Tuesday, October 27, 2009

Ulamak PAS Tetap Akan Salahkan UMNO

Suatu ketika, cyber troopers telah menyebabkan UMNO mendapat susah yang begitu banyak. Golongan tentera ini ada yang tak berwajah, tetapi sangat menakutkan apabila mereka mula bergerak. Strategi mereka begitu menjadi, bahkan berjaya merobek kubu-kubu kuat UMNO. Turut menjadi mangsa ialah parti-parti lain dalam BN. Kemuncak perang taktikal mereka ialah apabila BN hilang banyak kerusi dalam PRU yang lepas dan menurut hasil post-motem yang dilakukan, cyber troopers merupakan antara faktor utama kejatuhan UMNO dan BN umumnya.


Cyber troopers kini menjadi antara jentera penting kepada parti-parti politik bagi melawan asakan-asakan pihak musuh. Ada kalangan ahli politik yang mempunyai pasukan cyber troopers mereka sendiri, dan ada juga yang langsung berperang. Hal ini sekali gus membuktikan peranan tentera maya sangat penting dalam arena baru politik tanah air pasca-tsunami PRU baru-baru ini. Kenapa ia penting? Antaranya, adalah untuk menjuarai minda dan suara generasi muda yang akan membentuk majoriti penting dalam pilihanraya yang diadakan. Golongan inilah yang paling dekat dengan alam maya, yang mudah mengakses maklumat daripada media baru berbanding ‘orang lama’.


Namun apabila Ketua Penerangan PAS Pusat mengeluarkan kenyataan tentang wujudnya manipulasi internet oleh cyber troopers UMNO, adakah ia kedengaran konklusif atau hanya andaian semata-mata? Sebagai Ketua Penerangan, beliau mungkin mempunyai maklumat yang cukup sebelum membuat kenyataan tersebut, tetapi tidakkah tindakan itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau cuba memperlihatkan PAS dalam situasi ditekan, ditindas dan dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu setelah ‘ribut’ melanda parti tersebut? Tidakkah beliau sedar bahawa UMNO juga turut menjadi mangsa akibat durjana tulisan cyber troopers Pakatan Rakyat sendiri? Ini adalah permainan dalam politik alaf siber apabila akses kepada maklumat dan penerangan menjadi begitu terbuka.


Pada saya, kenyataan itu mungkin benar jika beliau bertujuan mencari salah orang lain dan pada masa yang sama, menutup kelemahan dalam partinya. Tidak susah untuk ahli politik seperti beliau menunding jari setiap kali berlaku satu-satu masalah. Lihat misalnya apabila PAS Melaka segera menuduh kononnya kekalutan dalam PAS yang berlaku ketika ini berpunca daripada UMNO. Tanpa rasa bersalah dan insaf, mereka tetap akan menunding jari dan menuduh pihak lain sebagai punca segala masalah yang melanda parti itu. Barangkali inilah mentaliti pemimpin PAS yang ada hari ini.

4 comments:

Mohd Sufian said...

Salam,

Biasalah tu... Pembangkang kerjanya bantah membantah ajelah. :)

Anonymous said...

Membantah tu boleh,tiada masaalah,semua orang pon faham.

Tapi membantah tak tentu pasal,apa gunanya.

DAP kata jambatan Pulau Pinang dulu 'white elephant'.Sekarang merayu nak cepat siapkan jambatan kedua.

Lim Kit Siang pernah kena tahan tak nak bayar toll highway.Sekarang,ada bising?

Anonymous said...

Ketua Penerangan PAS Pusat lebih baik menasihatkan blogger2 PAS supaya jangan memfitnah dan berbohong.

Nik Abduh sendiri mengaku perkara ini benar.

Jikalau blogger2 PAS berbohong,nama parti PAS pon terpalit.Tengok aje kes SAMURAI Bagan Pinang.

Cantaskan yang memfitnah dan yang kuat maki tu.Mesti dapat banyak pahala.

YANG GAMBI said...

Salam, puak-puak pembangkang sebenarnya sudah mula rasa gerun dengan kebangkitan cyber troopers dari pro UMNO yang membongkar segala pembohongan mereka dan mula sedar akan bahaya yang bakal mereka terima.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...