Friday, March 13, 2009

Hang Jebat Wariskan Golongan Penderhaka Hari Ini?

Mungkihkan, selepas apa yang sedang berlaku dalam arena politik negara hari ini ada hubung-kaitnya dengan peristiwa bersejarah yang pernah memeranjatkan dunia Melayu semasa emporium Melaka dahulu? Adakah pendapat yang mengatakan bahawa sejarah akan kembali berulang apabila tiba masanya adalah benar?

Sukar nak jawab sebab situasinya sendiri sudah tidak sama. Namun, setelah melihat aluran peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini, ada yang berpendapat bahawa kita sedang melalui detik-detik kekecohan bangsa yang berulang. Ia adalah wajah-wajah yang tercebis daripada sejarah penderhakaan Hang Jebat, walaupun Sasterawan Negara Muhamammad Haji Salleh dan Kassim Ahmad, mantan sosialis yang tersohor, pernah menjungkirbalikkan sorotan kisah tersebut ( aku menganggap kisah kerana aku sendiri belum menjumpai sebarang bukti kukuh yang valid tentang peristiwa tersebut melainkan hanya catatan dalam Sejarah Melayu yang juga masih menjadi spekulasi, namun, kerana ia telah menjadi etos politik Melayu sejak dahulu, maka, aku beranggapan boleh dibahaskan, dengan pandangan aku sendiri).

Berdasarkan kisah tersebut, Hang Jebat telah membuntingkan (?) 40 orang (?) atau lebih gundik raja (gadis?) di istana selepas beliau berjaya menakluk istana raja pada masa tersebut. Kita cuma mendengar, ataupun membaca tentang kisah ini kerana dalam filem sekalipun tidak disentuh isu ini secara terus. Justeru sumber yang valid agak sukar, namun seperti kata pepatah, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Dan aku juga yakin ramai di luar sana yang tertanya-tanya akan duduk benar perkara ini, atau lebih tepat kisah ini.

Mengambil sikap sekadar mahu bertanya dan berfikir, secara biologi, dan secara prinsip Melayunya pula berdasarkan pepatah tersebut, maka aku mahu tahu apakah kesudahan nasib bagi kesemua gadis yang dibuntingkan itu? Si penderhaka kita tahu mati di bunuh oleh si setia. Tetapi ada dikisahkankah yang empat puluh orang itu?

Aku menantikan Faisal Tehrani merungkaikan persoalan ini, namun, walaupun beliau sering menggunakan fakta sejarah yang kadang-kadang dijungkirbalikkan juga, sehingga kini aku belum menemui buah fikiran beliau dalam hal ini. Kajian ilmiah juga nampaknya tidak menyentuh isu ini, justeru aku terus berfikir.

Pertama, secara biologi, jika dibuntingkan, maka adalah zuriat yang akan lahir sembilan bulan selepasnya, atau kurang atau lebih. Maka secara matematiknya, akan lahirlah 40 orang bayi lelaki, atau perempuan, atau mungkin jumlahnya lebih, atau mungkin juga kurang daripada jumlah induk kesemuanya. Maka akan berbinkanlah semuanya, walaupun anak luar nikah itu tiada berbapa ia pada hukum, dengan Hang Jebat (Faisal Tehrani pernah menggunakan nama Hang Ji Bat untuk figura ini). Selesai.

Jika didalami, akan kita temui pula bahawa darah yang alir dalam tubuh setiap bayi tersebut ialah darah kepahlawanan, pada satu segi, dan pada segi yang lain pula ialah darah sang penderhaka juga. Darah itu darah yang berani. Darah itu juga yang akan membesarkan bayi-bayi tersebut.

Maka kemanakah pula darah-darah tersebut akan mengalir setelah sampai masanya? Adakah bayi-bayi tersebut mati kesemuanya? Jika hidup, berzuriatkah mereka sebagaimana manusia biasa yang lain? Berkembangkan mereka sebagai satu generasi Melayu? Adakah mereka menjadi sebahagian daripada rumpun Melayu yang membenihkan generasi Melayu yang ada hari ini?

Aku melihat ini sebagai satu yang menarik kerana, selain darah, kita juga secara generalisasinya, mewarisi sesetengah sikap dan pemikiran oleh nenek moyang kita dahulu, khususnya melalui orang tua kita. Mungkihkan golongan yang menderhaka kepada sultan dan raja pada hari ini, seperti yang berlaku sekarang di Perak, adalah warisan sikap, pemikiran dan semangat melulu yang berpaksikan dendam semata-mata seperti yang ditunjukkan oleh Hang Jebat? Atau lebih dahsyat, mungkihkah mereka ini sebenarnya mewarisi darah haram daripada Hang Jebat yang mengalir dalam jasad 40 orang bayi tersebut?

6 comments:

Anonymous said...

ehmm...mungkin jugak kan

Anonymous said...

ni klo prof.muhammad hj salleh baca sah dia bengkek je ni..huhu

rizuan mh said...

aku bukan berhajat nak mencabar prof.M Hj. S tapi aku sekadar bertanya sahaja..sbb kadang2 pemikiran sasterawan ni sering menongkah norma kita sendiri.mereka cuba menjadi yg lain dengan mencipta ruang baru yg bukan biasa/norma dalam masyarakat kita sendiri, sedangkan mereka tahu situasinya.mereka ada faktanya

Anonymous said...

ko ni main bedal je kan..pandai je kan.aku rasa ko ni banyak sangat berfikir tp ape yg ko fikir tu hampas je.nak jadi doktor ambik la medik kat KK sana

Anonymous said...

Cetek ilmu atau belum habis belajar? Sasterawan itu seorang budayawan. Sasterawan itu satu ketamadunan. Kamu, manusia lupa diri, tiada jati diri!

Anonymous said...

hurmmm... anynomous, apa kata tampilkn diri anda dan berbincang scr intelektual n profesional. klu anda rsa yg saudara rizuan ini serba kurang, kongsilah apa yg anda tahu spya bley dpt jd teladan. ni x, asyik2 nk selar sumer knyataan yg dibuat; baling batu sembunyi tgn, kn??

buat rizuan;
aku xnak kata pndpt ko salah. sumer org berhak ckp pndpt diaorg. p, ko kna imbas gak blk apa yg kita tu n xtau sal ceta sbnr pderhakaan tu. aku sndr rsa aku x layak nk hukum sapa2, tp bg aku, 'raja adil mmg ptt disembah, raja yg zalim mmg ptt disanggah'. harus diingt, zalim bmksd, mletakkn sesuatu x pd tmptnya. skrg kita akui n sanjungi, raja sbg simbol agama, itu yg utama. tp, tgk keadaan skrg... lu pikirlah sndri!

sory, pnjg n tergantung. tp aku ptt biarkn suma org utk berfikir n kaji sndri... krg slh ckp, aku lak yg korang slhkn. huhuhu... anyway, ni pndpt je yek... aku bkn sesape... xnak dgr?? tutup telinga! hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...