Followers

Friday, March 19, 2010

Talkinkan Kebathilan

Wajah

Anwar kepanasan. Anwar menggelupur kepanasan. Bagai hantu setan yang dibacakan YaaSiin, menggelepar panas panas panas.. sampai bila agaknya dapat bertahan? Orang ‘kepercayaan’ dia sendiri sudahnya yang akan talkinkan lelaki ini.

Wahai Anwar, sudahlah. Cukuplah. Sedarlah yang lakonan kamu bertaraf pak pacak tetapi cita-citamu setinggi Tom Cruise di Holywood, bertaraf Kelas A. Kami rakyat sebagai penonton sudah bosan dengan lakonan kamu.

Kak Wan, sampai bila nak macam ni? Anak-anak Kak Wan pun sampai bila nak macam ni? Suami Kak Wan sedang berbohong dengan pembohongan yang cukup cukup cukup besar dan berat terhadap seluruh rakyat jelata, lagi mahu diam dan senyum sumbing? Bapak kalian sedang menipu anak-anak Malaysia, sedang berbohong terhadap ibu bapa- ibu bapa di negara ini, lagi mahu redha?

Pimpinan PKR, sampai bila anda sanggup dicucuk hidung? Diheret-heret ikut telunjuk Anwar? Mana maruah anda? Tak malukah? Sampai tahap ini masih mahu percaya pada lelaki ini? Nak tunggu ada yang bogelkan Anwar di depan anda semua baru nak palingkan muka?

Apa yang pasti, yang bathil pasti akan jatuh. Rakyat sedang berdoa supaya kebenaran terserlah, tak kira di pihak mana. Tetapi adakah tindakan melarikan diri daripada berhadapan pendedahan boleh dianggap sebagai pejuang kebenaran?

Sehari dua ini seluruh negara barangkali akan bercakap tentang Anwar. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa Anwar keluar dari Sidang Dewan sewaktu didedahkan pembohongan 16/9 beliau, dan kenapa mesti Anwar menuduh UMNO sebagai dalang disebalik semua ini? Jahat sangatkah UMNO? Tak habis-habis nak berdendam dengan beliau? Kenapa Anwar tak lawan? Lebih teruk, lari pula ke luar negara.

Karpal Singh sendiri pernah meminta Anwar bertaubat, pernah menuduh beliau kaki pembohong yang mempromosikan budaya songsang lompat parti. Tetapi Anwar selamba saja spin sampaikan Karpal Singh yang terkenal sebagai lawyer ‘hebat’ itu pun tunduk dengan kata-kata Anwar. Bukan Karpal saja, ramai lagi lawyer yang tunduk dengan pembohongan Anwar.

Apa-apa pun kita tunggu sahajalah apa lagi kejutan selepas ini. Anwar mungkin akan terus kepanasan. Bukan sahaja perlu berhadapan rakyat Malaysia, tetapi beliau sebenarnya lebih risaukan ‘abang-abang besar ’ di luar negara yang selama ini memberikan ‘nyawa’ kepadanya. Mana nak lari, atau mereka yang lari.

Meminjam kata-kata DS Najib, yang hak tetap akan berdiri dan yang bathil tetap akan jatuh. Ayuh selamatkan Malaysia daripada pengkhianat.

3 comments:

nurul said...

jgn dilayan si Anwar ni.....
xbis dgn kontroversi...

MISGABIM said...

Di ambil dari Tukar Tiub:

rizuan mh berkata...

Bengong ke ape TT ni..entri mcm ni sampah je tarafnye. Buku yg awak bangga2kan sangat tu pun elok ditarik saja dr pasaran..muntah aku baca, due muke surat pn tak habis..rasa berdosa teramat..elok TT ni pun bertaubat jgk mcm Zulkifli Kulim sbb terang2 fitnah..adoyai...masuk kubur planet mana la nanti ye orang2 macam kamu ni. Bumi sah2 tak kan terima dah

Ingatkan student mana tadi. Nampak macam pandai sangat. Rupanya budak USM jer. Kalau pandai mesti dah dapat biasiswa gi oversea macam kitorang. Rupa-rupanya kurang cerdik . Lagi-lagi sebab duduk dalam Malaysia jer, kan. Tak nampak yang negara kita tuh sebenarnya jauh ketinggalan berbading negara orang lain sebab mismanagement of the governance. Dekat sini, orang ketawakan jer Malaysia. Nothing to proud of. Kata orang fitnah, diri sendiri pun sama. :) Renung-renungkan dan selamat beramal.

Anonymous said...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok di negeri sendiri. Apa yang nak dibanggakan sangat negara orang 2. Lebih majupun mereka klu tak ada nilai sahsiahnya, tak berguna.
Jgn sesekali bawa budaya yang boleh menghancurkan ke Malaysia. Saya rasa Malaysia taklah ketinggalan jauh sangat jika dibandingkan dgn hanya berapa kerat je negara yang maju kat dunia ni.Tapi masih byk negara yg jauh ketinggalan dari Malaysia. Maknanya Malaysia kira oklah. Pegilah negara2 yg jauh lebih teruk dari Malaysia, baru kita akan menghargainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...