Sunday, April 25, 2010

Nik Aziz Celaru Lagi?

Kenyataan Nik Aziz bahawa Sultan Selangor telah mengikut gaya pemikiran penjajah pada saya perlu dibaca dari sudut politik, bukannya agama, meskipun beliau mendakwa Nabi Muhammad juga berpolitik di dalam masjid.

Nik Aziz mungkin terlupa bahawa situasi politik yang sedang berlaku pada hari ini di Malaysia sama sekali berbeza dengan situasi politik di zaman Rasulullah. Baginda berpolitik untuk menyatukan ummah dan menolak politik kebencian, jauh sekali personal attack terhadap lawan.

Baginda Rasulullah juga berpolitik bukannya untuk bermusuh-musuhan atau mencari lawan. Ia berbeza sama sekali dengan situasi politik kita kerana apa yang berlaku di sini, jelas, banyak simpang siur termasuk yang dicetuskan oleh Nik Aziz sendiri.

Misalnya, apabila calon PKR diserang dan didedahkan tabiat buruknya sebelum ini, Nik Aziz segera menyifatkannya sebagai menyerang personaliti calon sehingga mengaibkannya. Maka itu, kata Nik Aziz ia bukan amalan politik yang bersih dan mesti dijauhkan.

Apakah Nik Aziz lupa, PAS juga menggunakan strategi yang sama dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini? Paling diingat tentunya di Permatang Pasir dan Bagan Pinang apabila peribadi calon BN yang juga beragama Islam diserang habis-habisan oleh pihak pembangkang khususnya PAS?

Jadi dalam hal ini, stand manakah yang Nik Aziz gunakan? Apakah kerana politik dan perjuangan Islam versi PAS, maka ada perkara boleh dan ada perkara yang tidak boleh meskipun pada hakikatnya, kedua-duanya tak boleh kalau mengikut kaedah Islam yang sebenar?

Nik Aziz sepatutnya lebih cermat dan berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata kerana setiap katanya akan dinilai oleh orang ramai, apatah lagi apabila beliau memetik sirah Rasulullah dalam komentarnya. Ketinggian Islam jauh lebih tinggi dan penting daripada PAS. Bayangkan kalau semua mimbar masjid dibenarkan digunakan sebagai pentas politik, apa akan jadi?

Esok pembungan undi PRK Hulu Selangor. Insya-Allah, BN boleh menang.

3 comments:

Anonymous said...

nanti berdoa bahana pulak untuk sultan???orang tua ni dah lanjut usia..pemikirannya mungkin sudah tak dapat 100% pikir lagi..jom menderma ke tabung untuk nik aziz pergi cek kepala otak di 2...

SB(suarabaling.blogspot.com)

melayu johor said...

kenapa bila puak pakatan haram menjaja hal peribadi calon bn permatang dulu si tua kutuk ni senyap? itu lah dasar perjuangan puak pas jahilliah ni. org lain semua salah dan puak2 dan sekutu2 mereka saja yang betul termasuk lah puak kafir harbi

agbr47 said...

Melayu Johor,

Dia bukan diam tetapi membenarkannya kerana dia beralasan "Tuhan juga mencarut". Dia kerap berhujah mengunakan hadith dan potongan ayat Quran. Allah telah mengambarkan orang saperti ini dalam Surah Al-Imran:7;

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."

agbr47: Berserban tidak mesti ulama, DAP juga boleh mentafsir Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...