Tuesday, November 3, 2009

JAIS Sepatutnya Tahan Ulama PAS

Spekulasi wujudnya konspirasi dalam penahanan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri, dan penafian oleh tuan rumah di mana beliau di tahan, serta penglibatan dua tiga orang ahli politik ternyata menjadikan isu ini begitu sensasi. Dan lebih menarik, ia turut memaksa PM membuka mulut bagi menafikan penglibatan kerajaan pusat dalam kes tersebut. Sungguh berprofil.


PM dilihat perlu untuk bercakap tentang kes ini setelah beberapa pihak cuba mengaitkan wujudnya peranan langsung daripada Kerajaan Pusat. Bloggers merupakan pihak yang paling galak memainkan isu ini, kononnya, Dr. Asri perlu disekat segera daripada menyertai PAS. Langkah PM menawarkan jawatan selaku orang penting dalam YADIM pada mereka adalah usaha terancang lagi licik yang berhasrat memadam terus niat PAS menarik Dr. Asri menyertai parti tersebut.


Jika Dr. Asri berada dalam PAS dan Pakatan Rakyat, maka ia akan menjadi bala besar buat BN. Justeru melalui YADIM, suara dan pergerakan Dr. Asri akan dipantau, bahkan mungkin akan diberikan skrip khas pula supaya beliau menjadi suara baru untuk Kerajaan Pusat. Imej YADIM dan peranannya langsung dipadam oleh bloggers ini. Lebih malang, abiliti dan kewibawaan sebenar yang melayakkan Dr. Asri ditawarkan jawatan penting itu juga seolah-olah tidak dilihat. Apa yang mereka nampak hanyalah strategi politik daripada Najib.


Selain itu, pada mereka juga, Dr. Asri akan digunakan sebagai senjata baru dalam usaha BN menentang kemaraan Pakatan Rakyat dengan cara menekan Dato’ Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam kes liwat beliau. Peristiwa Dr. Asri mencabar Anwar bersumpah turut dibongkar kembali. Semua ini adalah peluang terbaik untuk Najib bagi menjatuhkan Anwar, lapor mereka.


Justeru apabila Dr. Asri sendiri menolak pelawaan tersebut, yang dibuat setelah beliau berbincang/bertanya pendapat dengan Tun Dr. Mahathir, ia dianggap sebagai tamparan bagi Najib. Lantas timbul pula cerita kononnya penahanan tersebut dirancang oleh Kerajaan Pusat bagi membalas dendam atau sekurang-kurangnya, menyekat usaha PAS yang turut berminat dengan tokoh muda tersebut. Begitulah yang mereka jalurkan dalam cerita penahanan Dr. Asri.


Di satu pihak yang lain pula, didakwa wujud usaha daripada pihak pembangkang sendiri yang mahu mendiamkan terus Dr. Asri, ulama muda yang lantang dan berkecuali, daripada terus bersuara tentang hal-hal politik dan isu semasa. Sungguh lama masa yang ditunggu sehinggalah malam tersebut. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa Dr. Asri seperti leka dan masuk ke dalam perangkap yang dipasang.


Kenapa Dr. Asri harus di tahan? Ia dipercayai ada kaitan dengan kelantangan dan keberanian beliau mencabar Anwar bersumpah tempoh hari. Hal ini ternyata tidak menyenangkan Anwar. Justeru sebagai balasan, Anwar telah menggunakan pengaruhnya, melalui Kerajaan Selangor yang berkuasa ke atas JAIS untuk menyerbu Dr. Asri yang sedang dalam program keagamaan, menjalankan tugas dan kewajiban beliau sebagai alim ulama yang soleh.


Persoalannya, kenapa Dr. Asri ditahan pada waktu isu YADIM dan memorandum oleh Pesatuan Peguam Syarie begitu hangat dimainkan oleh media? Adakah ia kebetulan atau memang dirancang? Dilaporkan, Dr. Asri telah biasa berceramah di rumah tersebut sebelum ini. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa JAIS sememangnya tahu akan aktiviti tersebut. Justeru kenapa tiada tangkapan dibuat sebelum ini?


Isu akidah Dr. Asri seperti yang ditimbulkan oleh memorandum tersebut juga dilihat sebagai alasan yang dibuat-buat, tetapi cukup konkrit sekali, yang mampu menidakkan kelayakan beliau memegang jawatan dan amanah yang ditawarkan. Siapakah Persatuan Peguam Syarie? Adakah mereka layak untuk bercakap tentang hukum-hakam dan akidah serta iktikad seseorang, apatah lagi seorang bekas mufti seperti Dr. Asri?


Dr. Asri yang saya kenal bukanlah seperti yang digambarkan. Ketika bersolat Jumaat kira-kira dua minggu yang lepas di Masjid Al-Malik Khalid USM, saya lihat sendiri betapa beliau seorang yang sangat sederhana. Imejnya tidak menampakkan beliau seorang yang ekstrimis Wahabi seperti didakwa, bahkan beliau biasa-biasa saja mengikuti khutbah yang disampaikan, turut mengaminkan doa yang dibacakan oleh khatib sama seperti jemaah lain. Dan yang lebih penting, beliau langsung tidak menggunakan kedudukannya selaku bekas mufti ketika berada dalam saf bersama-sama dengan jemaah lain.


Justeru pada saya, daripada menahan seorang ulama yang tegas berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah seperti Dr. Asri, lebih baik JAIS dan jabatan agama Islam di negeri lain berusaha menentang salah fahaman yang disebarkan oleh PAS. Isu syurga neraka tak pernah selesai. Isu cerai taklik, isu dua imam dan banyak lagi isu yang gagal diselesaikan hingga menggoyahkan keyakinan akidah ramai umat Islam di negara ini. Semua ini lebih bahaya sebenarnya berbanding menyekat pemikiran bernas Dr. Asri. Nauzubillah.



9 comments:

Anonymous said...

Artikel anda sememang menarik...
teruskan perjuangan anda...

Ahmed Fauzan said...

salam...

saya bersetuju dgn saudara rizuan...lebih baik tahan 'TOK GURU' yang memang terang lagi nyata terpesong dgn memberi syurga dan neraka sesuka hati...

Awan Biru said...

Menulis tentang politik memanglah mudah. Seketika, saya hanyalah pembaca senyap di blog anda. Anda perlu telusuri agama dahulu sebelum bercakap. Ini soal agama. Tidak dinafikan dahulu TGNA adalah salafi. Tetapi itu dahulu. Saya bukanlah pendokong tuan guru dan Pas.Cuma saya lihat anda begitu cetek ilmu dan tidak tahu langsung mengenai bekas mufti Perlis itu.

http://bankwahabi.wordpress.com/2008/03/25/kisah-benar-mufti-perlis-maza-dan-kecelaruan/

Saya minta anda baca, dan jangan sempitkan akal. Jangan hanya lihat dari sudut politik sahaja. Ini soal agama, jangan bercakap jika tidak faham atau ada ilmu. Lapanglah dada, belajar lagi agama. Masih banyak yang anda tidak tahu. Tahukah anda apa itu Salafi? Syiah? dan Wahabi secara tepat dan betul?

Anonymous said...

Syabas...org yg pertama patut ditahan adalah NIk Ajis dan pemimpin Pas yg pergi ke Masjid atau ceramah dilaman rumah orang kerana agama, tetapi ceramah politik serta caci makian aja. Mamang tak masuk diakal org mcm Ustaz Asri yg korang nak cari. Lagi byk ustaz ulama kat luar sana buat ceramah dlm rumah org tak de pulak org nak "komplain" ini bekas mufti pulak korang cari...Peguam Syarie pulak, tak guna korang jadi peguam kalau korang asyik nak buat dosa, mernghukum orang tak berdosa serta fitnah. Peguam ni kata atok aku laa kalau boleh org islam jgnlah jadi peguam kerana silap haribulan org salah dibebaskan yg tak bersalah diaibkan serta mungkin dihukum gantung. Masa tu tak sempat dah nak diselamatkan...

good man said...

It is undeniable that malays are stupid, incapable and lazy. Why don't they just humbly admit the facts and repent and learn from other races especially Chinese?

What is the point to argue here and wasting time again?

From the first onwards we were merely telling the truths. It wasn't us who think that way but their own Badawi as well.

All malays should go and read the newspaper, even Badawi is ashamed of maintaining the NEP after 34 years of implementing it and these malay baboons are still asking for it.

Even Badawi wanted them to compete on a level playing field.

So what does all these tell the world? It sends a very clear message that it is malays themselves who are incapable and lazy and they don't even want to admit it and make a change!

That is the biggest shame of all.

Can't you see, it is all back to square one. Year in, year out, some talk for half an hour, some one, some two. Some sing, many belt out their most recent released 'pantun'.

After all. Malays are good at that. Suggestions after suggestions, some good, some impossible to realize.

But, do you see any of these materialised? Hardly. Why, why and why???

Because the malays can never change. Never! Why?

The leaders forgot it or were they simply didn't want to address and admit that the actual disease is the malays and the remedy itself is also, the malays. They can never change. What is it about the malays?

Firstly as you all know, they are a lazy species. Since the beginning of time they have been like that. Even the encyclopedia called them as lazy people. I think those British with their accent tried to call them 'malas', and if you put 'y' in, it becomes 'malays'.

Embracing Islam make them a worse lot. Now they have a license to kill anything that gets into their way.

Malays are ungrateful lot. In reality, they just can't live or open their minds for others. When Mahathir said that they are complacent, they put him in jail. When Mahathir encouraged them to learn English language, they got angry with him, saying it is a 'bahasa penjajah'.

When other races 'maju', they got angry with them too. That was why at the end of Mahathir his regime, he said this, "I have achieved greatness as a prime minister, but I only fail in one thing, changing the malays."

Well, nothing to be surprised about anyway since Mahathir is not really a malay, and I guess that was why the malays were angry with him.

Drug abuse, hate, incest, liberal extremism (culture of miniskirts and gay marriages), murder, parochialism, racism, rape, religious fanaticism, snatch theft, spoilt bratty behavior, tribalism, wife abuse, child abuse, all that is associated with the malay race.

To them, malay is the biggest impediment towards building a truly Malaysian nation, and should be chucked into the dustbins of history.

A genetically flawed race cannot be fixed by politically. Nature will take its course and globalization will put them out to pasture.

What have we got now?

Brain drain, economic disparity getting wider, poor education system, racial segregation, widespread corruption, inefficiency and uncompetitive on the government departments and others.

Sad. Sad. Sad. The question asked by many of my fellow Chinese is this - Why can't you just tell the malay peoples to adopt Chinese culture which is superior?

From research, this peninsular was part of the Siamese empire way before these malays from Indonesia invaded it.

Still so thick skin, don't want to go back to Indonesia!

Anonymous said...

whos the bustard chinese wrote the coment above??

Anonymous said...

good man, are u good enough to say that the malays are so worst like that??

chinese also stupid..go to your motherland and see who are the most to be arested in the jail?? who are the drug addcit?? who sell the drugs to the people?? who are the rapers that raping the chinese girls, mums n young ladies?? who are the leaders to commite in the coruptions n being arrested n then shoot out??? all them chinese rite???

saudara yang kecewa said...

Assalamualaikum w.b.t

Tersentak sy seketika dengan artikel saudara. Benar seperti yang dikatakan oleh awan biru. Sebelum berkata tentang sesuatu perkara yg kita tidak ketahui dengan lebih mendalam, kenalilah dahulu. Jangan terburu-buru saudara.Hina kita disisi Allah s.w.t seandainya apa yg diperkatakan oleh kita adalah salah.

Apa hujah saudara untuk menahan Ulama' PAS.Adakah ajaran yang disampaikan salah atau bertentangan dengan Islam??Adakah saudara pernah mengenali Tok Guru dengan lebih mendalam. Pernahkah saudara berhadapan dengan dia? Pernahkah saudara mengenali hati budi dia?

Kalau pasal Dr Asri ni, jgnlah hanya mengenali dia selepas kita tengok dia seorang yg sederhana di majid sahaja. Kajilah saudara. Jangan disebabkan kelemahan saudara menyebabkan org lain dipersalahkan.

Kalau nk menulis bab-bab org agama atau ulama' ni, istighfar dulu banyak2. Fikir betul2. "Adakah benar apa yang aku perkatakan?Atau sekadar mengikut hawa nafsu?"

"Semoga Allah mengampuni segala salah dan silap yang terlanjur kita lakukan"

orang kampung said...

saya sokong awan biru,saya rasa saudara yang menulis artikel ni sepatutnya mendalami ilmu agama dahulu sebelu mengeluarkan kenyataan ini kerana kenyataan anda terlalu dangkal dan mencerminkan diri anda kurang mahir tentang agama.jika kita tidak mahir tentang sesuatu elok kita belajar dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.perkara seperti ini tak lain tak bukan hanya mengaibkan saudara sendiri.ilmu saudara terlalu dangkal untuk memberi komen tentang agama dan sekali gus dapat menyesatkan sesiapa yang terpengaruh denagn artikel saudara.selepas ini mari lah kita sama2 memantapkan lagi pengathuan agam a agar tidak di aibkan orang dan untuk kebaikan kita dunia akhirat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...