Friday, April 10, 2009

Dia punya pasal

Dalam satu blog yang dikendalikan oleh seorang sahabat dari BPN, beliau ada menitipkan isu NN baca Quran yang kemudiannya direstui pula oleh TGNA. NN sebenarnya juga turut berkebolehan mendoakan umat Islam.

Komen TGNA dalam isu ini sebenarnya lebih menarik. Demikian petikannya, "Eh dia nak guna ayat Quran, sepatutnya dia guna lamo dah. Itu kesan gelombang kebangkitan Islam sekarang. Tak po lah dia nak guna dia punya pasal. Salah tafsir itu dia punya pasal. Tapi nak baca Quran itu dak po "

Pertama, TGNA ada menyebut bahawa N yang seorang itu sepatutnya menggunakan ayat Quran sejak dahulu lagi. Memang benar, N yang itu memang guna ayat Quran sudah lama. Sama ada TGNA sedar akan hal ini ataupun tidak kuranglah pasti.

Ternyata TGNA merestui N. Malah menggalakkanya lagi. Cumanya, TGNA bersikap lepas tangan bila dia mengakhiri petikan komennya itu dengan menyebut bahawa N harus menanggung akibat jika salah memetik dan mentafsir ayat Quran. TGNA khilaf atau tersilap komen dengan soalan wartawan itu? Atau lebih gagap daripada KI?

TGNA juga berkata bahawa apa yang N, dan seorang lagi N, lakukan ketika bertempik di pentas ceramah itu sebagai kesan gelombang kebangkitan Islam sekarang. Lihat ayat ini dengan sudut yang lebih kecil. Pertama, kesan gelombang. Kedua, gelombang itu sendiri dan, ketiga, sekarang. Kita perlu tahu bahawa TGNA seorang yang sangat bijaksana bila bercakap. Tidak boleh dinafikan hal ini.

TGNA secara jelas cuba mengaitkannya dengan kesan yang telah disiapkan oleh PAS kepada Pakatan. PAS bagi TGNA telah berjaya memberikan kesan kepada Pakatan iaitu kesan Islami. TGNA menilai ini apabila NN boleh berdoa kepada orang Islam dan boleh pula membaca Quran serta mentafsirnya pula. TGNA kagum. Dalam konteks sekarang, memang itulah maksud TGNA dengan kesan gelombangnya.

Tapi bila dikecilkan skop, maka jelas pula kelihatan bahawa kesan gelombang itu hanya dalam soal politik. PAS berjaya menarik sokongan kepada Pakatan dengan caranya, iaitu politik Islam tetapi bukannya meningkatkan bilangan yang berjaya memeluk PAS. Yang menyokong memang ramai tapi yang menganut bertambahkah? Jadi gelombang yang bagaimana yang sepatutnya TGNA maksudkan? Adakah PAS sedang menguasai Pakatan ketika ini?

Lebih menarik bila TGNA menyatakan sokongan terbuka kepada NN. Sama ada TGNA masih belum puas dengan kesan gelombangnya, atau pun sengaja berbuat demikian supaya sokongan terhadap PAS tidak lari khususnya daripada yang bukan Islam. Ini perlu kerana motto PAS sudah berubah. Jadi TGNA memang tidak ada masalah walaupun NN memetik Quran dengan cara yang tidak dianjurkan.

Lalu isu ini jadi isu yang lebih rumit. Pertama kerana mufti-mufti telah bersidang dan memutuskan bahawa tindakan ini perlu dihentikan segera. Tapi orang-orang PAS dan Pakatan bertindak lebih ’mufti’ apabila menghukumkan bahawa keputusan mufti-mufti itu adalah keputusan politik UMNO. Mufti-mufti telah dibeli. Hanya TGNA yang betul. Dan mereka perlu menolak mufti-mufti mentah-mentah. Apa sahaja yang disuarakan oleh mufti adalah suara dari UMNO.

Kedua, mereka menempelak pula dengan berkata bahawa sikap NN itu sepatutnya dipuji. NN boleh memetik Quran dalam ceramah tapi UMNO tidak pernah, itu yang diteriakkan oleh golongan ini. Orang PAS memang begini barangkali. Yang Kafir itu bagi mereka lebih Islam dari yang Islam tetapi Kafir kerana kononnya menolak Islam secara total. PAS memerintah di dua negeri sekarang tetapi hingga kini belum nampak mereka akan menggunakan undang-undang Islam. Hanya cakap sahaja.

Kata golongan ini lagi, NN sepatutnya ditegur, ayat mereka perlu dibetulkan, dan tafsiran mereka dibahaskan. Kalau salah, maafkan. Mereka itu bijak dan sepatutnya didengar hujah mereka. Mereka bukan Islam tetapi mereka cuba memahami Quran. Mereka sepatutnya dipuji, bukannya diherdik dan dicaci oleh UMNO dan mufti-mufti. Mereka ada usaha, malah Islam dan Allah sendiri tidak menghalang mereka yang bukan Islam untuk membaca dan mengkaji Quran. UMNO mencaci dan mengherdik? Mufti-mufti mencaci dan mengherdik?

Sila tanya NN sekarang, berapa banyak ayat Quran yang lain yang sudah mereka bacakan? Atau kaji? Adakah semuanya mereka bahaskan di pentas ceramah? Atau sekadar memilih ayat-ayat tertentu yang kemudiannya disesuaikan dengan modal ceramah? Sekarang terlalu banyak perisian dan kitab-kitab tafsir. Kalau tidak ada yang mengajar pun mereka masih boleh mencari sendiri. Tak perlu buka naskhah Quran pun. Tak perlu sentuh pun. Jadi kenapa hendak ditegur pula. Bak kata TGNA...dia punya fasallah.

Satu hal yang seolahnya tidak kelihatan di mata PAS sekarang ialah, puak-puak dan geng NN sebenarnya semakin berani menjadi PAS lebih daripada PAS sendiri. Dulu langkah mayat dahulu kalau PAS mahu buat negara Islam. Maksudnya, mustahil bagi PAS untuk tubuhkan daulah Islamiah kerana geng NN tak akan halalkan sama sekali. Tapi sekarang, langkah mayat sudah tidak releven. Kenapa? Sebab PAS sudah boleh menarik balik manifesto tersebut demi Pakatan. Mulia sungguh hati PAS.

12 comments:

Pancasara said...

Masa zaman Khalifah dulu, puak Khawarij mengangkat slogan "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah"

Kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada puak Khawarij ini " Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil"

Slogan ini kelihatannya berteraskan Al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kita semua tahu apa yang telah dilakukan oleh puak Khawarij.

Said Nursi, tokoh dari Turki, pernah menyebut "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan dan politk"

Politik tidak kotor. Tetapi orang yang bergelumang dengan politik pada kebiasaannya, dan pada kebanyakannya, disalut kekotoran.

Dalam buruk, ada baiknya. Dalam baik, ada buruknya. Semoga kita dapat ambil apa yang baik, dan sempadankan apa yang buruk.

YANG GAMBI said...

nik ajis tu dh nanyok sangat dah.dah lame dah aku perasan. tu la bil ada ilmu tapi guna untuk kepentingan sendiri.yang haram jd halal...dunia..dunia

Anonymous said...

Ulama pas dan ulama umno same je... semua untuk kepentingan politik sendiri..alahai..

sayap said...

situasi mcm ni dh pnh berlaku zmn nabi dulu.x salah org kafir gune ayt quran untuk kebaikkan, cth mcm zina, mencuri, ketidakadilan. Amat digalakkan..tapi yang x blehnya untuk kpntgn diri..

wallahualam..

Anonymous said...

kalaulah nik ajiz boleh ckp camni:

"mu buleh nak baca Quran, tapi mu kena masuk Isle dulu.."

masya-Allah, agungnya.

tapi...


pooooolitik,.. bak kata seorang pengomen dlm entry sblm ni.

warisan said...

tu la aku pelik gak baa bce quran ni kan..setahu aku kafir ne bleh senang2 bce quran..sedangkan org ppuan yg haidh pun dilarabg bce klu ayat2 tu mereka x jd kan amalan harian tu org islam...ni kan plak cina kafir yg dah trg mkam babi,mnm arak..cam ne tu??? bt penyokong pembangkang jgn la smpai isu agama pun dipolitikkan..ingt agama bkn sebahagian drpd politik!!! kte bkn nak jd cam turki cam zaman pemerintahan mustafa kamal attartuk tuu..sekularisme1!! nauzubillah min zalik..

Anonymous said...

warisan...

pemikiran anda mgkn smpit,agama dan politik suatu perkara yg x bleh dipisahkan..saya malas nak komen panjang lebar, anda tak faham agama, sukar nak explain di sini..

Anonymous said...

memang x bleh dipisahkan..sbb tu kte ptt marah ble org kafir bce quran..tau..btul la pe warisan ckap..pas skang mcm nak ke arah sekularisme..sbb tu nik ajiz ckap x po la klu demo nak baco..aaddoooaaaiii...x pahm ke

Sayanik said...

alo...jangan dengar hujah sebelah pihak...kalau anda semua nak tahu penjelasan Nik Aziz atas isu ini..pegi blog Cina Islam...ada penjelasan Nik Aziz panjang lebar..baca sampai habis..fahamkan betul2!!

aki ajim said...

berdasarkan komen oleh warisan itu, saya dapat memahami maksudnya.

agama memang bukan sebahagian daripada politik, tapi politik itu ada dalam agama.maknanya, politik tidak boleh dipisahkan oleh agama.maknanya juga, agama itu meliputi politik.

PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan membawa agama dalam perjuangannya haruslah melaksanakan konsep ini dengan penuh amanah.

selaku ahli dalam Pakatan yang berbeza-beza matlamat, cita-cita dan kaedah, PAS sepatutnya mengambil tanggungjawab apabila ada rakannya yang terpesong apabila memetik atau merujuk sumber agama.PAS sepatutnya menegur dan malah kalau perlu, meminta supaya dihentikan dahulu sehingga mereka jelas dengan konsep politik dalam Islam.bukannya menunggu mereka memahami sendiri.

respon oleh Nik Aziz itu agak kurang sesuai dan mencerminkan sikap tidak mahu mengambil tanggungjawab.kita tidak hirau akan akibat individu, tapi kita bimbang dengan akibat kepada seluruh rakyat terbawah yang masih ada kurang pemahamannya dalam hal-hal politik mengikut lunas Islam.

hari ini, nampak benar sikap nik aziz yang tidak profesional ketika memberi respon kepada soalan wartawan sehingga jawapannya menimbulkan masalah dan menjadi polemik.kemudian, beliau dengan mudah membuat penjelasan panjang lebar melalui surat terbuka dan sebagainya.pesan kita, hati-hatilah.

Sayanik said...

kita perlu tahu..ada kalanya melalui penulisan kita dapat menjelaskan sesuatu perkara... semasa ditemubual..kita diperlukan respon segera..dan kalanya respon itu terlalu ringkas.. maka sebab itu..perlunya ada penulisan....

Anonymous said...

jika politik xleh dmsukkn unsur agama korg nk letak mane agama korg??
agama bkn dok kt surau je..'
agama tu amalan harian..
xtau la kalo korg stakat agama kt masjid je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...