Followers

Tuesday, March 9, 2010

Ketuanan Melayu Tanggungjawab Generasi Muda

Usaha gigih menuntut kemerdekaan negara tidak akan berjaya sepenuhnya jika tidak mendapat sokongan yang padu daripada generasi muda, khususnya anak-anak muda Melayu ketika itu. Usaha mempertahankan kemerdekaan itu pula tentunya tidak akan berjaya jika tidak mendapat sokongan yang padu dan berterusan daripada generasi muda hari ini.

Namun, setiap kali bercakap tentang anak muda, khususnya orang Melayu, maka yang tergambarkan tentunya generasi baru yang hidup dalam zon serba serbi selesa. Di kampung-kampung, di pekan-pekan, di bandar-bandar bahkan di kota-kota apatah, kebanyakannya hidup dalam ruang lingkup yang cukup kondusif tanpa memerlukan banyak daya yang mendesak untuk mencari sesuatu yang diperlukan dalam menjalani kehidupan sendiri.

Kecilkan skop dengan melihat kehidupan anak muda di institusi pengajian tinggi awam negara misalnya, jelas hal ini memang berlaku. Serba serbi disediakan. Ke kuliah hari ini tak perlu lagi menyalin nota, berlenguh-lenguh tangan mencatatkan segala yang disampaikan. Nota-nota boleh dimuat-turun dengan mudah. Semuanya menjadi mudah kerana adanya teknologi. Alhamdulillah, inilah implikasi sosial yang penting hasil daripada kemerdekaan negara.

Usaha mencari ilmu hari ini juga tidak lagi memerlukan pengorbanan yang terlalu besar, tak macam zaman dulu-dulu. Hari ini kita boleh melihat anak-anak kampus ke dewan kuliah tanpa menggalas beg atau menjinjing nota dan sebagainya. Suasana itu jauh barangkali kalau hendak dibandingkan dengan apa yang perlu dilalui oleh orang-orang tua kita dahulu. Menulis di atas batu atau papan, menggunakan daya hafalan yang tinggi. Nilai konvensional itu tidak diperlukan hari ini kerana adanya teknologi yang memudahkan kehidupan.

Ramai kita yang mencebik bila hal ini disebut atau diulang-ingat. Sekali dahulu Sasterwan Negara Prof. Muhammad Haji Salleh menegur saya dan rakan-rakan di dalam kelas kerana tidak membawa buku teks yang hendak digunakan. Memang beliau tidak ada mengingatkan pun untuk membawa teks tersebut. Namun sindirannya betapa hari ini golongan muda tidak lagi menghayati jerih-perih menuntut ilmu seperti beliau dahulu, ternyata amat mengguris dan menyentap. Ada benarnya. Dahulu, orang-orang ke sekolah, ke universiti penuh dengan buku di atas meja. Apabila disoal terus sahaja dibuka muka surat berkenaan supaya jadi lebih berwibawa. Hari ini apakah masih berlaku sebegitu?

Nilai konvensi onal kita orang Melayu hari ini benar-benar diragut. Dalam soal politik lebih-lebih lagi. Dahulu, aturan hidup bermasyarakat berlaku dalam suasana yang saling bergantungan. Melanggar nilai tersebut akan dianggap sebagai bukan ahli dan harus disingkirkan. Setiap hal, baik pokok atau akarnya, akan diputuskan secara bersama, ditaati dan diterima sebagai sebuah keputusan untuk kebaikan seluruh anggota. Nah, lihat semuanya aman harmoni.

Lalu penjajahan yang datang kemudiannya, telah mengakis sifat partisipatoris tersebut, mewujudkan masyarakat yang teguh keakuannya, menghilangkan kepedulian yang selama ini begitu dipegang. Menjaga tepi kain orang sedikit demi sedikit menjadi tipikal sinis yang menyalahi konsep asalnya. Anak-anak muda Melayu menjadi semakin ‘terbiar’ kerana salah anggapan tersebut. Kita enggan lagi menjaga masyarakat kerana bimbang dilabel sebagai penyibuk atau campur tangan urusan orang.

Apakah ini sesuatu yang positif? Dalam soal pembinaan masyarakat moden, tentu sekali inilah yang diperlukan. Anak-anak muda Melayu ternyata kabur dengan ideology dan teori modenisasi tersebut. Penjajah datang ke sini kerana mahukan kekayaan kita, tetapi pada masa yang sama, melunaskan dendam mereka dalam erti gospel yang agung. Kita inilah mangsanya.

Perkara pertama yang dibawakan tentunya mengajar kita memisahkan diri daripada konvensi Melayu Islam. Mereka wujudkan ‘jadual waktu’ untuk kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Lantas, sedikit demi sedikit kita terpengaruh sehingga kita menjadi satu bangsa yang sekular dan liberal sekali gus. Kita mewujudkan, misalnya, kegiatan dalam kehidupan sehari-hari dengan pembahagian tertentu, yang kononnya efisien sedangkan kita lupa, jati diri Islam dalam diri orang Melayu menuntut segala pekerjaan itu sebagai sebuah ibadat. 24 jam itu harus diisi sebagai ibadat, itu konsepnya.

Hari ini penjajahan fizikal tidak lagi berlaku. Penghijrahan fizikal juga tidak lagi berlaku. Tetapi secara mental, kedua-duanya masih lagi berlaku dan diperlukan, yakni, penjajahan mental masih wujud, dan penghijrahan mental masih diperlukan.

Anak-anak muda Melayu harus sedar bahawa usaha mempertahan kemerdekaan ini adalah agenda paling penting dalam kehidupan sehari-hari, sama pentingnya seperti mengingati mati kerana generasi dahulu sanggup bermati-matian mempertahankan kemerdekaan tanah air. Kita perlu mencintai perjuangan ini kerana mencintai watan itu adalah sebahagian daripada iman yang tinggi darjatnya.

Kita juga harus ingat, hari ini kita sudah tidak punya apa-apa melainkan kuasa sebagai Tuan di tanah sendiri. Kita mesti ingat selalu, perjuangan ini adalah perjuangan memelihara hak ketuanan Melayu di tanah airnya sendiri. Biarlah kita berbeza padang atau lapangan, baik kamu doktor atau saya jurutera, baik anda tentera atau dia usahawan, selagi kita Melayu, maka tanggungjawab kitalah mempertahankan hak ini daripada terus dijajahi.

Kuasa dan ilmu, harus digandingkan. Dengan itu, bangsa Melayu pasti akan terus berkuasa di tanah ini. Biarlah apa pun jua caranya kita mendapatkan ilmu tersebut, yang penting ia mesti dimanfaatkan untuk agama, bangsa dan tanah air.

8 comments:

Anonymous said...

Islam tak akan tertegak melalui bangsa tetapi sebagai satu ummah, saudara!!

Anonymous said...

saudara anon, saya perlu menjawab persoalan saudara dr sudut pndg sya sendiri.

Islam memang tertegaj sebagai satu ummah, tetapi untuk mencapai tahap satu ummah tersebut, pasti perlukan yg menggerakkannya.

dalam satu kajian ilmiah kedoktoran oleh seorang calon doktorat dahulu, beliau menemukan bahawa Islam akhir zaman akan berkembang dr jazirah Nusantara.

panji islam akan dikibarkan ke seluruh dunia dari nusantara. siapa ahlulnya? tentu sekali org Melayu Nusantara.

kemudian, ditelitikan lagi, jurai Melayu Islam Malaysia dianggap paling sesuai membawa panji tersebut.

memang benar islam tak melihat siapa bangsa atau warna kulit. tetapi yg akan menegakkanya kelak tentu sekali lahir akibat kesedaran dan keimanan sekelompok manusia islam itu sendiri.

tp yang pasti, saya yakin, PAS bukanlah kelompok tersebut.

Aspirasi said...

Tanpa bangsa Arab Islam tak akan tertegak... siapa yang akan mendukung Islam pastinya ialah bangsa manusia yang menganutnya.. setakat usaha individu juga tidak tertegak Islam..

Jangan nafikan peranan bangsa dalam menegakkan Islam.. Islam juga tidak melarang untuk mencintai bangsa mereka sendiri selagi dalam asas ajaran Islam...

Kerana Allah juga menjadikan manusia itu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa untuk berkenalan..

mana ada manusia yang tidak mempunyai bangsa.. budus... kalau nak tegakkan Islam pun janganlah nafikan peranan bangsa..

Nabi Muhammad SAW tetap bangsa Arab... maknanya nama bangsa itu tetap dibawa dimana-mana..

Panji Hitam said...

artikel ini ada benarnya. Tetapi saudara penulis sendiri rasanya tahu bukan bahawa gerakan kesedaran generasi melayu muda bukan perkara yg mudah.memang hari ini rata-rata masih leka. ia juga berlaku di jepun dan negara-negara lain.

di Malaysia, menegakkan islam sebenarnya sudah menjadi daya politik. PAS melihat bahawa hanya merekalah saja yg layak mendaulatkan Islam. PAS For All sudah jd doktrin untuk menolak perjuangan UMNO yg juga memperjuangkan Islam melalui bangsa Melayu.

lantaran itu kita dapat lihat, mereka begitu pesimis dgn usaha dakwah pihak lain termasuk yg digerakkan oleh golongan tabligh. Ternyata tabligh ditolak oleh PAS mentah-mentah walaupun ada kalangan tabligh itu merupakan penyokong PAS. Semuanya kerana ego dan rasa tinggi diri bahawa PAS saja yg betul perjuangannya.

Tetapi lihatlah, sejak wujud PAS For All bg menggantikan Membangun Bersama Islam, berapa ramai yg berjaya diislamkan oleh PAS? jangan kira mereka yg menjadi ahli kelab penyokong PAS kerana itu sekadar retorik politik. Hanya politik semata-mata, tak lebih tak kurang.
Adakah PAS mempunyai statistik yg boleh menunjukkan perjuangan mereka berjaya menarik sokongan bukan Islam untuk memeluk Islam?

PAS hanya berjuang untuk meraih kuasa duniawi.

nalapambu said...

yang pasti melayu akan terus berpecah-belah - akan memberi laluan mudah untuk kami mencapai cita2 dan hasrat menerajui negara yang berbilang kaum ini.

Tidak mustahil!

nalapambu said...

Orang Melayu - lagi bijak berpelajaran dan berjawatan tinggi, lagi mudah untuk diperdaya.

nalapambu said...

Apa yang terlah terjadi di tanah air hari ini adalah hasil dari kebijaksanaan UMNO memerintah.

Adakah anda berpuas hati dengan hasil pemerintahan UMNO ini?

Jika jawapan nya YA! Anda BIJAK.

M.Saad said...

Tuann..saya ternampak blog tuan melalui blog YB Selama..jika tuan sudii....Pemuda Selama memerlukan orang seperti tuan sebagai pelapis untuk memimpin masa depan...ini adalah kerana DUN Selama tidak mempunyai pelapis dibandingkan dgn DUN Batu Kurau....adakah tuan sanggup untuk mencuba...kalau sanggup saya boleh bantu tuan untuk bergerakk.
MdSaad...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...