Followers

Tuesday, March 2, 2010

Kak Wan, pelisss...

Bila Ezam keluar dari PKR dahulu, maka ramai yang melatah. Ezam dianggap pemimpin muda yang mentah dan kecewa kerana tidak mendapat perhatian dari bossnya. Ada juga yang menuduh Ezam dibeli UMNO. Tapi orang UMNO pun ramai juga yang menuduh bukan-bukan kepada Ezam, termasuk tuduhan murahan kononnya beliau spy Anwar yang akan menghancurkan UMNO.

Tapi Ezam tak lekas masuk UMNO. Masa yang lama diambil termasuk aktif dalam NGO tertentu terlebih dahulu. Lantas Ezam sekali lagi dituduh cuba membina platform bagi meraih matlamat peribadinya. Siri ceramah dan penerangan tentang kenapa beliau keluar dari PKR akhirnya berjaya menjawab pelbagai tuduhan tersebut. UMNO terima keahliannya, tetapi masih dengan sedikit kewaspadaan.

Bila Ezam tawarkan diri bertanding di Permatang Pauh, UMNO masih belum bersedia. Walaupun tahu Ezam boleh melondehkan Anwar sehingga terdedah anunya itu, tetapi UMNO nampak masih ragu-ragu. Ezam tak melatah sebaliknya istiqamah dengan prinsip perjuangannya.

Hari ini, seperti yang dilaporkan di blog GAP, Ezam kembara ke seluruh negara dengan agenda Melayunya. Ezam benar-benar bagai pejuang tulen, bahkan azamnya untuk memastikan Anwar dan konco-konconya ditalkinkan, adalah buktik jelas iltizam Ezam sebagai pemimpin Melayu sejati. Pangkat apalah sangat, kalau pangkat itu jadi tempat kaut harta rakyat. Ezam tak perlukan pangkat untuk berkata yang hak. Anwar mesti ditalkinkan.

Tidak lama dahulu, terdedah juga info tentang bagaimana Ezam boleh keluar dari PKR. Semuanya bermula dengan video yang ditunjukkan oleh Nala kepada Ezam. Tak semua tahu apa kandungannya kerana belum ada pendedahan secara mutlak dibuat. Kepada yang tahu, percayalah, rakyat sangat menderita selagi pendedahan itu tidak dibuat.

Selain Ezam dan Nalla, tentu sekali Kak Wan orang yang paling banyak menyimpan rahsia Anwar. Sejak pendedahan kecil-kecilan tentang hal-hal sulit berkaitan Anwar dibuat oleh bekas rakan karib dan orang-oran kuatnya seperti Ezam , sebenarnya semakin ramai yang mula tertanya-tanya tentang kebenaran pendedahan demi pendedahan tersebut, dan tentu sekali yang mahu percaya semua itu benar lebih ramai.

Justeru apa yang diharapkan rakyat ketika ini ialah akan wujud satu pendedahan yang paling jelas, kukuh dan sahih tentang siapa sebenarnya Anwar. Tak kiralah dalam apa jua bentuk, ia mesti dilakukan segera.

3 comments:

AMENO Chacha Marba said...

So...,Ezam keluar PKR selepas mendengar cakap KELING KAFIR NALLA!
Sungguh bodoh tindakan Ezam....
Bukankah kita sebagai seorang Muslim,kita kena pertimbangkan cakap2 orang fasik???,inikan pulak
orang kafir...??? BETUL lah kata GAP,kita ini Islam Plastik, agaknya!!!!Tak tau nak membeza antara yang betul dan yang fitnah!

UMNO nampaknya begitu terdesak,at
least to some of pemimpin2,yang dah sapu berkepok wang RAKYAT,yang disimpan diluar negeri...!!!
Tengok sajalah muka2 UMNO Selangor
(yg GAP pergi majlis baru2 ini),
semuanya muka2 yang dah kenyang,yg
masih nak lagi jawatan,kontrak dsb...Zain Isma,dan konco2 dah lama patut ditendang dan digantikan dengan muka2 baru dari
ahli2 UMNO yg baru..!!!TAK KN MUKA tu lagi..???TAkde muka baru ke???
Nilah dia DILEMMA UMNO skrg....
Sepatutnya pemimpin2 lama ni di PHASE OUT kan..baru RAKYAT bolih CAYA...ini asyik muka tu...aje!!!
KATA UMNO ada dekat 4 JUTA ahli???
Mesti ada yg bolih layak,kan???
Atau "warlord2",Firaun2 kecil,
little Napoleon ni tak nak bagi chan kat ahli lain kerana GILA KUASA??????Lu pikir lah Sendiri....

Anonymous said...

Apa yang nak dipelikkan KELING KAFIR NALLA tu dulu kawan baik anwar jugak...huhu

kromacxi said...

wahhh, marah nampaknya AMENO Chacha Marba tu hehehe. sian tengok dia, merepek meraban hheehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...