Wednesday, March 4, 2009

promise, u are...

Dia sekali ada beritahu aku, barangkali kurang lebih beginilah bunyinya, dan aku duga benar itulah yang dia maksudkan, kerana dia nyatakan maksudnya juga, katanya begini:

“You are not my first, but I’m promise you are the last…(for me)..”

Senyum. Ku Tanya siapa ‘you’?

Katanya, aku.

Lalu aku katakan begini, dengan izinya, begini sekali:

“You are my first, but i’m promise there are no others after you...(just you)..”

Senyum.

Aku faham sekali. Setiap kita, setiap aku dan kami, keduanya, ada masa silam. Masa silam yang pernah mencorakkan, dengan erti, tentang erti kehidupan. Masa silam itu kini jadi semacam pengalaman. Hanya pengalaman. Lalu dengan izin kita, setiap dari kita, sendiri, lalu pengalaman itu jadi kenangan. Aku tanya, kepada semua, kita mahu kenangan itu hidup dengan kita atau kita mahu hidup terus dengan kenangan itu?

Aku juga ada kenangan. Tapi kenangan bagi aku hanya ruang. Ia hidup. Ia tak boleh mati atau kamu sengaja mahu matikannya, jika. Dan kalau boleh, nyata kamu kejam pada diri.

Aku beritahu dia, ada kenangan bermakna kamu ada kehidupan.

Aku beritahu diriku, seperti aku, dia juga ada kenangan. Biarkan dan aku tak perlu masuk dalam dirinya untuk lihat apa kenangannya jika dia tidak berkira-kira mahu berkongsi, selagi itu.

Dia adalah cinta pertamaku, meskipun dia tahu juga aku sendiri ada kenangan. Seperti juga dia. Dan seperti sebaris ayat yang dia berikan itu, aku juga memberikan erti yang sama.

Aku cuma ada dia. Dan yang aku perlukan untuk mencipta ruang-ruang yang lebih bagus dan indah, hanya dia. Bagi aku, dia sukar untuk dicari ganti. Dia sukar untuk dimiliki. Dia sukar untuk ditemui lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...