Followers

Tuesday, March 23, 2010

PAS Tak Usahlah Berangan Tegakkan Islam

Tidak salah untuk dikatakan orientasi PAS sebagai sebuah parti dominan umat Islam di negara ini (jika UMNO dianggap parti sekular berasaskan bangsa Melayu) semakin menyimpangi arah tujuannya yang asal, iaitu memperjuangkan Islam dan daulauh Islamiyah.

Terbaru, mungkin kita boleh melihat kesungguhan parti tersebut ‘memberikan izin’ kepada orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Apabila Tuan Presidennya sendiri membuka pintu ini, maka sudah jelas lagi terang bahawa ia mewakili suara parti.

Persoalannya, apakah tujuan ‘keizinan’ itu turut meliputi ruang peribadatan? Dalam Islam, Allah ialah Al-Khalik, Tuan Punya isi alam ini. Mahukah mereka yang bukan beragama Islam, yang tak pernah menjalani kehidupan sebagai Muslim mengakui hakikat ini? Kemudian, di mana pula kedudukan tuhan-tuhan mereka kalau Allah itu Tuan Punya Alam?

Tuan Presiden juga mengatakan, adalah menjadi tugas kita sebagai Islam untuk menjelaskan tentang ’siapa’ Allah selepas itu, dengan keyakinan bahawa, melalui keizinan tersebut, oran Islam di Malaysia telah melakukan usaha dakwah yang cukup besar, yang harus disusuli kemudiannya dengan usaha penjelasan.

Soalnya, penjelasan yang bagaimana? Adakah melalui pentas-pentas ceramah seperti yang dilakukan oleh ‘daie-daie’ PAS selama ini? Atau akhirnya kembali menjadi bebanan kepada kerajaan pusat? Haji Hadi tentu faham apakah implikasinya, khususnya terhadap akidah umat Islam terutamanya generasi muda jika hal ini berlaku. Poin besar mereka kelak ialah, UMNO sebagai tunjang kerajaan BN yang memerintahlah yang bersalah kerana meluluskan kebenaran tersebut.

Apakah PAS khususnya Tuan Presidennya sendiri, setelah melihat bersama-sama para ‘daienya’ yang lain akan ‘kehebatan’ sahabat-sahabat mereka dari DAP menggunakan kalimah-kalimah suci al-Quran sewaktu di atas pentas ceramah, maka ia adalah bukti jelas tentang penerimaan juga kesediaan bukan Islam terhadap keesaan Allah dengan sebenar-benarnya?

Jika inilah puncanya, maka kita umat Islam bakal menyesali keterlanjuran tersebut. Kita tidak harus lupa bahawa agama-agama lain juga punya teras akidah yang akan mereka pertahankan. Kalau pun Allah dibenarkan digunapakai oleh mereka, apakah keesaan-Nya akan diyakini dan diimani? Mahukah mereka berkompromi seperti kita? Apakah ini yang dikatakan bahawa Islam bakal kembali menjadi agama dagang?

Dalam hal ini, saya teringat akan persoalan yang pernah dibangkitkan oleh seorang sahabat saya melalui ruangan Facebooknya baru-baru ini, iaitu antara mempertahankan kalimah Allah dan mengikuti perintahnya, manakah yang lebih penting? Lebih kurang begitulah bunyinya. Pada saya (yang tidak pernah menggunakan Facebook ini), urusan kedua-duanya sama penting.

Islam datang dengan mengusulkan tauhid, mengesakan Tuhan Rabbul ‘Alamin iaitu Allah Yang Maha Esa. Meski pun ketika itu Allah telah pun diketahui wujud kerana hasil penyebaran agama-agama langit terdahulu, tetapi akibat kecelaruan akidah, akhirnya Allah disekutukan dengan Tuhan-tuhan yang lain. Konsep keimanan masyarakat Arab ketika itu sangat bercelaru.

Hal yang sama akan berlaku kalau kita izinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain di negara ini kerana adalah jelas, kita sebenarnya belum tahu apakah tujuan mereka. Soal kompromi sekali lagi mesti difikir sedalam-dalamnya. Mahukah mereka mengesakan Allah seperti kita, yang bermaksud tiada lagi Tuhan yang selainnya?

Kesannya tentu sekali terhadap perkembangan akidah generasi muda Islam. Kita tentu sekali tidak mahukan perkara ini berlaku apatah dalam situasi sekarang, usaha dakwah yang unggul kelihatan sangat lemah. Tiada daie yang benar-benar unggul selepas Ahmad Deedat. Yang ada kini banyak pula yang berorientasikan politik dan sebagainya lagi. Berceramah pun mahukan bayaran yang mahal-mahal. Apahal?

Justeru pada saya, mempertahankan kalimah Allah tidak harus dibandingkan dengan apa-apa persoalan pun. Jangan sesekali kita menimbulkan isu ini kerana Allah itu Hak, Yang Sentiasa Benar. Jika kita mempersoalkan isu-isu pokok sebegini dengan sewenang-wenangnya, maka dibimbangi akan bercampur baur dengan yang bathil lebih-lebih lagi bila akliah digunakan sebagai pandu hujah.

Rasulullah sendiri mengambil masa yang lama untuk mendidik asas ketauhidan yang sebenar dalam kalangan masyarakat Arab apabila Baginda diamanahkan untuk menyampaikan berita tersebut, sebelum diturunkan segala perintah dari langit tentang itu dan ini kemudiannya.

Semuanya kerana sepotong ayat ithbat yang jelas maksudnya kepada kita semua iaitu Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan. Maka jika penganut agama lain mengakui konsep ini, gugurlah Tuhan Anak, Tuhan Bapa dan Tuhan Jesus ataupun dewa-dewa dan dewi-dewi yang lainnya, semuanya akan tunduk kepada Allah Yang Maha Esa.

Kalau kita sudah boleh berkompromi dalam hal ini, mahukah mereka juga berkompromi? Saya percaya, satu masa kelak Islam akan jadi satu-satunya agama yang diimani oleh seluruh umat manusia bukan saja di Malaysia, tetapi di negara-negara lain. Tetapi bukan melalui jalan ini. Ia hanya melalui usaha dakwah yang unggul seperti yang telah dijanjikan oleh Rasulullah dan Allah swt sendiri. Ia tugas pemuda-pemuda yang akan membawa panji-panji hitam dan khabar berita tentang saat kemenangan, bukannya membawa bendera PAS dengan slogan-slogan retorik ataupun suara-suara dakwah dan politik sekali gus.

Jadi, PAS tak usahlah berangan selagi anda tidak kembali ke jalan Islam yang tulen dan unggul!!

8 comments:

Anonymous said...

Dah berpuloh2 tahun Rukunegara itu menjadi prinsip rakyat...., HARI NI BARU NAK CADANG PINDA RUKUN PERTAMA?

Takker nama 'nak main politik jer tu..?

Betul takder modal PAS ni...! Eluk laa cadangan tu.. Nak main2 dengan akidah.

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

Anonymous said...

setuju. hakikatnya, PAS tak membantu perkembangan syiar dan dakwah islam. hanya dakwah dlm konotasi politik sahaja, meraih pengaruh dan sokongan untuk mendapatkan kuasa. daulah islamiah sudah ditukar kpd pas for all yg mirip israel for all. For All itu jelas ialah bermaksud ke arah politik, pengaruh dan kuasa, bukan untuk kedaulatan syiar Islam..hanya gerakan tabligh yg benar2 menggerakkan usaha dakwah mengikut jalan sunnah

Anonymous said...

nak angkat islam mcm mana kalau ulamak2nya pun bertaraf terompah dan selipar, kuat seks, dera isteri saja lebih

orang hina said...

salam
kita sedihkan,,bila agaknya umat islam nak sedar tanggungjawab masing2,,klu ada yg nk buat kena hina,caci,kata berpura2,tapi org yg langsung tak nampak nk bwk usaha nak bawak islam,kita sanjung,,kenapa eh?bukan bicara bab politik,tapi bab kemanusiaan,,fikir logik pn boleh tahu dan nmpk,,adakah wujud benda yg lebih utama dr islam?
sedar tak sedar,,apabila kita nampak org yg beriman itu tak beriman,teroponglah diri sendiri dulu,,mngkn kita sendiri lg hina dr mrk,dgn buat maksiat tak henti,setakat solat 5 waktu tp klu setiap petang tatap muka pempuan,awek,nyanyi2 ngan awek,tak giler namanya??tgk citer tak elok ke,umpat org ke?huh,,hinanya diri,rasa tak layak nk cakap salah org dulu,,,salah sendiri lebih besar,,,,
sekadar perkongsian muhasabah untuk diri sendiri dan rakan2 yg ada di sini

memang hina said...

setuju dgn org hina, tp kan, msalahnye, kalangan penyokong pas sndri pun mcm2 penyakit jgk ade..ade yg sokong pas totok tp tunggang tebalik gak, angkut anak dara org..tp part berpolitik sokong pas, tuduh umno zalim la ape la..so jelas2 la skang ni yg pas ni bukan berdakwah tp berpolitik..ulama2 pas tak mampu tunjuk teladan yg baik kat penyokong sendiri pun. so fikir2 la ye

tok janggut putih said...

macam ni lah jadinya kalau politik didulukan islam ditinggalkan islam itu indah tapi kalau dicampor adukan dengan politik sempit jadi macam belacan lah ugama yg dibawa jangan kita terlampau taksub sangat dengan ketua sedangkan ketua kita itu belum tentu betul iman nya kerana politik ugama jadi sandaran untuk menipu rakyat supaya agenda jahat tidak di hidu olih rakyat jawab nya sampai bila nak permainkan ugama/islam.

Anonymous said...

Ditempat saya, di Baling, dibawah pimpinan PAS:

1. Program ceramah agama mingguan sewaktu pagi di pasar tani.

2. Sewaktu pasar malam, dianjurkan solat magrib berjemaah beramai2 di tempat khas, peniaga digalakkan berhentikan peniagaan sementara dan menyambung semula selapas selesai solat magrib.

Alhamdulillah, satu contoh terbaik yang boleh dicontohi oleh pihak lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...