Wednesday, November 10, 2010

Macam-macam PAS - Salah Hukum Orang Islam Makan Babi?

Dewan Rakyat, sebuah dewan mulia yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin rakyat, kecoh lagi. Kali ini tiba giliran seorang YB PAS bersuara. Yang diperdebatkan ialah isu pihak sekolah merotan seorang pelajar Islam kerana membawa dan memakan daging babi serta sosej tidak halal ke sekolah.

Apa yang dibangkitkan pada awalnya oleh YB Zul sepatutnya dibernaskan lagi, bukannya terus mempertikaikan apa yang cuba diketengahkan. Tetapi inilah mentaliti politik dalam PR hingga pemimpin PAS sendiri terpaksa bertindak defensif bagi mempertahankan tindakan jahil rakan dalam gabungan mereka.

Kalau dulu, ibu-bapa menyanjung tinggi peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan pihak sekolah dalam mendidik anak-anak mereka, tetapi hari ini, pemimpin rakyat pula yang bertindak di luar kebiasaan seperti yang dilakukan oleh YB PAS tersebut.

Kenapa hendak dipertikaikan hukuman rotan yang dikenakan? Ia bukannya hukuman sebat, tetapi cuma rotan yang memang sesuai digunakan oleh golongan pendidik terhadap anak muridnya, apatah lagi dalam soal halam haram begini. Kalau di rumah ibu bapanya sudah gagal, maka menjadi tanggungjawab gurulah pula di sekolah untuk mendidik. Ini bukan kesalahan terpencil yang boleh dipandang enteng.

Saya sendiri pernah dirotan ketika di sekolah rendah, tetapi bila sampai ke pengetahuan emak, dia pula yang tibai saya!

YB PAS itu juga sepatutnya sedar akan tekanan yang dihadapi oleh segelintir tengaja pengajar di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana masyarakatnya masih mengamalkan percampuran budaya akibat kepelbagaian agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh mereka. Mungkin inilah tindakan paling kena pada tempat, waktu dan ketikanya yang boleh diambil oleh pihak sekolah terbabit.

Apa-apa pun jangan pula selepas ini Nazri ambil tindakan gantung tugas terhadap guru-guru berkenaan!

4 comments:

Anonymous said...

Maafkan lah YB Zul Lalat. Dia dah biasa bergaul dengan geng-geng haram. Cuba tengok....

Ketua pembangkang dia, CIFUT BABI dari P-Gay-R.
BullShutDull hamPAS nya plak, "PORK" N.Ajis Mughallazah...

Faktakan..?????

Anonymous said...

Kalau nak hukum budak islam yang makan babi pun salah, jadi tak payahlah tutup kedai arak, judi, rumah urut. Buka lah banyak2 dan biar anak2 melayu islam kita pakat dok pi ramai2. Itu yang PAS nak. Patutlah kat selangor, penang dan kelantan makin banyak benda ni. Nanti bila aku tengok anak jiran aku dok zina, aku tak payah susah nak kacau. Biar pi la... Kan Eli-Kangkang ikon PAS. Ikut apa dia buat....

Takebeerrrr....

Anonymous said...

pelik pelik..yg meneguqnya ulamak. patutnya tak jadi la macam ni pasai dia lagi tahu hukum hakam..macam penuleh ni kata, rotan bukannya sebat.itupun dah dikira mendidik pasai dlm Islam, cara menegur tu aula dengan tindakan dulu. Makan babi syeikh, bukan benda kecik. Aku tau hang dendam dengan Zol, tp bab ni, aku pun sokong dia. Pas patut tarbiyah bapak budak tu dulu, ajaq Islam betoi2..babi tu mai dari mana? dari rumah dia..siap dimasak lagi, nampak sangat yg depa ni memang makan benda haram tu!

Anonymous said...

Korang jgn terkejut lepas ni cikgu tu gerenti kena pindah kat PPD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...