Sunday, March 28, 2010

Earth Hour dan Realitinya

Jika ditanyakan, apakah pandangan saya tentang Earth Hour semalam, saya akan bercampur-baur untuk menjawabnya.

Pertama, saya hairan kenapa kita, atau sebahagian besar mereka, begitu pesimis dengan program kelestarian ini?

Kedua, kalau bukan kita, dan kalau bukan sekarang maka siapa dan bila lagi untuk digerakkan usaha kelestarian ini?

Ketiga, mengapa kita mesti memilih untuk berkecuali atas alasan-alasan peribadi, sedangkan ia sudah menjadi gerakkan massa peringkat global? Sejam cuma.

Bermula jam 8.30 malam dan berakhir sejam kemudian, apa yang dapat diperhatikan ialah, masyarakat kita masih belum nampak keperluan untuk bergelap dan merasai kegelapan walau pun hanya untuk enam puluh minit.

Memang ada benarnya, apalah sangat yang dapat disumbangkan kepada kelestarian alam sekitar dan bumi sendiri khususnya melalui program sebegini. Kalau pun kita tutup lampu-lampu di rumah, orang lain yang tidak tutup masih ramai. Maka sudahnya, sama sahaja tutup dengan tidak tutup, bergelap dan cerah. Tiada kesepakatan dan kesepaduan, mudah katanya.

Akhirnya, Earth Hour tinggal sebagai program mental yang susah untuk dijayakan. Dalam tempoh sejam itu juga, masyarakat niaga merupakan antara pihak yang paling tegar mengendahkan objektif perlaksanaan program ini. Atas dasar komersialan dan ketamakan kapitalisme yang kukuh dan sebati, maka kepentingan untuk menjayakan misi lestari sejagat dipandang sebelah mata. Kenapa jadi begini?

Kita tentunya tidak mempunyai jawapan yang muktamad. Earth Hour hanyalah program kesedaran dan keinsafan yang menuntut semangat kesukarelaan. Meski seribu kebaikan disenaraikan, jika hati dan akal tidak mahu juga menutup suis-suis lampu dan barangan elektrik lain, akhirnya ia tetap tidak akan mampu dijayakan.

Kita boleh memilih untuk tinggal selesa atau pun tidak pada hari ini, tetapi kita tidak mampu untuk menentukan sama ada esok kita masih boleh memilihnya lagi atau pun tidak. Bumi ibarat wanita tua, seperti kata Rasulullah SAW. Dan bumi juga ibarat loceng yang sentiasa berdenting. Sesekali dentingannya kuat sehingga kita bergegar.

Lestari – Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi?..

3 comments:

Basuh Baju said...

cuma kenalah ada usaha berterusan..jgn sekadar padam sejam sethun tp lain hari membazir..

tak gitu? ")

AmaT WaN said...

alhamdulillah, di USM penganjuran kali ini agak menjadi. Jemput kunjungi blog Aspirasi Corner di http://1aspirasi.blogspot.com/

Anonymous said...

x salah pon nk adakan earth hour..dan tujuan nye pon memang bagus,menggalakkan org ramai menghargai kelestarian alam..tp perlu kah kita bersikap hipokrit dengan memaksa org mengikut apa yg kita anjurkan?adakah individu yg tidak menutup lampu sewaktu earth hour diadakan merupakan insan yg x sayangkan bumi?mungkin individu itu tidak menutup lampu tetapi menggunakan mentol yg memerlukan watt yg rendah, menutup lampu tandas ketika tidak menggunakan tandas....buatlah macam mana pon,yg penting objektif yg kita hendaki itu tercapai...agak terkilan kerana ada kelompok yg menggunakan alasan "kelestarian" untuk meraih publisiti, tanpa mendalami erti sebenar apa itu kelestarian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...