inilah filem seram terbaik karya krew tempatan yang pernah aku tonton. Sangat memberi kesan. Aspek solekan begitu menjadi dan mutu lakonan watak-watak hantunya juga sungguh mengagumkan sekali gus berjaya menutup sisi-sisi tempang filem arahan Pierre Andre ini. Kali ini, selepas menonton Congkak dan JPB, aku semakin percaya dengan kebolehan pengarah muda ini. Ada aspirasi yang boleh diharapkan untuk menyemarakkan industri filem nasional.

Tahniah kepada filem ini. Dan tahniah juga kepada warga Saujana. Kita tunggu Syurga Cinta pula selepas ini.



SINOPSIS FILEM JANGAN TEGUR

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus.

Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.

MEMARTABATKAN BANGSA MELALUI BAHASA?

Bahagian 1

Ada seperti nampaknya apung-apung. Itulah yang sedang berlaku hari ini. Ada semacam gangguan besar kepada usaha kerajaan untuk mencapai matlamat melalui pelaksanaan dasar PPSMI, dan gangguan ini beralun seperti gelombang yang sangat berani. Pantai sudah dihempas. Dan hari ini, mereka benar-benar menjadi Melayu yang boleh berfikir dengan menggunakan akar-akar akal falsafah nenek moyang iaitu jangan sampai nasi menjadi bubur. Ya, yang dimahukan mereka ialah nasi yang tidak akan menjadi sekali-kali seperti sudah bubur.

Ada tangga hendak memanjat tiang, malangnya aluran itulah yang mereka gunakan. Gelombang itu mereka amukkan di pesisir jalan tanpa menghiraukan kepentingan pembayar-pembayar cukai negara. Mereka gunakan segala yang boleh tanpa segan silu. Asalkan terlampias maksud suara yang terhambur. Tak cukup itu, ditempurkan penerima-penerima gaji yang sentiasa setia mempertahankan keamanan. Jika penerima-penerima gaji yang setia ini boleh bersuara menjerit-jerit seperti mereka, pasti akan terpacul nasihat supaya balik sahaja dan kembali berkerja untuk menyara anak-anak di rumah. Sehari, atau sepagi diluangkan di jalanan semata-mata untuk bermarah-marahan terhadap satu dasar yang akan menguntungkan anak-anak mereka sendiri kelak, adalah sesuatu yang hanya membuburkan nasi, dan mereka sekarang, saat ini, tentu sedang sedar akan nasi-nasi masa mereka yang telah menjadi bubur-bubur kenangan hitam yang bakal dibukukan sejarah.

Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. Ke mana hilangnya budi pekerti ini? Dengan tutup-tutup kepala yang putih bersih yang dipakai segelintir daripada mereka, yang dengan sekali pandang tahu oleh kita bahawa mereka ini tentu sekali Melayu yang Islam, kita seperti mahu bertanya Melayukah mereka ini dalam erti kata yang mereka cuba sampaikan melalui gelombang sepagi tersebut? Kalau benar Melayu yang Islam, tentu mereka tahu bahawa mengucapkan sesuatu pendapat dengan halus merupakan salah satu ciri orang yang beriman, berketurunan mulia dan berakhlak tinggi kerana itulah nilai sang Melayu. Apabila bermarah-marahan, menunjuk-nunjukkan perasaan di jalanan, bertempik bersorak di depan khalayak, Melayukah? Sedang tuan-tuan guru pun ada mentarbiahkan bahawa sifat si muslim bagus jika bercakap dan berhujah dengan sopan dan penuh santun dan tersimpul rasa malu di air muka dan sudut hati, tapi berani dan tajam kata-kata. Berdemonstrasi? Itu demokrasi barat.

Tuesday, March 10, 2009

SOKONG PPSMI

Agak panas sehari dua ini. Isunya, PPSMI. Kita dipanaskan oleh gelagat mereka yang berada di sebelah pihak yang menentang dasar ini. Kita dipanaskan oleh desakan mereka supaya dasar ini dihapuskan. Kita seolahnya dibakar supaya turut terasa bahang desakan yang mereka bawa. Golongan ini tidak sedikit dan mereka menamakan diri perjuangan mereka sebagai GERAKAN MANSUH PPSMI (GMP). Kita ambil maklum kerana jumlah mereka yang bukan sedikit itu adalah lambang kepada kesatuan suara rakyat yang mahukan perhatian daripada kerajaan.

Tapi persoalannya, perlukan hala tuju pendidikan diheret ke jalanan. Perlukan didemontrasikan perasaan marah dan penuh desakan itu sedemikan rupa? Ramai yang masih ingat lagi dengan sajak puitis A. Samad Said khusus untuk Tun. Malah A. Samad Said deklamasikannya dengan penuh penghayatan. Bila? Tak lama selepas Tun mencadangkan idea dasar PPSMI tersebut. Bila? Lebih kurang tujuh lapan tahun yang lalu. Sungguh lama.

Lagi, betulkah tindakan golongan ini? Ada yang berkata bahawa GMP bukan didalangi orang politik, kalau ada pun mereka berkecuali dalam hal ini. Betulkah? Bolehkah soal pemikiran dan ideologi disisihkan oleh mereka yang berkenaan? Kalau boleh, kenapa ada kekasaran? Siapa yang mengapi-apikan isu ini?

Lagi, betulkah kenyataan individu paling penting dalam isu ini seperti yang termuat dalam sesetengah laman blog?(baca disini http://tehranifaisal.blogspot.com/) Kalau benar, kenapa tidak ada kenyataan yang panjang lebar sebelum berlaku demontrasi tersebut? Kenapa selepas dipanaskan oleh media, baru beliau mahu berkata-kata? Panjang sungguh isi hatinya yang diluahkan. Mahu saja ditanya, produk pendidikan negara manakah yang beliau terima dan praktikkan sehingga begitu cerdik dan disegani hari ini? Yang berdemo pun mahu saja ditanya, mereka sebelum ini tidak menerima pendidikankah?

Ada sejumlah besar, majoriti sebetulnya, yang mengundi untuk kerajaan yang memerintah hari ini. Tolong sedar akan hal ini. Yang mengundi ini tentu sekali mahukan pembaharuan tersebut diteruskan. Kenapa suara golongan majoriti ini langsung tidak dipedulikan? Mereka yang mengundi kerajaan Malaysia hari ini tentu sekali celik dan sedar akan hala tuju anak-anak mereka. Dan tentu sekali mereka mahukan tidak ada ganggu gugat terhadap dasar yang baru dilaksanakan tersebut. Mereka memberikan keyakinan kepada sebuah kerajaan yang komited dengan harapan yang ditaburkan kepada rakyat. Tolong fikirkan hal ini. Jangan gerakkan suara majoriti supaya melakukan hal yang lebih dahsyat daripada GMP lakukan Sabtu lalu.

GERAKAN SOKONG PPSMI (GSP)

kawan-kawan, ayuh sokong sepadunya PPSMI demi survivor anak-anak kita kelak.

Wednesday, March 4, 2009

promise, u are...

Dia sekali ada beritahu aku, barangkali kurang lebih beginilah bunyinya, dan aku duga benar itulah yang dia maksudkan, kerana dia nyatakan maksudnya juga, katanya begini:

“You are not my first, but I’m promise you are the last…(for me)..”

Senyum. Ku Tanya siapa ‘you’?

Katanya, aku.

Lalu aku katakan begini, dengan izinya, begini sekali:

“You are my first, but i’m promise there are no others after you...(just you)..”

Senyum.

Aku faham sekali. Setiap kita, setiap aku dan kami, keduanya, ada masa silam. Masa silam yang pernah mencorakkan, dengan erti, tentang erti kehidupan. Masa silam itu kini jadi semacam pengalaman. Hanya pengalaman. Lalu dengan izin kita, setiap dari kita, sendiri, lalu pengalaman itu jadi kenangan. Aku tanya, kepada semua, kita mahu kenangan itu hidup dengan kita atau kita mahu hidup terus dengan kenangan itu?

Aku juga ada kenangan. Tapi kenangan bagi aku hanya ruang. Ia hidup. Ia tak boleh mati atau kamu sengaja mahu matikannya, jika. Dan kalau boleh, nyata kamu kejam pada diri.

Aku beritahu dia, ada kenangan bermakna kamu ada kehidupan.

Aku beritahu diriku, seperti aku, dia juga ada kenangan. Biarkan dan aku tak perlu masuk dalam dirinya untuk lihat apa kenangannya jika dia tidak berkira-kira mahu berkongsi, selagi itu.

Dia adalah cinta pertamaku, meskipun dia tahu juga aku sendiri ada kenangan. Seperti juga dia. Dan seperti sebaris ayat yang dia berikan itu, aku juga memberikan erti yang sama.

Aku cuma ada dia. Dan yang aku perlukan untuk mencipta ruang-ruang yang lebih bagus dan indah, hanya dia. Bagi aku, dia sukar untuk dicari ganti. Dia sukar untuk dimiliki. Dia sukar untuk ditemui lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...