Tuesday, July 14, 2009

Agenda Tersirat Di Sebalik Khidmat Jaringan Sosial Maya Global – Seronoknye ehmm..

Mutakhir ini, rata-rata kita sedang asyik dan leka dengan keseronokan menambah kenalan dan berjaringan secara maya dengan teman-teman tersayang. Tapi sedarkah kita, di sebalik semua dinding jaringan sosial tersebut – Facebook, Friendster, MySpace, Tagged etc.- terdapat banyak agenda tersirat yang sangat berbahaya?

Kita biasa lihat di kaca televisyen atau di layar besar bagaimana canggihnya, atau betapa pantasnya pihak risikan seperti CIA, Mi6 ataupun KGB mendapatkan maklumat individu walau di ceruk mana sekalipun mereka berada. Itu yang tergambar di filem-filem atau siri drama penyiasatan yang pernah kita lihat. Bagi kita, ia cuma plot yang sengaja diadakan supaya segala yang dibobrokkan nampak hebat dan gah.

Tapi pernahkah kita terfikir, semua itu memang benar-benar berlaku? Biasa baca berita di dada-dada akhbar tentang bagaimana Interpol, CIA atau badan-badan perisikan yang lainnya memburu dan menangkap penjenayah? Apakah akses yang mereka miliki sehingga segalanya menjadi begitu mudah dan pantas? Adakah dengan hanya bergantung kepada satelit risikan semata-mata? Jika begitu, bagaimana pula mereka mampu memiliki data atau profile peribadi kita dengan tepat dan betul?

Tanpa kita sedar atau perasan, kewujudan khidmat-khidmat jaringan sosial seperti itulah yang membenarkan segala data peribadi dan profile kita diakses oleh setiap badan perisikan utama dunia pada hari ini. Apabila kita memuatkan apa-apa juga maklumat tentang diri, ahli keluarga, alamat, nombor telefon, e-mel atau apa-apa sahaja lagi, secara murah hatinya kita telah memberikan data-data yang sememangnya amat-amat-amat-amat dicari oleh badan-badan perisikan tersebut. Bagaimana pula? Temberang je kot...suka hatilah.

Bagi yang enggan percaya akan hakikat ini, mereka mungkin akan menggunakan pelbagai hujah. Misalnya, bagaimana mungkin segala maklumat dan data peribadi kita boleh diakses, dicuri atau dimuat-turun dengan mudah sedangkan setiap perkhidmatan yang disediakan lengkap dengan ciri-ciri keselamatannya seperti penggunaan ID dan kata laluan atau password? Bagaimana semua maklumat kita boleh diakses kalau hanya kita sahaja yang tahu cara untuk mengaksesnya?

Dan lagi, kalaulah benar begitu, maka segala jaminan keselamatan yang dinyatakan semasa mendaftar mel elektronik dengan Yahoo atau Google, misalnya, hanya tipu semata-matalah? Takkan laa kot macam tu...ok, suka hati.

Cuba fikir yang ini pula, siapakah yang mencipta segala sistem yang digunakan dalam perkhidmatan-perkhidmatan tersebut? Apakah pula tujuannya yang sebenar? Mengimbau sejarah terwujudnya semua ini mungkin memakan masa dan ruang, tapi saya akan cuba pengaruhi anda dengan cara yang lebih mudah tetapi rinci.

Sistem-sistem yang dibina ini tentunya mempunyai pengendalinya yang tersendiri, atau administrator. Pengendali-pengendali ini pula tentunya tahu dari pucuk hingga ke akar tentang sistem-sistem yang mereka bina tersebut. Jika kita yakin bahawa password kita selamat, tapi bolehkah kita ragu-ragu, atau sekadar bertanya, siapakah yang mencipta sistem kata laluan dan untuk apa? Jawapannya tentu BOLEH. Kenapa? Kerana ia memang disengajakan demikian supaya kita berasa yakin dan lega, tapi hakikatnya, kita sedang diperdayakan.

Sedikit juga untu renungan bersama, sama ada kita tahu ataupun tidak, khidmat-khidmat jaringan sosial ini sememangnya dibina ketika pihak-pihak ‘polis dunia’ seperti Amerika Syarikat, Zionis Israel, Kremlin, Britain dan sebagainya lagi sedang berasa terancam dengan pertambahan mendadak umat Islam dan bangsa-bangsa lain yang dianggap boleh memberikan implikasi buruk kepada mereka. Lalu, sebagai alternatif pantas, mereka membina sistem-sistem yang boleh mengumpul segala data dan maklumat peribadi orang ramai sehingga melangkaui batas sempadan negara dan geografi manusia dengan mudah.

Dan terbukti hasilnya apabila kita dengan mudah memasuki perangkap-perangkap yang dipasang ini atas nama ukhwah, atas dasar menautkan silaturrahim sesama kita, atas perasaan kasih dan sayang, atas nama mendekatkan yang jauh. Memang benar, kita telah mendekatkan diri kita yang jauh ini sedekat-dekatnya dengan pihak musuh, bahkan kita menjalin ukhwah secara tak langsung pula dengan mereka. Tergamakkan kita? Belum puas? Suka hatilah..

Biar saya tambah sikit lagi, tahu tak, hatta dengan satu pesanan atau mesej atau komen pun, yang kita rasa cukup-cukup-cukup-cukup personal lagi rahsia (antara kau dan aku sahaja), sebenarnya ia sudah dapat diimbas dan diterjemah oleh perisik-perisik seperti yang disebutkan diatas? Kenapa? Rasa macam dalam filem? Suka hatilah...Bukan nak menghasut tetapi nak ajak renung-renung cuma.

Akhir, mungkin saudara saudari mempunyai kelapangan untuk menyelidik sendiri siapakah di sebalik semua ini? Siapakah sebenarnya yang merancang semua ini? Atau nak lagi best, carilah siapa taikun sebenar yang menguasai alam siber ketika ini termasuk media-media utama dunia seperti CCN, BBC, Fox dan sebagainya. Nak lagi –lagi-lagi best, cari pula apakah bangsanya. Dan dengan satu ingatan juga, usaha dan carilah sendiri apakah perkaitan semua ini. Fikirlah secara kritikal walaupun sekejap ketika banyak masa kita diluangkan untuk berseronok.

7 comments:

abu musarrif bin abu bakar said...

fuh,betoi la..cik wan buat saya tefikir sekejap..kita kena cari penyelesaian ni..hem

rizuan mh said...

salam abu, tenkiu..actly benda ni dah lama sangat tapi kita ja tak perasan.kalau perasan pun, saja buat tak endah.ye laa, sebab terlampau seronok dan leka..sapa yang tak suka kalau dpt berkenalan dgn ramai kawan, jalin ukhwah..sapa yg x sayugia di hati kalau dapat berkasih sayang dgn yg tersayang ketika jarak jd penghalang..sapa yg x gumbira kalau satu dunia boleh tahu pasal diri kita dan yg tersayang, untung-untung boleh pula glemer..

sekadar mencelah said...

seperkara, IP kita sentiasa terdedah setiap kali kita online..jadi, hati-hatilah. tiada yang rahsia bila kita guna benda alah ni semua..

teknologi dicipta oleh manusia, jadi, jgn jadi hamba kpd teknologi. biar ia jadi hamba kepada kita..

Anonymous said...

salam, nak tanya, ni semua teori saudara sendiri ataupun ada asas?

Anonymous said...

yg tulis ney pun xkan xde gak fs ke, fb ke, ms ke...hehe

Anonymous said...

ade..die pn ade fs..same je..

rizuan mh said...

suka hatilah nak percaye ke tak, tapi saye cume nak bgtau je..x ckp pun x boley layan sume tu..asalkan tahu jage batas diri, tu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...