Followers

Wednesday, March 25, 2009

DeGiL..kerDiL..


Aku melihat ada seekor burung degil sekali terbang membelah senja matahari. Ada kerdipan sebutir bintang juga. Dan sesabit purnama.

Aku melihat burung itu semakin kecil. Di kaki langit yang terbentang itu, burung itu tidak pernah penat. Senja datang, dan ia akan terbang. Aku melihatnya setiap kali senja datang. Dan setiap kali itulah, ia terbang. Arahnya sama. Ke kaki langit. Ke arah senja memencarkan ufuk merahnya. Ke sudut alam. Ke sudut siang hujung hari.

Aku lihat dan melihat. Alam ini, katanya, kerdil. Sekalimah suci lalu ia jadi. Alam ini, kerdil sekerdil inderaku yang melihat. Sejauh burung itu terbang dan hilang, begitu, hilang juga kudratku untuk terus melihat. Alam ini siangnya panjang tapi panjangnya berpenghujung. Penghujungnya di kala senja. Tandanya oleh burung itu. Ia terbang pulang. Ia hilang dipandang. Bila jauh ia terus halus dan hilang. Itulah alam.

Aku melihat diriku. Dalam kelam ini aku nampak jasadku mula membayang. Terbias oleh merah senja. Tapi bayang ini pasti akan hilang. Sebentar lagi, hilanglah. Dan alam akan gelap. Malam datang. Burung tadi hilang. Aku belum pulang.

Aku harus pulang. Aku mesti pulang. Kenapa???


Ye laa...kang tak pepasal mak aku marah. Dah senja camni tak nak pulang lagi sembahyang maghrib....huhu. ok...bye.

4 comments:

Anonymous said...

ntah pape la ko ni..

Haprak melayu..pembela melayu konon..khakk ptuihh..

Pancasara said...

Hapa masalah anonymous kat atas nih?

Pancasara said...
This comment has been removed by the author.
Pancasara said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...